PAS SUDAH LAMA JIWAI 1MALAYSIA

Umno dan BN baru sedar akan pentingnya 1Malaysia. Setelah lebih 50 tahun merdeka pada zaman pemerintahan Najib Razak Umno/BN sedar bahawa masyarakat mesti disatukan dengan semangat 1Malaysia. Sebelum ini Umno/BN menghentam DAP kerana konsep Malaysian Malaysianya tetapi sekarang cuba menirunya pula.
Namun begitu PAS sudah lama menghayati konsep ini malah ianya diselaraskan dengan Islam yang sememangnya menuntut perpaduan dari semua segi.
Sedarkah kita bahawa nama PAS iaitu PARTI ISLAM SEMALAYSIA bermaksud PARTI ISLAM SATUMALAYSIA. Semua rakyat patut bernaung di bawah parti Islam ini yang mengutamakan konsep perpaduan SEMALAYSIA atau SATUMALAYSIA.
Begitulah hebatnya pimpinan PAS yang lebih awal memahami akan kepentingan SATUMALAYSIA dalam kerangka yang jauh lebih besar iaitu ISLAM.

Comments

Kay Du Lac said…
1Malaysia merujuk kepada kekuatan spiritual yang menjadi pegangan satu bangsa. Tak kirah lah agama apa pun yang dianuti, jika pegangan spiritualnya kuat, nescaya bangsa tersebut akan menjadi bangsa yang kuat.

1Malaysia merupakan satu konsep yang baik. Perkara yang baik perlulah mendapat sokongan semua pihak, bukan untuk UMNO, tapi untuk RAKYAT MALAYSIA.