RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA PR 27 FEB

Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan Jamuan Rumah Terbuka Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Melaka pada 27 Feb 2010 dari jam 2.00 - 6.00 petang bertempat di Taman Sin Hoe, Bukit Baru iaitu di belakang Petronas Bukit Baru.

Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM), Khairul Salleh dalam kenyataannya hari ini berkata jamuan ini akan Pengarah Strategik PKR YB Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakrishnan, Ketua DAPSY Pusat YB Anthony Loke, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chow dan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Program ini akan dimulakan ucapan pimpinan PR dan diikuti dengan jamuan makan. Selain itu tarian singa sempena Tahun Baru Cina juga akan dipersembahkan.

Pada sebelah malamnya pula Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek, Tian Chua dan Anthony Loke akan berceramah di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

Comments