BUBAR DUN PERAK DAN TERENGGANU

Saya mencadangkan kerajaan BN negeri Perak dan Terengganu membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing bagi menyelesaikan kemelut politik di kedua-dua negeri tersebut. Ianya mesti dilakukan bagi mengelakkan kemelut tersebut berlarutan dan berpanjangan dengan tiada kesudahan.
Sesungguhnya kemelut tersebut jelas menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri di mana rakyat menjadi mangsa kemelut politik disebabkan kerakusan BN tamakkan kuasa.
Tiada gunanya BN meneruskan pemerintahan di kedua-dua negeri tersebut jika mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri.
Situasi di Perak terus menjadi tidak menentu. Rakyat sudahpun menunjukkan isyarat jelas mereka tidak mahu BN memerintah negeri Perak seperti yang mereka nyatakan melalui peti undi di Bukit Gantang 7 April lalu.
Manakala di Terengganu sikap tamakkan kuasa di kalangan ADUN BN akhirnya menggoncangkan pentadbiran negeri ini. BN lawan BN akhirnya rakyat yang jadi mangsa. Jika Menteri Besar sekarang tidak dapat sokongan ADUN BN dan PAS maka wajar DUN Terengganu dibubarkan dan rakyat diberi pilihan untuk memilih kerajaan baru.
10 ADUN Terengganu jelas tidak percaya kepada MB Terengganu, Ahmad Said mereka ialah Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri0, Zakaria Abdullah (Paka), Mohammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Comments