MUHYIDDIN KEPALA PENING LALAT

Sebuah media hari ini melaporkan bahawa Muhyiddin Yassin hairan dengan tindakan serta kenyataan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah berhubung keputusan kerajaan Persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai penjelasan sudah diberikan.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan dan kenyataan Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu bercanggah dan tidak sehaluan dengan keputusan kerajaan Persekutuan.

Saya pula hairan dengan Muhyiddin kerana hendak dikatakan beliau bodoh beliau bukan bodoh, hendak dikatakan beliau tidak waras beliau kelihatan waras dan sihat walafiat.

Namun beliau tidak mampu melihat dan menilai yang mana kebenaran dan kebatilan dalam isu royalti minyak ini. Mengapa begitu sekali bingung dan tulinya pemimpin Umno sehingga fakta sebenar dan nyata pun hendak diputarbelitkan.

Hanya Tengku Razaleigh sahaja yang waras dan sihat walafiat. Yang lain semuanya saya tidak tahu status masing-masing.

Manakala Muhyiddin nampaknya terus 'fening' lalat.

Comments