STESYEN BAS KANGAR DHAIF DAN MEMALUKAN

BN sering mewar-warkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka jauh lebih maju dari negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) terutama Kelantan. Malah media-media arus perdana yang jelas berpihak kepada BN seringkali menayang dan menyiarkan berita-berita bergambar tentang kedhaifan rakyat dan suramnya pembangunan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Namun semua itu hanyalah omongan kosong sahaja kerana ternyata salah sebuah negeri di bawah pemerintahan BN selama lebih tahun 50 tahun jauh lebih mundur dan dhaif dari negeri-negeri Pakatan Rakyat. Baru-baru ini sahabat seorang saya sempat meninjau beberapa tempat di Perlis Indera Kayangan yang diwar-warkan sebagai maju dan hebat.

Hakikatnya jauh panggang dari api. Lihat sahaja rupa stesen bas di Bandar Kangar,ibu negeri Perlis al-UMNO. Setelah 50 tahun di bawah penguasaan kerajaan BN/UMNO stesyen bas tersebut boleh dikatakan setaraf dengan 'bus stand' di pekan-pekan kecil di negeri-negeri maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Kemudahan di stesyen bas seperti surau amat menjolok mata. Surau tersebut diubahsuai dari lot kedai dan jelas ianya diselenggarakan dengan baik. Pandangan dari luar surau juga amat menyakitkan dengan tempat mengambil wudhu' yang dhaif dan kotor. Tiada satu paip pun yang boleh digunakan. Malah bau di sekelilingnya cukup memualkan.

Terdapat sebuau surau alternatif yang dibuat dari kabin yang hanya layak dibuat Stor. Begitu rendah nilainya surau di mata pihak berwajib di negeri BN ini.

Surau ini juga tidak terurus dengan kelambu yang dipasang mungkin tidak pernah dibasuh dan tersingkap di sana sini. Kawasan di sekeliling stesyen ini juga tidak terurus dengan sampah dan bahan-bahan terbuang bersepah-sepah tidak diselenggarakan dengan baik. Pejabat Badan Perhubungan Umno Perlis terletak tidak jauh dari stesyen Bas tersebut.

Dari luar jelas pejabat ini agak dhaif seperti juga stesyen bas tersebut. Setakat inilah sajalah stesyen yang mampu dinikmati oleh penduduk di negeri Perlis yang telah diperintah oleh BN selama lebih 50 tahun. Nikmat pembangunan dunia yang ditagih setiap kali musim pilihanraya langsung tidak nampak.

Janji-janji manis BN untuk melaksanakan pembangunan di negeri Perlis hanyalah omongan kosong. Namun rakyat masih memberikan mandat kepada BN untuk terus menipu dan memperdayakan mereka.

Apakah Perlis di bawah era pemerintahan Datuk Seri Isa Sabu dapat memberi kesejahteraan kepada rakyatnya tidak sebagaimana di bawah pemerintahan Datuk Seri Shahidan Kassim. Sama-sama kita nantikan

Comments

Budak Syburi said…
ok lah tu, ada juga stesen bas.

Tak sempat nak tengok stesen bas kot, pasai exco mana dok naik bas. Rakyat sahaja yang naik bas.