APA MOTIF NAJIB MANSUHKAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Perdana Menteri Najib Razak sehingga kini masih belum menjelaskan mengapa beliau memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dalam rombakan kabinet minggu lalu.
Ramai pemerhati merasakan tindakan Najib tersebut adalah silap lebih-lebih di bawah MeCD terdapatkan suatu badan yang sangat penting iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Ketika ramai pakar-pakar politik meramalkan Najib akan memansuhkan Kementeri Pendidikan Tinggi dan lain-lain kementerian yang dilihat 'overlap' tiba-tiba beliau tidak berbuat demikian. Sebaliknya MeCD pula jadi mangsa sedangkan MeCD dilihat sangat penting dan mempunyai peranan yang besar dalam memajukan ekonomi rakyat.
Timbalan Najib, Muhyiddin Yassin dalam jawapannya kepada media semalam menyatakan bahawa keputusan Kabinet kolektif, dasar yang dipersetujui bersama seperti pembangunan bumiputera dan usaha menterjemahkan beberapa prinsip Dasar Ekonomi Baru (DEB) ke dalam konteks sekarang, masih menjadi agenda Kabinet.
Muhyiddin bagaimanapun enggan menyatakan sebab sebenarnya MeCD dimansuhkan oleh Najib.
Semalam sebuah NGO iaitu Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) yang diketuai oleh Osman Abu Bakar telah menyerahkan memorandum yang antara kandungannya meminta kerajaan mewujudkan kembali MeCD bagi meneruskan agenda membela bumiputera dengan berkesan.

Comments

Budak Syburi said…
One Malaysia, kita semua satu.......

Melayu, melayu.....