.

.

27 February 2010

RUMAH TERBUKA PEMUDA PR MELAKA MERIAH

Kira-kira 1,000 orang rakyat Melaka mengunjungi rumah terbuka Tahun Baru Cina Pemuda Pakatan Rakyat Melaka yang diadakan di Taman Sin Hoe Bukit Baru sebentar tadi. Program tersebut disifatkan amat berjaya kerana sebahagian besar kawan-kawan berketurunan Cina yang hadir adalah dari sekitar Bukit Baru.

Pengarah bersama Program tersebut, Khairul Salleh mengucapkan terima kasih kepada rakyat Melaka pelbagai bangsa yang sudi mengunjungi rumah terbuka tersebut.
Menurutnya PR akan terus bersama dengan rakyat dalam apa juga isu khasnya isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Antara pimpinan yang hadir ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali; Ketua DAPSY Malaysia, YB Anthony Loke, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.

BUANG BANNER TINDAKAN TIDAK WARAS

Sekali lagi pihak yang hasad dan dengki kepada PR di negeri Melaka menzahirkan perangai mereka yang tidak bertamadun dan tidak waras. Hari ini banner Rumah terbuka Hari Raya Cina Pemuda Pakatan Rakyat direntap dan digunting oleh pihak tertentu sebanyak 2 kali di tempat yang sama.

Banner yang digantung buat kali pertama semalam disedari sudah digunting dan diambil oleh mereka yang tidak bertanggungjawab awal pagi tadi.

Menyedari akan kejadian tersebut Pemuda PR menggantung sebuah banner lain di hadapan Petronas Bukit Baru kira-kira jam 12.30 tengahari tadi. Namun tidak berapa lama kemudian ianya direntap dan di'rompak' oleh pihak terbabir sekali lagi.

Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Khairul Salleh dalam kenyataannya sebentar tadi kesal dan hairan dengan tindakan pihak terbabit yang jelas tidak professional dan tidak matang.

'Kita berpolitik secara matang bukannya politik cabul seperti ini, ianya jelas membuktikan pihak terbabit takut untuk berhadapan dengan PR'.

'Sepatutnya pihak terbabit berani berpolitik secara anak jantan bukannya melakukan sabotaj seperti ini' kata Khairul.

KARTUN PUN DITAKUTI BN

Akibat takut kepada pengaruh komik kartun politik karya Zunar, pihak berkuasa seolah-olah memusuhi komik tersebut. Apa salahnya komik tersebut sehingga menjadi mangsa pihak berkuasa.
gedung kartun 091209 zunarApalah sangat kuasa sebuah kartun politik untuk mempengaruhi minda rakyat. Namun kerana takut kepada bayang-bayang sendiri maka komik kartun Zunar jadi mangsa kerakusan dan gila kuasa pihak berkuasa.
Zulkiflee berkata kepada media haru ini bahawa beliau masih mengenalpasti jumlah sebenar buku-bukunya yang dirampas, tapi mengesahkan sebanyak 15 naskhah telah dirampas di dua buah kedai buku di Kepala Batas.

Menurutnya beliau mendapat tahu bahwa polis merampas buku yang tidak diketahui jumlahnya di Bukit Mertajam dan Butterworth," katanya dipetik dari Malaysiakini.
Begitu ketara ketakutan dan kebimbangan BN tentang pengaruh PR sehingga komik pun jadi musuh mereka.

APA TUNGGU LAGI KU LI

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah semalam mengakui dirinya masih setia kepada perjuangan Umno walaupun terus menyuarakan hak Kelantan dalam tuntutan royalti minyak.

Beliau menolak dakwaan pelbagai pihak yang menyatakan beliau tidak setia kepada perjuangan Umno berikutan tindakannya memperjuangkan hak Kelantan untuk mendapat bayaran royalti minyak.

tengku razaleigh hamzah interview with malaysiakini 4Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang memberitahu pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Umno bahagian itu di Bukit Chekati dekat Gua Musang bahawa beliau masih setia kepada perjuangan parti itu.
Bagi saya Ku Li telah membuat kesilapan besar sekali lagi kerana masih mahu bersama Umno sedangkan beliau sendiri sedar Umno sudah tidak boleh dipercayai lagi.
Kalau Ku Li secara terang menempelak Umno dalam isu royalti minyak mengapa beliau masih tidak mahu keluar dari Umno yang boleh diibaratkan sebagai sebuah sampan bocor yang bila-bila sahaja boleh tenggelam.

Sudah sampai masanya beliau keluar dari Umno dan memilih haluan politik baru bagi sama-sama menyelamatkan rakyat dan negara.

26 February 2010

AWANG KETUAI JAWATANKUASA 'PENYAMUN'

Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussein dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, yang berjumlah RM20 juta sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk 'menyamun' wang royalti rakyat Kelantan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed berkata Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, dilantik untuk menguruskan agihan wang ihsan berkenaan atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Begitulah hinanya Umno sehingga sanggup menipu rakyat dan 'merompak' wang rakyat Kelantan/

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata mesyuarat jawatankuasa untuk pengagihan wang ihsan itu akan berlangsung pada Mac nanti untuk membincangkan kaedah agihan peruntukan itu.

Saya pasti rakyat Kelantan tidak akan memaafkan tindakan biadap dan ganas Umno ini. Tindakan menyebabkan Umno/BN Kelantan menutup terus peluang mereka untuk merampas Kelantan dari Pakatan Rakyat pada PRU ke 13 nanti kerana kebencian rakyat kepada BN semakin memuncak dengan 'rompakan' royalti ini.

MOHON BANTUAN TETAMU SEMUA

Sahabat saya seorang aktivis perjuangan Islam dan Keadilan Suhaimi Suhud memerlukan bantuan dari kita semua.

Pada 7 Mac 2010 anak beliau akan membuat pembedahan jantung di IJN, beliau memerlukan bantuan dari kita semua dimana beliau kekurangan lebih kurang 7000 ringgit lagi dari 18000 ringgit kos tersebut, oleh itu saya memohon jasabaik tuan-puan yang tak keberatan untuk membantu mengurangkan beban belaiu.

Beliau tinggal di Bukit Katil Melaka.

Beliau boleh dihubungi di talian 0166447343 atau email mieana69@yahoo.com

Maybank acc no:104068034533 Suhaimi Suhud

Semoga Allah murahkan rezeki tuan-tuan dan memberkatinya.

ROYALTI : BN BUAT SEMUA IKUT UNDANG-UNDANG?

Memang dulu, kini dan selamanya apa yang dilakukan oleh Umno/BN mengikut undang-undang dan tidak pernah mereka melanggar undang-undang. Tetapi undang-undang itu bukan undang-undang negara tetapi undang-undang mengikut kepala pemimpin Umno/BN. Apa yang mereka rasa baik mereka akan buat kerana mereka berkuasa melakukan apa sahaja. Sehingga orang lain tidak mahu menegur dan memperbetulkan apa yang batil.
Semua orang yang terlibat dengan undang-undang akan mencari jalan supaya tindakan yang mereka buat adalah mengikut undang-undang walaupun orang bodoh pun tahu ianya bercanggah dengan undang-undang.
Semalam pemimpin Umno sekali lagi mendakwa tindakan Kerajaan Pusat memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan bagi menggantikan royalti minyak adalah betul mengikut undang-undang.

Oleh itu Perdana Menteri, Najib Razak menegaskan, pendirian kerajaan dalam soal pemberian itu adalah jelas dan tetap akan memberikan peruntukan berkenaan. Sedangkan di dalam perjanjian petrolium dengan jelas menyebutnya royalti 5 % yang berhak diperolehi oleh kerajaan negeri.

Jika inilah sikap pemimpin pusat maka rakyat akan terus sangsi dan syak wasangkan tentang kejujuran kerajaan menggagaskan 1Malaysia yang antara lain mahukan rakyat bersatu padu walaupun berlainan ideologi perjuangan, agama, bangsa dan agama.

Lebih teruk lagi tindakan kerajaan yang acapkali membelakangkan undang-undang menyebabkan negara luar semakin sangsi dengan sistem undang-undang dan kehakiman negara kita seperti yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Parlimen Australia baru-baru ini.

BUKAN BERHIMPUN TAPI HAYATI PERJUANGAN NABI

Bukan perhimpunan yang menjadi kewajipan kepada kita semua tetapi melaksanakan apa yang Rasulullah S.A.W suruh dan meninggalkan apa yang ditegah oleh Baginda menjadi kemestian. Namun pada hari ini ianya sudah terbalik. Perhimpunan Maulidur Rasul seolah-olah menjadi wajib manakala suruhan dan larangan Baginda dipandang enteng.
Maka tidak hairanlah pada hari ini ramai orang Islam seolah-olah mempersendakan Rasulullah. Ketika perhimpunan merekalah menjadi juara tetapi dalam bab pemerintahan Islam, undang-undang Islam, perjuangan menegakkan Islam, sistem ekonomi Islam, sistem pendidikan Islam, mengamalkan makruf dan mencegah kemungkaran mereka abaikan.
Dalam bab yang menjadi kewajipan fardhu Ain pun seperti menutup aurat yang nampak mudahpun mereka permain-mainkan. Cuba telek isteri pemimpin negara berapa ramai yang menutup aurat. Begitu juga Pemimpin wanita sebuah parti yang mendakwa parti Islam ketiga terbesar di dunia, hal-hal aurat ini dipandang sepi.
Jadi mulai pada hari ini marilah cinta mencontohi Rasulullah dengan ikhlas dan jujur. Jangan hanya ikut Rasulullah dalam bab yang kita suka sahaja tetapi dalam bab lain yang lebih besar kita tinggalkan.
Semua orang tahu Rasulullah adalah seorang suami, ayah, pemimpin negara, panglima perang dan lain-lain yang terbaik pernah dilahirkan di atas dunia. Dari itu teladanilah baginda. Insya Allah semuanya akan selamat dan sejahtera. Jangan kita perkecil dan persendakan sirah Rasulullah dan kewajipan mentaati sunnahnya.

RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA PR ESOK

Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan Jamuan Rumah Terbuka Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Melaka pada esok bersamaan 27 Feb 2010 dari jam 2.00 - 6.00 petang bertempat di Taman Sin Hoe, Bukit Baru iaitu di belakang Petronas Bukit Baru.

Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM), Khairul Salleh dalam kenyataannya baru-baru ini berkata jamuan ini akan Pengarah Strategik PKR YB Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakrishnan, Ketua DAPSY Pusat YB Anthony Loke, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chow dan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Program ini akan dimulakan ucapan pimpinan PR dan diikuti dengan jamuan makan. Selain itu tarian singa sempena Tahun Baru Cina juga akan dipersembahkan.

Pada sebelah malamnya pula Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek, Tian Chua dan Anthony Loke akan berceramah di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

25 February 2010

1MALAYSIA SEMUANYA BAGUS

Semenjak Malaysia memperkenalkan gagasan 1Malaysia semuanya bagus. Itu kata pimpinan Umno/BN. Hari ini pemimpin 1Malaysia kata ekonomi Malaysia hebat dan bagus........tahniah!!!!!!!!!!!!!
Ekonomi bagus
Kadar pengangguran bagus
Kadar jenayah bagus
semuanya bagus.
Tidak ada yang tidak bagus. Yang tidak bagus ialah kerajaan Pakatan Rakyat dan parti-parti PR yang dikatakan berantakan dan huru hara.

Adakah tuan-tuan percaya 100 % apa yang dikatakan oleh mereka?????

MUHYIDDIN KEPALA PENING LALAT

Sebuah media hari ini melaporkan bahawa Muhyiddin Yassin hairan dengan tindakan serta kenyataan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah berhubung keputusan kerajaan Persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai penjelasan sudah diberikan.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan dan kenyataan Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu bercanggah dan tidak sehaluan dengan keputusan kerajaan Persekutuan.

Saya pula hairan dengan Muhyiddin kerana hendak dikatakan beliau bodoh beliau bukan bodoh, hendak dikatakan beliau tidak waras beliau kelihatan waras dan sihat walafiat.

Namun beliau tidak mampu melihat dan menilai yang mana kebenaran dan kebatilan dalam isu royalti minyak ini. Mengapa begitu sekali bingung dan tulinya pemimpin Umno sehingga fakta sebenar dan nyata pun hendak diputarbelitkan.

Hanya Tengku Razaleigh sahaja yang waras dan sihat walafiat. Yang lain semuanya saya tidak tahu status masing-masing.

Manakala Muhyiddin nampaknya terus 'fening' lalat.

HUKUMLAH MENGIKUT HUKUM ISLAM SEBENAR

Jika benar pihak berwajib ingin melaksanakan hukum Islam sebenar saya menyokong 100 %. Tetapi jika mereka sekadar melaksanakan hukum mengikut kehendak nafsu mereka seperti menghukum pesalah zina dengan hukuman 6 sebatan di tempat tertutup maka menentangnya kerana ianya jelas bertentangan dengan hukum Islam.

Apakah pihak berkenaan ini hendak mempermainkan hukum Islam sehingga sanggup mengubah hukum yang jelas dinyatakan oleh Allah S.W.T di dalam Al Qur'an.

BLOG TIDAK TELUS

Minta maaf kepada semua tetamu, saya tidak akan memuatkan sebarang komen yang ada unsur-unsur negatif, tidak matang dan membawa mudarat.

Sila gunakan blog-blog yang sesuai untuk komen kalian untuk membuat komen negatif seperti di atas.

Harap Maklum

KLINIK PALING PELIK DI DUNIA

Perdana Menteri Najib Tun Razak mahu orang ramai yang pernah mendapatkan perkhidmatan di Klinik 1Malaysia supaya berkongsi pendapat mengenai pengalaman mereka. Najib menyatakan perkara tersebut seperti yang dilaporkan Bernama hari ini.

Saya ingin memberitahu Perdana Menteri bahawa antara pandangan rakyat tentang Klinik 1Malaysia adalah seperti pandangan saudara Adly Zahari seperti dibawah :-
  • Klinik tiada doktor, itulah klinik 1 Malaysia.
  • Satu Malaysia tahu klinik ini tiada doktor.
  • Satu Malaysia tahu klinik ini tak ada MC.
  • Satu Malaysia tahu kalau betul-betul sakit tak boleh pergi klinik ini.
  • Satu Malaysia tahu yang klinik ini hanya untuk orang yang sakit tak sakit.
  • Satu Malaysia tahu yang mereka dah kena tipu.
  • Sepatutnya bila sudah merdeka lebih 50 tahun, rakyat sepatutnya mendapat perubatan dari doktor pakar bukannya dari pembantu perubatan.
  • Sepatutnya dengan kekayaan hasil petronas, kerajaan membelanjakan wang bagi tujuan pendidikan, agar lebih ramai anak-anak kita mampu menjadi doktor malah pakar dalam bidang tersebut. Paling kesal, kita tak cukup doktor dalam keadaan anak-anak kita yang cerdik begitu ramai.
  • Klinik 1 Malaysia melambangkan bahawa kita sedang mundur dalam bidang perubatan.
  • Wajarlah kita membayar RM1.00 diklinik 1 Malaysia. Kerana nilainya memang begitu.

24 February 2010

SEMUA ISU DISOROK DALAM PUNGG*&G SAIFUL

Naib Presiden PAS Dato' Hj Mahfuz Omar berkata BN cuba menyorokkan semua isu dan masalah yang ada hari ini dengan membesar-besar cerita tentang kes liw#@ Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kes enjin hilang, kapal selam tak boleh menyelam, ekonomi merudum, jenayah meningkat, MCA bergaduh semuanya disorokkan di dalam lubang pungg$#@ Saiful Bukhari"
"Mereka cuba menutup semua isu tersebut dengan kes liw%$ ini" katanya.
Beliau juga mempertikaikan bagaimana adik Perdana Menteri, Nazir Razak boleh menjadi antara orang paling kaya dalam Malaysia dalam sekelip mata selepas Najib menjadi Perdana Menteri.
"Persoalan tidak pun tidak sedar bila Nazir menguasai majoriti saham CIMB dan bagaimana beliau boleh mempunyai wang begitu banyak sehingga berjaya menguasai CIMB" tanya Mahfuz.
Beliau berkata demikian pada ceramah umumnya di Markaz PAS Kawasan Jempol di Kg Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan malam tadi.

23 February 2010

RAKYAT SARAWAK KENA RASUAH

Jelas BN terus mengamalkan politik kuno dan tidak bertamadun apabila terus menggunakan projek dan duit sebagai umpan untuk mendapat sokongan rakyat.
Semalam Perdana Menteri mengumumkan bahawa RM3.4 bilion akan digunakan untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur.

Semua ini adalah umpan pilihanraya Sarawak yang bakal menjelang.
Seperti biasa BN terus menjadi duit dan projek sebagai modal kempen mereka untuk mendapatkan sokongan. Saya yakin dengan jumlah duit sebanyak itu BN mampu untuk terus mengekalkan kuasa di Sarawak kerana kita semua faham kecelikan politik rakyat Sarawak berbeza dengan rakyat Sabah dan Semenanjung Malaysia.
BN nampaknya tidak mahu belajar dari kesilapan mereka di Semenanjung apabila menggunakan duit untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka. BN lupa bahawa suatu masa nanti rakyat akan cerdik dan tidak hairan dengan projek pembangunan yang sememangnya menjadi kewajipan mana-mana kerajaan kepada rakyatnya.
Oleh kerana leka dengan politik kuno iaitu politik pembangunan/projek, politik ugut, politik rasuah dan sebagainya maka BN diajar di Semenanjung pada PRU 12 dahulu. Malangnya BN masih belum mengerti hasrat dan kehendak rakyat yang sudah semakin celik sekarang.
Saya sebenarnya kasihan dengan pimpinan BN yang masih jauh terkebelakang dari segi pemikiran dan perancangan. Di era dunia sempadan dan zaman IT ini BN masih berada di takuk tahun 60-an, 70-an sehingga masih mengamalkan politik kuno tersebut.
Jika BN tidak mahu berubah dari politik bodoh kepada politik cerdik ini, Insya Allah BN akan dimuziumkan pada beberapa PRU akan datang.

RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA PR 27 FEB

Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan Jamuan Rumah Terbuka Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Melaka pada 27 Feb 2010 dari jam 2.00 - 6.00 petang bertempat di Taman Sin Hoe, Bukit Baru iaitu di belakang Petronas Bukit Baru.

Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM), Khairul Salleh dalam kenyataannya hari ini berkata jamuan ini akan Pengarah Strategik PKR YB Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakrishnan, Ketua DAPSY Pusat YB Anthony Loke, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chow dan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Program ini akan dimulakan ucapan pimpinan PR dan diikuti dengan jamuan makan. Selain itu tarian singa sempena Tahun Baru Cina juga akan dipersembahkan.

Pada sebelah malamnya pula Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek, Tian Chua dan Anthony Loke akan berceramah di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

BELUM DIBUKTIKAN BERSALAH, JANGAN DAHULUI MAHKAMAH

Utusan akhbar yang diperkudakan Umno untuk mengelirukan rakyat terus istiqamah melakukan kerja terkutuk memporak perandakan pemikiran rakyat supaya lebih bercelaru dan kacau.
Tidak ada kerja lain selain melaga-laga, memfitnah, membohong dan sebagainya. Tujuan hanya satu memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan memberikan gambaran buruk PR kepada rakyat.
Utusan sentiasa mencari sesiapa sahaja yang sanggup membuat kenyataan akhbar sedemikian bagi mencapai hajat dan niatnya memuaskan hati tuannya iaitu Umno. Kadang-kadang Professor kangkung dan sesiapa sahaja dikambinghitamkan untuk membuat kenyataan tersebut.
Hari ini Utusan menyiarkan kenyataan seorang IPTA yang antara berkata, PR perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR. Katanya perkara itu perlu kerana Anwar memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara.

Katanya, ini kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.

Justeru katanya, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar.

Kenyataan merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah kerana Anwar belum dibuktikan bersalah dan ramai pemerhati dalam dan luar negeri berpendapat kes ini adalah konspirasi kedua terhadap Anwar. Sebagaimana konspirasi 1998 di mana akhirnya Anwar dibuktikan tidak bersalah.

Saya menasihatkan pensyarah tersebut dan Utusan supaya menggesa pemimpin Umno yang jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah supaya meletakkan jawatan terlebih dahulu antaranya Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain bukan Anwar yang belum dibuktikan bersalah.

JOMPOL OH JOMPOL

Jempol oh Jempol. Apo kono ekau Jompol. Malang kang kito jumpo kek Jompol. Ado kendughi dongar ceghito. Oghang Jompol masak sodap.

Batu Kikir jambatan bosi,
Gulai udang sebolango
......lupo apo sambungan ee

DEWAN UiTM:JANGAN CEMARI IPT DGN POLITIK

Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob menafikan dakwaan kononnya UMNO negeri menggunakan Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka di sini bagi mengadakan konvensyen yang berakhir semalam secara percuma.

Sebaliknya, beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri menegaskan, parti itu menyewa dewan itu bagi tujuan tersebut selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Kita tidak mempertikaikan samada Umno menyewa atau tidak. Apa yang dipertikaikan oleh PAS ialah mengapa Umno menggunakan Dewan UiTM untuk program politik seperti itu. Adakah UiTM akan membenarkan PAS menyewa Dewan itu sebagaimana Umno. Kita tidak mahu IPT dicemari dengan program politik sebegini.

22 February 2010

PENDERHAKA RAKYAT TOK PA BERANGAN LAGI

Setiap kali pilihanraya umum bakal menjelang Umno akan memberitahu rakyat bahawa BN akan merampas kembali negeri Kelantan.
Bermula dengan PRU 1995, 1999, 2004 dan 2008 Umno tidak putus-putus mencanangkan ke seluruh dunia bahawa BN akan menawan Kelantan dan PAS akan dikuburkan di sana.
Semalam Penderhaka rakyat Tok Pa sekali 'kkkecek' besar dan 'agah'.
Dengan raut mukanya yang tidak yakin Tok Pa berkata Badan Perhubungan Umno Kelantan kini melipatgandakan usaha untuk menawan kembali negeri itu daripada Pas dengan menggunakan pendekatan 2B - bersaing (berkawan) dan berbakti.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata dengan strategi itu, pasukan gerak kerja yang akan ditubuhkan akan berusaha mendekati dan berkomunikasi dengan rakyat dalam pelbagai cara termasuk menggunakan media baru manakala berbakti pula adalah konsep berkhidmat untuk rakyat.
Baguslah tu Tok Pa berangan lah lagi sedangkan sebenarnya rakyat semakin membenci Umno kerana men'curi' royalti yang menjadi hak rakyat Kelantan.

ANAK LUAR NIKAH : UNDANG-UNDANG MANUSIA GAGAL

Terbukti undang-undang manusia gagal menangani masalah maksiat, zina dan sebagainya. Allah telah menjadikan undang-undangNya yang adil, berkesan dan ada barokah. Namun manusia masih bebal, bongkak dan degil masih tidak mahu kembali kepada jalan Allah.

Akhirnya masalah di bawah ini yang kita hadapi sekarang. Malangnya pihak berkuasa hari ini masih terus memandang perkara ini sebagai tidak penting dan remeh. Punca-punca maksiat terus dibiarkan malah digalakkan pertumbuhannya.

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri
daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak
berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.
Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran
anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor
sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian
bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa
catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada
setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes
pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran
kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003)
30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan
adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang.

PAS SUDAH LAMA JIWAI 1MALAYSIA

Umno dan BN baru sedar akan pentingnya 1Malaysia. Setelah lebih 50 tahun merdeka pada zaman pemerintahan Najib Razak Umno/BN sedar bahawa masyarakat mesti disatukan dengan semangat 1Malaysia. Sebelum ini Umno/BN menghentam DAP kerana konsep Malaysian Malaysianya tetapi sekarang cuba menirunya pula.
Namun begitu PAS sudah lama menghayati konsep ini malah ianya diselaraskan dengan Islam yang sememangnya menuntut perpaduan dari semua segi.
Sedarkah kita bahawa nama PAS iaitu PARTI ISLAM SEMALAYSIA bermaksud PARTI ISLAM SATUMALAYSIA. Semua rakyat patut bernaung di bawah parti Islam ini yang mengutamakan konsep perpaduan SEMALAYSIA atau SATUMALAYSIA.
Begitulah hebatnya pimpinan PAS yang lebih awal memahami akan kepentingan SATUMALAYSIA dalam kerangka yang jauh lebih besar iaitu ISLAM.

28 RESOLUSI UMNO : AGAMA & SPR IKUT UMNO?

Konvensyen UMNO Pahang selama tiga hari yang berakhir hari ini menggariskan 28 resolusi. Banyak tu!!!
Antaranya :

1) UMNO Pahang meminta kepimpinan parti memilih calon berjiwa rakyat.
Komen saya : Selama ini YB Umno tidak berjiwa rakyat ke?

2) UMNO negeri mencadangkan supaya ditambah sembilan lagi kerusi Parlimen untuk menjamin kemenangan parti dalam pilihan raya. Komen saya : Sudah tentu Umno akan mempengaruhi SPR supaya mengujudkan kawasan selamat kepada Umno/BN. Akan ada kawasan parlimen yang disiat-siat untuk mengujudkan parlimen yang selamat. Kadang-kadang parlimen dan DUN yang diujudkan tidak munasabah.

3) Mendesak kerajaan memastikan model ekonomi baru akan meneruskan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mengelak ekonomi Melayu tidak terpinggir. Komen saya : Bukan Melayu yang terpinggir tetapi Umno mencari jalan supaya kroni-kroni mereka tidak terpinggir.

4) Kerajaan diminta memastikan urusan memperkasakan agama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan yang membawa kesan pengukuhan dan sokongan kepada UMNO. Komen : Undang-undang Islam hendak disesuaikan dengan kehendak Umno bukan kehendak Al Qur-an dan Sunnah.?

5) Memperkasakan sektor pendidikan negara. Komen saya : Kembalikan pemberian biasiswa dan ujudkan pendidikan percuma di negara kita.

6) Peranan media baru sebagai alat penerangan, perang siber dan propaganda. Komen : Jangan halang dan sekat perkembangan pemikiran melalui undang-undang yang menyekat kebebasan media cetak dan elektronik serta media baru.

HARTA RAKYAT, HARTA AWAM MACAM HARTA UMNO

Konvensyen UMNO Pahang dilangsungkan Universiti Teknologi Mara Kampus Khazanah Alam, Bandar Jengka minggu lalu.

Konvensyen selama tiga hari yang berakhir semalam dihadiri 1,400 peserta yang terdiri daripada ahli UMNO dari 14 bahagian di negeri itu.

Dengan muka selamba, tidak malu dan merasa salah Umno menjalankan aktiviti partinya di dalam sebuah IPT yang dibiayai oleh rakyat. Inilah Umno, sebuah parti yang tidak bertamadun dan tidak dapat membezakan yang mana harta parti dan yang mana harta rakyat.

Dari dulu, kini dan mungkin selamanya pemimpin Umno merasakan harta rakyat dan awam adalah Umno punya. Sebab itulah dikampung-kampung balai raya, pejabat kemas dan sebagainya dijadikan pejabat Umno cawangan tanpa segan silu.

Bayangkan jika Umno/BN kalah sudah tentu Umno cawangan tiada pejabat kerana pejabat mereka adalah harta rakyat dan awam. Pada masa itu baru Umno tahu langit tinggi atau rendah!.

UMNO SEMAKIN PARAH, MUHYIDDIN AKUI

Umno seboleh-bolehnya tidak mendedahkan kepada rakyat bahawa parti itu mempunyai masalah yang kronik. Namun rakyat sebenarnya sudah lama tahu bahawa Umno dulu, kini dan selamanya bercakaran dan berbalah. Ini kerana parti itu sudah tidak ada dasar perjuangan. Ahli dan pimpinan Umno kebanyakannya menjadi harta, pangkat dan kedudukan sebagai matlamat perjuangan.
Semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa berlakunya persengketaan dan perbalahan dalaman yang dilihat menjadi punca kelemahan parti itu.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno menegaskan, masalah itu tidak boleh dipandang remeh kerana kajian menunjukkan ia menjadi punca utama kegagalan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi pada pilihan raya lalu.

Muhyiddin berkata demikian dalam ucapannya penutupnya pada Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Teknologi Mara Kampus Khazanah Alam, Bandar Jengka dekat sini hari ini.

Konvensyen selama tiga hari yang berakhir hari ini dihadiri 1,400 peserta yang terdiri daripada ahli UMNO dari 14 bahagian di negeri itu.

TERIMAKASIH TUAN GURU

Lawatan Tuan Guru Presiden ke Melaka disifatkan amat berjaya kerana ahli dan penyokong PAS mendapat 'first hand' information dari beliau.

Pertama Tok Guru menegaskan PAS TIDAK AKAN NAIK ATAS BAHTERA BN YANG SEDANG BOCOR.

Kedua JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI BERTINDAK ATAS PENYIASATAN DAN BUKTI BUKAN PERSEPSI.
Ketiga MASA DEPAN PERJUANGAN ISLAM TETAP GEMILANG SEBAGAIMANA JANJI ALLAH, KERJA KERAS, ISTIQAMAH DAN JIHAD MESTI DITINGKATKAN
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter