Kira-kira 1,000 orang rakyat Melaka mengunjungi rumah terbuka Tahun Baru Cina Pemuda Pakatan Rakyat Melaka yang diadakan di Taman Sin Hoe Bukit Baru sebentar tadi. Program tersebut disifatkan amat berjaya kerana sebahagian besar kawan-kawan berketurunan Cina yang hadir adalah dari sekitar Bukit Baru.
Pengarah bersama Program tersebut, Khairul Salleh mengucapkan terima kasih kepada rakyat Melaka pelbagai bangsa yang sudi mengunjungi rumah terbuka tersebut.
Menurutnya PR akan terus bersama dengan rakyat dalam apa juga isu khasnya isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Antara pimpinan yang hadir ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali; Ketua DAPSY Malaysia, YB Anthony Loke, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.
Comments