Perdana Menteri Najib Tun Razak mahu orang ramai yang pernah mendapatkan perkhidmatan di Klinik 1Malaysia supaya berkongsi pendapat mengenai pengalaman mereka. Najib menyatakan perkara tersebut seperti yang dilaporkan Bernama hari ini.
Saya ingin memberitahu Perdana Menteri bahawa antara pandangan rakyat tentang Klinik 1Malaysia adalah seperti pandangan saudara Adly Zahari seperti dibawah :-
Saya ingin memberitahu Perdana Menteri bahawa antara pandangan rakyat tentang Klinik 1Malaysia adalah seperti pandangan saudara Adly Zahari seperti dibawah :-
- Klinik tiada doktor, itulah klinik 1 Malaysia.
- Satu Malaysia tahu klinik ini tiada doktor.
- Satu Malaysia tahu klinik ini tak ada MC.
- Satu Malaysia tahu kalau betul-betul sakit tak boleh pergi klinik ini.
- Satu Malaysia tahu yang klinik ini hanya untuk orang yang sakit tak sakit.
- Satu Malaysia tahu yang mereka dah kena tipu.
- Sepatutnya bila sudah merdeka lebih 50 tahun, rakyat sepatutnya mendapat perubatan dari doktor pakar bukannya dari pembantu perubatan.
- Sepatutnya dengan kekayaan hasil petronas, kerajaan membelanjakan wang bagi tujuan pendidikan, agar lebih ramai anak-anak kita mampu menjadi doktor malah pakar dalam bidang tersebut. Paling kesal, kita tak cukup doktor dalam keadaan anak-anak kita yang cerdik begitu ramai.
- Klinik 1 Malaysia melambangkan bahawa kita sedang mundur dalam bidang perubatan.
- Wajarlah kita membayar RM1.00 diklinik 1 Malaysia. Kerana nilainya memang begitu.
Comments