GUGURKAN SAMAN TERHADAP PASTI

Ayer Keroh : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puhat Bedol menggesa pihak yang mengemukakan saman kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di negeri Melaka supaya menggugurkan semua saman tersebut jika mereka benar-benar cintakan ilmu Islam.

Puhat berkata amat malang bagi pihak yang mengaku Islam dan kononnya memperjuangkan Islam tetapi pada masa yang sama cuba mengganggu institusi pendidikan Islam yang amat berjaya di seluruh negara iaitu PASTI.

"Kita hairan mengapa pihak-pihak terbabit cuba menganggu PASTI sedangkan PASTI terbukti menjadi sebuah institusi pra-sekolah terunggul di negara kita malah terbukti ianya bukan sahaja diterima oleh orang Islam malah orang bukan Islam juga turut sama menghantar anak-anak mereka belajar di PASTI".

"Jika pihak terbabit tidak berpuashati dalam segala hal berkenaan PASTI sila tampil ke berjumpa kami Dewan Pemuda PAS dan Jabatan PASTI tetapi bukannya menyaman dan membawa kes ini ke mahkamah seperti yang dilakukan sejak bertahun-tahun dahulu sehingga menganggu pihak pengurusan PASTI untuk menguruskan PASTI." kata Puhat dengan kesal.

Menurutnya, pihak Kerajaan Pusat dan Negeri serta agensi-agensnya patut mengucapkan terima kasih kepada PASTI kerana berjaya melahirkan anak-anak kecil yang berakhlaq dan faham asas-asas agama. Ini berlainan dengan Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan yang kurikulum lebih menjurus kepada nyanyian dan permainan semata-mata.

Beliau mengharapkan kerajaan Negeri Melaka mencontohi kerajaan negeri Selangor yang memberikan bantuan RM50.00 sebulan kepada seorang pelajar Tadika di Selangor bagi memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik di peringkat Pra-Sekolah.

Puhat berkata demikian ketika mengulas tindakan mahkamah yang dikemukakan kepada PASTI yang sudah berlanjutan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Comments