10 ADUN BN BOLEH BENTUK KERAJAAN BARU DENGAN PAS DI TERENGGANU

10 ADUN BN yang memboikot Sidang DUN Terengganu 2 hari lalu boleh membentuk kerajaan campuran dengan PAS demi masa depan rakyat Terengganu. Jika benar mereka berjuang untuk rakyat dan tidak mahu berketuakan Menteri Besar 'cap ayam' seperti Mat Said mereka boleh tubuh kerajaan baru dengan PAS.
Mereka ada 10 ADUN sudah tentu mereka boleh menjadi Menteri Besar dan memperolehi kouta Exco yang lebih ramai berbanding PAS yang ada 8 ADUN.
Jika benar mereka mahu tubuh kerajaan negeri yang baru 10 ADUN dan 8 ADUN PAS akan membentuk Pakatan dengan mempunyai 18 Kerusi berbanding BN yang diketuai Mat Said dengan 14 kerusi sahaja.
Jadi Pakatan mereka ada 4 kerusi majoriti. Menang suatu pakatan yang kuat jika mereka benar-benar mahu berpakat.
Saya cadangkan Ketua kepada 10 ADUN tersebut iaitu Idris Jusoh dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mustafa Ali bertemu dan berpakat bagi menubuhkan kerajaan baru.

Comments

orang ganu said…
ait PR lompat parti tak boleh,lawan kehendak rakyat la,tak adil la,kalau BN lompat parti boleh pulak ek,bagos pulak ek?tak ke namenye hipokrit camtu.
Anonymous said…
bukan lompat parti kerajaan campuran 10 ADUN BN dengan 8 ADUN PAS, ADUN BN tak perlu masuk PAS
Anonymous said…
bro
tak payah lah kita berangan nak pakat ngan umno nak tubuh kerajaan kat terengganu.buang masa