Speaker DUN Perak, YB V Sivakumar menggunakan semula kuasanya menghalang Zambry dan Exco dari menghadiri sidang DUN jika ditakdirkan ianya diadakan sebelum 13 Mei ini.
Walaupun Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, namun Speaker masih mempunyai semasa Sidang DUN akan datang.
Sidang DUN yang kemungkinan di adakan pada 9 dan 10 Mei depan mungkin akan menimbulkan satu lagi sejarah dalam politik Malaysia kerana dijangkakan Speaker akan menggunakan kuasanya untuk menghalang Zambry dan Exconya memasuki Dewan. Masih banyak peruntukan lain dan prosedur lain yang boleh digunakan oleh Speaker untuk menghalang Zambry dari memasuki Dewan.
Sebab itulah saya menjangkakan Sidang pada 9 dan 10 Mei jika benar-benar berlaku akan menimbulkan konflik perundangan baru dalam negara.
Jadi saya tetap konsisten menyatakan bahawa jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak ini ialah dengan membubarkan DUN dengan secara terhormat.
BN sendiri yang sudah ditolak rakyat pada PRU 2008 dan PRK Bukit Gantang 7 April lalu sepatutnya insaf dan sedar bahawa tidak ada gunakan mempertahankan kuasa yang dirompak dari PR sedangkan rakyat meluat dan mual dengan BN. Jalan terbaik bagi mereka ialah memohon kepada Sultan untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak dan pulangkan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru. Insya Allah semuanya selesai.
Comments