PASCA 3 PRK : PR JANGAN PANDANG BELAKANG LAGI

Sebaik sahaja PR memenangi 2 PRK di Semenanjung 7 April lepas, saya berkata di dalam hati bahawa rakyat masih menaruh kepercayaan kepada PR walaupun terpaksa berdepan dengan kepimpinan baru BN yang dikatakan hebat (angkat bakul sendiri).

Rakyat masih yakin bahawa PR lebih baik dari BN dari segenap segi.

Kepercayaan rakyat kepada PR mesti dipertahan malah dipertingkatkan lagi. Kepercayaan rakyat mesti dibalas dengan program-program kebajikan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana yang dijanjikan.

Bagi saya apa yang penting sekarang selepas setahun lebih kerajaan PR di 4 buah negeri (setelah BN merompak kerajaan kita di Perak) mesti menunaikan janji-janji mereka semaksima yang mungkin. Kini tinggal lebih kurang 3 tahun lagi untuk kerajaan PR berbuat demikian.

Segala perancangan dan program yang dicadangkan mesti dikaji dari masa ke semasa supaya ianya berjalan secara baik dan 'on track' agar objektif dan janji-janji kita kepada rakyat dicapai pada masa yang ditetapkan.

Dari maklumat yang kita perolehi memang kerajaan kita di 4 buah negeri kita telah menunaikan sebahagian besar dari janji dalam manifesto lepasa. Syabas saya ucapkan, cuma yang penting sekarang segala program dan projek ini mesti diwar-warkan di dalam media atau buletin penerangan bukan sahaja di dalam negeri masing-masing dalam diluar negeri iaitu negeri-negeri yang diperitah BN agar rakyat mereka tahu betapa prihatinnya kerajaan PR kepada rakyat. Dengan iti Insya Allah PRU akan datang mereka pula akan mengundi PR.

Comments