PESTA MEMUJA DAN MEMUJI ROSMAH SUDAH BERMULA

Pesta memuja dan memuji Perdana Menteri dan isterinya sudah bermula sebelum Najib dilantik sebagai Perdana Menteri lagi.

Berlumba-lumba pemimpin Umno memuja dan memuji Najib dan Rosmah guna untuk memastikan kelangsungan karier politik masing-masing. Maka selepas ini akan ramailah yang memuncungkan mulut untuk mencium tangan 'suci' Najib bagaikan beliau seorang wali besar dan ulama' hebat.

Pesta memuja dan memuji Rosmah ini dimulakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan yang didakwa membelanja sejumlah RM45,786.00 membeli iklan di sebuah akhbar arus perdana. Bayangkan dengan wang sebanyak itu berapa ramai orang miskin boleh dibantu. Inilah dia rupa kerajaan BN yang tidak tahu mana yang penting mana yang tidak penting.

Saya yakin tindakan kerajaan Negeri Sembilan ini adalah sebahagian yang cara untuk membodek Najib supaya mengekalkan Menteri Besar, Mohamad Hassan yang sememangnya orang kuat Tun Pak Lah (TPL). Mohamad mungkin merasakan nama beliau termasuk dalam 'list' yang akan dipencenkan oleh Najib lebih-lebih lagi 'performance' Mohamad memang teruk sehingga gagal mengekalkan majoriti 2/3 kerajaannya pada PRU ke 12 dahulu.

Comments