PENDERHAKA RAKYAT TOK PA BERANGAN LAGI

Setiap kali pilihanraya umum bakal menjelang Umno akan memberitahu rakyat bahawa BN akan merampas kembali negeri Kelantan.
Bermula dengan PRU 1995, 1999, 2004 dan 2008 Umno tidak putus-putus mencanangkan ke seluruh dunia bahawa BN akan menawan Kelantan dan PAS akan dikuburkan di sana.
Semalam Penderhaka rakyat Tok Pa sekali 'kkkecek' besar dan 'agah'.
Dengan raut mukanya yang tidak yakin Tok Pa berkata Badan Perhubungan Umno Kelantan kini melipatgandakan usaha untuk menawan kembali negeri itu daripada Pas dengan menggunakan pendekatan 2B - bersaing (berkawan) dan berbakti.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata dengan strategi itu, pasukan gerak kerja yang akan ditubuhkan akan berusaha mendekati dan berkomunikasi dengan rakyat dalam pelbagai cara termasuk menggunakan media baru manakala berbakti pula adalah konsep berkhidmat untuk rakyat.
Baguslah tu Tok Pa berangan lah lagi sedangkan sebenarnya rakyat semakin membenci Umno kerana men'curi' royalti yang menjadi hak rakyat Kelantan.

Comments

toksagor said…
1. Tok percaya Tok Pa terpaksa berkata begitu, tapi jauh disudut hatinya percaya 100%, UMNO tidak akan sesekali berjaya merampas Kelantan dari Pas.

2. Orang kata itu adalah ucapan cari makan, nak bodek pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO..walaupun Tok Pa tahu itu semuanya retorik..dan beliau tidak akan berjaya menipu rakyat Kelantan pada hakikatnya..

3. Seperkara lagi suka menyebut 'akan', tapi bila tiba masanya semuanya senyap..itu la perangai UMNO..

4. Yang terakhir tok lihat Tok Pa pumya kawasan parlimen jeli terdapat banyak sekali pembangunan, seperti sekolah, politeknik, universiti dan sebgainya..alhamdulillah, cuma tok nak tanya kawasan parlimen lain di Kelantan tak layankah dibangunkan sebegitu? dan tok takut duit ehsan yang bakal diterima beliau nanti pun tak cukup nak buat projek di Jeli..