.

.

02 February 2013

SEMAKIN SEDIKIT BARANG DENGAN PEMBELIAN RM50

Makin kosong troli kita walaupun kita membeli dengan jumlah duit sama RM50 .......

ALI MUKA TAK TAHU MALU

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Mohd Ali Rustam percaya calon yang bakal dipilih untuk mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di negeri ini, bebas dari masalah undang-undang.

Malah, beliau juga percaya, kesemua nama yang dihantar ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan lulus ujian saringan.

“Semua bersih, kita daripada dulu semua pilih calon bersih dan harap saringan OK,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis The Untold Story Of Gaza by Harry Fear anjuran Perhimpunan Belia Sedunia (Way) di Auditorium Yayasan Melaka, di sini semalam.

Ketua Menteri Melaka ini memang tidak tahu malu. Berani bercakap tentang rasuah sedangkan beliau sendiri ter bukti mengamalkan rasuah sewaktu pemilihan Umno beberapa tahun lalu. Malah beliau sendiri dihalang dari bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana rasuah.

Rakyat Malaysia yakin orang pertama yang gagal tapisan SPRM ialah Ali Rustam jika benar SPRM telus dan tidak dipengaruhi pihak tertentu.

Selain Ali ramai lagi pemimpin Umno yang akan kandas jika SPRM benar-benar telus.

01 February 2013

NAJIB BENAR-BENAR TAKUT : UGUT RAKYAT JANGAN TUKAR KERAJAAN


Jelas sekali Presiden Umno, Najib Razak takut kepada bayang-bayang sendiri. Semalam beliau mengugut rakyat supaya jangan tukar kerajaan. Antara ugutan yang dibuat ialah jika kerajaan ditukar ianya akan menyebabkan matawang jatuh, inflasi meningkat, sektor pelancongan lumpuh dan keselamatan negara tidak terjamin.


Ternyata Najib sekali lagi memperbodohkan rakyat yang semakin cerdik sekarang. Bagaimana semua perkara itu boleh berlaku jika negara kita benar-benar dalam keadaan yang  baik. Yang bertukar hanya pemimpin sedangkan pegawai kerajaannya sama, sistemnya pun sama dan rakyat pun rakyat yang sama. 

Kita boleh melihat bagaimana negara-negara lain seperti Jepun, Korea dan Thailand sering bertukar kerajaan tetapi negara tersebut tetap maju. Bagaimana keselamatan boleh terjejas kerana kerajaan baru sudah tentu mahu keselamatan dalam keadaan yang baik. Malah Najib sendiri mendakwa bahawa pasukan keselamatan kita adalah antara yang terbaik. Nampaknya Najib cuba memperlekehkan kemampuan dan keupayaan pasukan keselamatan menjaga kestabilan negara. Tidak ada apa yang hendak dibimbangkan jika tidak ada pihak yang cuba membuat kacau. Apakah ada pihak-pihak yang merancang untuk melakukan kekacauan jika kerajaan bertukar tangan. Ini kerana ada pihak yang mendakwa bahawa akan tetap mempertahankan kerajaan yang ada dengan apa cara sekalipun.

Pakatan Rakyat juga telah membuktikan bahawa kerajaan PR jauh lebih baik dari BN di semua negeri-negeri yang diperintah oleh PR. Selangor dan Pulau Pinang sebagai contoh terbukti mempunyai kestabilan ekonomi, pengurusan kewangan dan program kebajikan yang terbaik dan diakui dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara. Malah hutang Selangor dan Pulau Pinang sudah hampir selesai dan rezab kewangan negeri meningkat. Selangor sebagai contoh mempunyai rezab negeri sebanyak RM2.5 bilion di saat Malaysia sendiri sudah berhutang sebanyak RM502 bilion.

Manakala kerajaan Kelantan dan Kedah berjaya mentadbir kedua-dua negeri tersebut dengan pentadbiran yang stabil, pengurusan kewangan yang baik dan program kebajikan yang diyakini rakyat. Hutang kedua-dua negeri itu dibayar mengikut jadual pada ketika negeri-negeri BN terus menimbunkan hutang mereka tanpa rasa segan dan silu. Contohnya Melaka di mana hutang negeri tersebut meningkat sehingga RM865juta.


Jika ditinjau dari indeks kemiskinan pula negeri-negeri BN terus menghuni tangga tertinggi sebagai negeri paling miskin di Malaysia. Sabah dan Terengganu gagal menyaingi Kelantan dan Kedah walaupun diwar-warkan kedua-negeri yang diterajui PAS itu miskin dan mundur.



Ternyata Najib cuba mengelirukan dan menipu rakyat dengan tuduhan dan fitnah yang jelas tidak disokong dengan fakta dan bukti-bukti kukuh. Rakyat Malaysia sudah tentu tidak akan menerima segala pembohongan ini bulat-bulat. 

Mana mungkin rakyat boleh menerima pemimpin seperti ini yang hanya berani bermain dengan spekulasi dan pembohongan tetapi pengecut dan penakut untuk berdebat dan berdialog dengan lawan politiknya di hadapan rakyat.



Najib benar-benar tertekan dengan 4 tawaran utama PR iaitu menurunkan harga minyak, penghapusan tol, pendidikan percuma dan penurunan harga kereta. Sehingga sekarang BN tidak mampu untuk menyaingi tawaran PR yang diyakini dapat dilaksanakan dengan rezeki Allah kepada Malaysia. 

Selama ini wang negara hangus begitu sahaja akibat pemimpin yang rasuah, menyalahgunakan kuasa dan tiris akibat pengurusan kewangan dan akhlaq pemimpin. Bayangkan RM28bilion duit negara tiris saban tahun, puluhan bilion lagi dibazirkan untuk membantu kroni-kroni dan peningkatan kos projek dan pengurusan.


Rakyat sudah bersedia untuk menukar kerajaan ...........Najib hanya bercakap untuk menyedapkan hati.

31 January 2013

MASIHKAH KAU INGAT

Masihkah kau ingat .....masihkah kau ingat ....Kita berlari-lari mencari rezeki di bumi Allah ini.........tapi sekelip mata...rezeki kita di'renggut' kerna harga barang yang semakin meningkat tidak turun-turun.

Hanya satu jalan untuk TURUNkan harga barang ..............iaitu TURUNkan Kerajaan BN dulu........Insya Allah harga minyak turun, harga tol tiada langsung.........dan harga barang pun TURUN.

Sumber Foto : FB Dpp Sg Siput.

TIDAK ADA SEBAB PECAT USTAZ NASHARUDDIN

Ustaz Nasharuddin tidak pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah samada oleh partinya atau SPRM.

Ustaz Nasharuddin tidak pernah dikaitkan dengan politik wang.

Ustaz Nasharuddin tidak pernah dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan wang tabung Palestin.

Ustaz Nasharuddin tidak pernah dikaitkan dengan penyelewengan wang zakat.

Ustaz Nasharuddin tidak pernah mengadakan kenduri kahwin sehingga dihadiri oleh 130,000 orang yang menyebabkan orang syak wasangka.

Ustaz Nasharuddin tidak pernah mencadangkan Kelab Malam dibuka sehingga jam 3 pagi.


Ustaz Nasharuddin tidak pernah mengeluarkan kata-kata menghina orang contohnya .....memerintah negeri dengan kain pelikat mana boleh............

Ustaz Nasharuddin tidak pernah membazirkan wang rakyat dengan projek-projek mega yang tidak bermanfaat sehingga ada yang terbengkalai dan ditutup..............

Ustaz Nasharuddin tidak pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh, biadap dan kebudak-budakan .........

Jadi tidak ada sebab mengapa Ustaz Nasharuddin Mat Isa perlu dipecat dari PAS. Kita parti rujuk Al Qur'an & hadis, ada peraturan, disiplin dan pertimbangan. Bukan parti yang ahli dan pimpinannya 'Yes Man' mengamalkan kronisme dan autokratik. Apa Presiden kata semua betul, bukan parti yang anggotanya Pak Hangguk dan kaki bodek.

Sumber sebahagiannya diceduk dari FB Ahmad Fadhli Shaari.

ISLAM FOR ALL/ISLAM UNTUK SEMUA

ISLAM FOR ALL 

ISLAM UNTUK SEMUA membawa erti bahawa Islam melindungi semua tanpa mengira bangsa dan agama. Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan sebagai RAHMATAN li al-Aalamien (Rahmat dan kasihsyg bagi seluruh alam serwajagat).

Bukan cara Islam mengugut untuk membakar kitab agama lain. 

Bukan cara Islam memaksa orang lain menerima Islam. "Tiada paksaan dalam agama". Tetapi Islam menunjukkan teladan dan ikutan yang baik sebagaimana Rasulullah memerintah Madinah di mana Kaum Yahudi  


Bani Nadir, Qainuqak dan Quraizah berjanjis setia dengan Nabi.

BUkan cara Islam menghina, memusuhi dan menjadikan rakyat bukan Islam sebagai warga kelas kedua dan hamba. Walaupun kita lihat kaum agama lain memerintah negara tertentu mereka menindas umat Islam. Tetapi kerajaan Islam tetap adil kepada semua.

Islam untuk semua ................


PAS BUKAN PARTI CACA MARBA


PAS adalah sebuah parti politik dan Gerakan Islam. Perjuangannya berjalan seiring dan tidak boleh dipisahkan. Sebab semua keputusan berkaitan politik diputuskan oleh Majlis Syura Ulama' bukannya keputusan seorang diktator seperti Presiden atau sekumpulan orang kepercayaan Presiden.


Bukan sedikit keputusan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ditolak oleh Majlis Syura Ulama'. Ada di kalangan bakal-bakal calon yang diketengahkan oleh PAS ditolak oleh Majlis Syura. Antaranya yang pernah ditolak pencalonannya ialah seorang Ahli Parlimen yang membuat onar tidak lama dahulu.

Majlis Syura bukannya sebuah badan 'Pak Angguk' yang dikawal dan 'Yes Man' kepada Presiden dan AJK PAS Pusat. Ahli-ahli Majlis Syura ada integriti, akhlaq, ilmu yang tinggi di samping tegas dengan apa juga keputusan setelah ianya dibincang panjang lebar dalam musyawarah. Nas dan dalil dikorek dan digali demi memastikan ianya benar-benar tidak berlawanan dengan Islam.

Antara keputusan penting yang dibuat oleh Majlis Syura ialah Tahaluf Siyasi bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan juga kerjsama bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Sebelum itu Majlis Syura juga meluluskan Tahaluf Siyasi PAS bersama PKN dan DAP (tidak kekal) dalam Barisan Alternatif (BA).

Kita bukannya parti caca marba yang hanya mengikut kepala hotak Presiden dan Pak Hangguk-Pak Hangguk Presiden. 

Dalam isu pecat memecat ahli pula, PAS mempunyai peraturan dan disiplin parti. Jika ahli benar-benar melakukan perkara yang melanggar hukum hakam agama dan disiplin parti, ahli tersebut wajar dikenakan tindakan.  Cerita pengguguran dari jawatan parti semuanya sudah maklum. Jika pemegang sesuatu jawatan tidak menghadiri mesyurat rasmi selama 3 kali berturut-turut seseorang itu boleh digugurkan dari jawatannya. Sama seperti Adun jika tidak hadir mesyuarat selama masa tertentu maka jawatan Adun akan tergugur. dengan sendiri.


30 January 2013

PRU 13 : BN MENANG BESAR?


Pemimpin BN sudah banyak mengeluarkan kenyataan bahawa walau dengan apa cara sekalipun Putrajaya tetap dipertahankan. Maknanya samada cara halal atau haram mereka tidak kisah. Sebab itu berapa banyak bantahan dan bermacam bentuk bantahan dilakukan BN dan SPR tetap membatu seribu bahasa.


Sehingga sekarang PR masih belum ada cara yang konkrit dan meyakinkan untuk menghalang penipuan pemberian I/C dan hak mengundi kepada warga asing. Belum ada cara yang meyakinkan untuk menghalang penipaun daftar pengundi. Undi pos, daftar pemilih berganda dan sebagainya terus menjadi senjata ampun kepada BN. Sebab itu BN sekarang berlakon mereka susah hati dan tidak yakin akan menang. Tetapi pada hakikatnya mereka sudah mengatur strategi hebat untuk menipu dan memanipulasi daftar pemilih bagi memenangkan BN.

Tidak hairan jika BN akan menang semua negeri pada kali ini dan seterusnya kembali menguasai majoriti 2/3 di Parlimen. Walaupun kita lihat kebangkitan rakyat menyokong PR memang hebat dan tidak dapat dibendung oleh BN pada persoalannya mampukan PR untuk mengatasi ratusan ribu malah jutaan pengundi 'palsu' yang sudah tentu menjadi 'fixed deposit' kepada BN. Pada masa yang sama undi pos semakin bertambah. 

Bayangkan di sesetengah Parlimen dan Dun pertambahan pengundi sangat luarbiasa. Sudah tentu ini menjadi bukti kukuh adanya pengundi 'palsu' atau hantu yang diberi I/C dan didaftarkan sebagai pengundi.


Selagi PR tidak mampu menghalang penipuan dan manipulasi ini jangan harap PR akan menang. Mimpi disiang hari sajalah untuk ke Putrajaya dan Seri Negeri.



Ayuh pimpinan dan penyokong PR fikirkanlah .............keluhanku ini.


Amat Alang
10.59pm, Bukit Katil.

29 January 2013

MEDIA PENCACAI TAK SERIK-SERIK


NAJIB PUCAT LESI TAK BERANI JAWAB 7 ISU BESAR

Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub menyatakan bahawa beliau akan menulis surat kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta beliau menjelaskan tujuh isu yang belum terjawab sehingga kini.

Pertama ialah berhubung kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Datuk Syed Ali AlAttas) baru-baru ini mengatakan, 80 peratus di sekitar Iskandar Malaysia sudah pun dimiliki oleh warga asing. Datuk Syed juga mengatakan rakyat Johor paling miskin disebabkan harga rumah & hartanah di Johor yang sangat membebankan.

Kedua, isu penjualan tanah Keretapi Tanah Melayu(KTM) kepada Singapura tanpa kerelaan rakyat Johor.

Ketiga, isu pengambilan tanah Pengerang untuk tujuan projek petrokimia (RAPID) yang menimbulkan pelbagai kontroversi dimana projek besar bernilai RM60 bilion itu mengakibatkan alam sekitar dan kesihatan penduduk terbabit terjejas.

Keempat, isu kehilangan medan minyak Blok L dan M milik Malaysia dan diserahkan kepada kerajaan Brunei berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009.

Kelima, kerugian yang dialami oleh Tabung Haji (TH) dalam pelaburan wang ahlinya apabila saham Silver Bird Group Berhad (Silver Bird) merudum sehingga bernilai serendah 20.5 sen sahaja. (TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 %).

Keenam isu kerugian KWSP akibat daripada kejatuhan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di bawha paras IPO.

Ketujuh mengei pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang mengaitkan Najib dan keluarganya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. Jawapan ringkas Najib bahawa Deepak tidak berwibawa tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan.

Menurut Salahuddin, ketujuh-tujuh isu tersebut perlu dijawab oleh Najib kerana ia melibat kepentingan rakyat seluruhnya.

Salahuddin berkata demikian di Majlis Mengeteh dan Santai bersama rakyat di Merlimau petang ini.


Sumber : FB Bus Man

BERI I/C PALSU : UMNO SABAH TAK TERLIBAT, UMNO AFRIKA YANG TERLIBAT


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Mohd Salleh Tun Said dilaporkan berkata bahawa Umno negeri itu tidak terlibat langsung dalam pengeluaran IC kepada rakyat asing yang didakwa sesetengah pihak sebagai usaha mengubah demografi Sabah yang menguntungkan  parti itu.


Beliau dilaporkan berkata demikian dalam temuramah dengan  lamanweb Sabahkinitv yang setakat ini menyiarkankan berita-berita mengenai pembangkang dan BN.
NONE


Dalam temuramah tersebut, Mohd Salleh (kanan) berkata sokongan padu sebaliknya harus diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mencari punca sebenar masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah.

Salleh turut menegaskan bahawa, Umno Sabah tidak terlibat langsung dalam soal pengeluaran kad pengenalan ini kerana tidak mahu menjadi penghianat kepada negara.

Memang Umno Sabah tidak terlibat kerana orang Umno semuanya baik-baik belaka, maksum. Umno yang terlibat dengan kerja jahat dan merbahaya ini adalah Umno Afrika dan Umno Alaska. 

Tidak usah hendak berlagak baik wahai Salleh, saksi dan bukti ada di hadapan mata. Siapa yang berani buat kerja terkutuk ini kalau tidak ada lembaga hitam yang punya imuniti di belakang mereka.

KENALKAH ANDA PADA ORANG DALAM GAMBAR INI


Siapakah orang dalam gambar ini. Yang seorang rambut banyak putih dari hitam. Yang dua orang itu rambutnya hitam pekat lagi. Yang pakai 'Spek' itu rasanya pernah buat kontroversi ...............

UMNO BUANG TABIAT : TIBA-TIBA SAYANGKAN PAS

Umno betul-betul buang tabiat sejak akhir-akhir ini. Tiba-tiba Umno sayangkan PAS. Macam-macam pujukan dan rayuan dibuat seolah-olah merekalah orang yang paling sayang kepada Parti Islam SeMalaysia ini. Namun pada masa yang sama mereka tidak habis-habis menghentam dan membantai PAS dan pimpinan PAS 25 jam sehari di media pencacai mereka.

"PAS sudah terpesong dari perjuangan Islam".
"PAS pinggirkan Ulama".
"PAS gadaikan perjuangan Islam".
"Ustaz Nasa pejuang Islam sebenar"
"Hassan Ali pemimpin Islam sejati"
"PAS tunduk pada DAP dalam isu Kalimah Allah"


........dan macam-macam lagi kata-kata yang mereka luahkan. Mereka parti dan pimpinan yang sangat sayangkan Islam. Namun pada masa yang sama :-

  • Mereka membiarkan Chua Soi Lek mempersendakan Islam.
  • Mereka memberi kelulusan untuk kitab Bible dicetak dalam Bahasa Melayu
  • Mereka membiarkan pimpinan dan anak beranak pimpinan tidak menutup aurat  - menjadi ikutan rakyat
  • Mereka terus memberikan kelulusan lesen judi dan arak
  • Mereka terus meminggirkan hukum Islam malah menghinanya
  • Mereka membiarkan sistem riba terus diamalkan
  • Mereka menzalimi rakyat Kelantan dengan menafikan hak mendapat royalti
  • Mereka terus membiarkan rasuah berleluasa seolah-olah rasuah halal di sisi Islam
  • Mereka ...........macam-macam lagi .....

KALIMAH ALLAH DIA PERTAHAN, HUKUM ALLAH DIA PERSENDAKAN!!!


Seronok tengok puak-puak uMno berlakon. Nama Allah dia pertahan hukum Allah dia lawan. 


20/1/13 :  Hishamudin kata kebenaran cetak bible dlm bahasa Melayu akan ditarik balik jika berlaku salah guna. Aik dah cetak dah pun dalam Bahasa Melayu. 


Apa khabar Perkasa, Ulamak pengampu Umno? Lidah apa ini Tuan?

Sumber : FB Ust Idris Ahmad

Ikhlaskah mereka pertahankan Kalimah Allah sedangkan pada masa yang sama Menteri mereka beri kelulusan cetak Bible dalam Bahasa Melayu. 

Ikhlaskah mereka pertahankan Kalimah Allah sedangkan pada masa yang sama mempersendakan hukum Allah ..........

SEORANG PEMIMPIN BESAR UMNO TINGGALKAN PARTI???

Seorang tokoh besar Umno telah meninggalkan parti tersebut. Tunggu pengumuman rasmi apabila parlimen dibubar.

Siapakah gerangan tokoh besar itu. Sila buat ramalan....????

Mungkin mereka yang disenaraikan di bawah ini

a) Tengku Razaleigh Hamzah
b) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir
c)  Saifuddin Abdullah
d) Azmi Khalid
e) Radzi Sheikh Ahmad
f)  Dr Zaiyadi Awang Noh
g) Sabaruddin Chik
h) Musa Hitam
i) Hamid Pa'Wan Teh
j) Ramli Ngah Talib
k) Dr Affifudin Omar


Siapa Siapa Siapa???????

MANA SATU ANDA YAKIN???

Antara Dua Darjat !

Seorang berbaju kurung, seorang lagi berbaju Jersi Harimau Malaya..
Seorang berjantina perempuan, seorang lagi berjantina lelaki..
Seorang berkasut tumit tinggi, seorang lagi berkasut kulit hitam..
Seorang berkain sarung, seorang lagi berseluar 'slack' hitam..

Namun..

Kedua-duanya mempunyai gaya tendangan yang amat-amat berbeza... !

Manakah pilihan anda?? :-D


Sumber : FB Aktivis Terengganu

Q & A : MELAYU AKAN HILANG APABILA UMNO KALAH?????

Q&A (5)
Melayu akan hilang apabila Umno kalah.

Jawapan.
@Melayu sudah hilang sebelum Umno kalah lagi.

@Cara tutup taik yg Umno berak di tengah jalan, maka Umno bagi tau pd org Melayu Kampung, bahawa Pas akan gadai Melayu.

@Tulisan jawi hilang dah. DAP ka yg bunuh tulisan jawi.


@1.3 juta hektar tanah rezab Melayu sudah hilang pd thn 1995. Lepas Merdeka 1957 penjajah tinggal 3 juta hektar. Ini 18 tahun dulu? Sekarang agak2 berapa yg tinggal. Pas punya angkara ka?


@Pulau Batu Putih terlepas pd Singapura. 


@217 ekar tanah KTM pd Singapura oleh DS Najib.


@118 projek pusat di sekat di Kelantan. Apakah TGNA bukan Melayu ke?


@ DEB gagal capai 30% walau dah tamat pd thn 1990. Cuma dapat 18% saja.


@SAR dihentikan bantuan. Ini sekolah orang Melayu. Dap kah yang sekat?


@RM52 bilion saham bumiputera hilang. Thn 1985 diperuntukan RM54 bilion tapi thn 2005 hanya tinggal RM2 bilion saja. Adakah Pas punya angkara?.


@Sekat royalti minyak pd Kelantan Sbyk RM10 bilion.?. Dap ka yg sekat.


Sumber : FB Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat).

VOL 2 : CATATAN PERJALANAN SEORANG 'HAMBA' PERJUANGAN ISLAM


............. Sambungan Catatan Perjalanan 'Hamba' Perjuangan  Pejuangan  Islam

Saya tidak seperti kanak-kanak lain, bila berumur 5 atau 6 tahun akan memulakan persekolahan di Tadika, Taska, Taski dan sebagainya. Di kampung saya tiada institusi tersebut. Bila sampai umur 7 tahun barulah kenal sekolah. Jarang sekali kanak-kanak yang berumur 7 tahun boleh membaca sedangkan sekarang ini ada kanak-kanak yang umurnya 3 tahun sudah tahu membaca dan menulis.

Saya ingat ketika mula-mula masuk sekolah di kampung, ada kawan-kawan yang kencing dan berak dalam seluar dan kain. Lantaran takut dan kecut untuk beritahu cikgu. Akhirnya 'terbuang' najis setelah berjam-jam menahannya. Terpaksalah cikgu atau tukang sapu@tukang kebun membasuhnya.

Pindah Felda

Saya hanya sempat bersekolah di kampung hingga darjah 3. Pada 18 Disember 1977, keluarga saya berpindah ke sebuah rancangan Felda yang 'top' di Malaysia. Memulakan penghidupan baru di Felda bukannya mudah. Elektrik tiada, jalan tar tiada dan macam-macam kemudahan asas yang tidak disediakan oleh Felda. Malah TV pun tiada pada waktu itu. Hanya beberapa buah TV sahaja ada di rancangan Felda tersebut antaranya rumah saya sendiri.

Rumah saya jadi tumpuan terutama bila hari Jumaat malam Sabtu kerana pada malam itu ada rancangan Tayangan Gambar Melayu. Maka penuhlah rumah saya jadi tumpuan segenap peneroka Felda yang jauh dan dekat. Saya sebagai tuanrumah sudah tentu dapat tiket di hadapan TV. Bersesak-sesaklah mereka menonton TV. Ayahanda dan Bondaku jarang sekali menonton TV, memang dari dahulu mereka tidak minat. Mereka tidur awal.

Zaman Sekolah 

Di Felda saya memulakan persekolahan di sebuah rancangan Felda yang jaraknya kira-kira 10 km dari rumah. Ini kerana rancangan Felda saya sendiri tiada sekolah, masih dalam pembinaan. Awal tahun 1978 saya bersekolah di sekolah baru. Tiap-tiap hari van atau Land Rover Felda meredah debu dan selut (jika hari hujan). Habis baju, seluar dan kasut dengan tanah merah atau debu jalanan. Pendekata pakaian habis comot setiap hari.

Jika tiba musim hujan kadang-kadang van dan land rover tersadai dalam selut terpaksalah kami menolaknya untuk sampai ke sekolah. Paling menyedihkan kami terpaksa menaiki trektor ke sekolah jika Van dan Land Rover rosak. Namun pengalaman itu amat menyeronokkan. Sebagai kanak-kanak saya tidak rasa ianya suatu beban malah menjadi satu keseronokan pula.

Pernah satu hari van rosak di tengah jalan. Terpaksalah kami 'bersekolah' di tepi jalan bermain di bawah pepohon sawit sambil melempar-lempar buah sawit sementara menunggu trektor sampai.
Pernah juga kami terpaksa berjalan kaki pulang dari sekolah kerana van rosak. Sampai di sebuah paya di tepi jalan kami berlari-lari untuk minum walaupun air paya lantaran kerana terlalu dahaga. Memori itu sudah pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Sessi persekolahan 1979 saya bertukar sekolah lagi. Kali ini saya bersekolah di rancangan Felda saya sendiri. Sekali lagi saya dikejutkan dengan 'kehebatan' sekolah baru saya...................

Tunggu Sambungannya .......................Apa kehebatan sekolah baru saya?????

VOL 1 : CATATAN PERJALANAN SEORANG 'HAMBA' PERJUANGAN ISLAM

Catatan Perjalanan Seorang 'Hamba' Perjuangan Islam - Catatan ini dibuat dari pengalaman saya dengan seorang sahabat saya yang menceritakan kisahnya kepada saya.

Bab1 : Pengenalan

Saya nukilkan catatan ini khusus untuk peringatan diri sendiri. Namun jika ada manfaat dan pengajaran mungkin boleh dikongsi oleh sahabat-sahabat sekelian.

Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana darisegenap segi. Adik beradik tidak ramai cuma 4 orang. Ayahanda dan bonda bekerja kampung. Tidak tahu membaca dan menulis rumi ....jawi boleh sikit-sikit. Tidak fakir dan tidak kaya .....Ayahanda seorang yang tekun bekerja, kuat pegangan agama dan kental semangat perjuangannya.

Desaku dikira agak pedalaman. Ketika saya dilahirkan dalam era 60-an, jalan di desaku masih tanah merah, elektrik jauh sekali, hanya pelita ayam menjadi teman menerangan kegelapan malam. Hingga hujung 70-an barulah menikmati api elektrik itupun pada sebelah malam sahaja. Air paip tidak pula saya ingat bila ianya disalurkan.

Hanya air sungai kecil yang mengalir didesaku menjadi sumber air minuman, membasuh kain, mandi malah membuang air kecil dan besar. Geli hatiku bila mengenang saat-saat untuk 'membuang' terpaksa berkejaran ke sungai. Kekadang terdengar bunyi ikan-ikan lapar begitu lahap membaham najis-najis manusia. Di sebelah sana , di hulu atau di hilir pula kekadang ada juga yang sedang menunaikan tuntutan manusia membuang najis. Macam berlumba-lumba 'membuang'. Air yang bercampur najis itulah yang diceduk dan diminum. Jangan tercedok air yang ada najis sudahlah ......untuk dimasak....

Tetapi itu semua sudah tinggal kenangan indah yang tidak mampu di'flashback' kembali. Kenangan mandi-manda di sungai amat 'menggiurkan'. Terjun, menyelam, main sorok-sorok batu, lumba berenang, menjala, 'menyelam' ikan dan sebagainya tidak mampu ditandingi dengan permainan budak-budak sekarang yang hanya duduk di meja mengetuk keyboard komputer berFB dan main 'game'.

Mengikut cerita ayahanda dia tidak pernah mengundi parti lain selain dari bulan bintang (dahulu) dan bulan (sekarang). Jauh sekali dari memilih cap kapal layar dan dacing sekarang.

Walaupun ayahandaku tidak tahu membaca dan menulis namun ayah mampu membaca Al Quran dengan baik dan berjaya mengajar kami adik beradik untuk boleh membaca Kitab Allah itu.

(Bersambung) ....terima kasih sahabatku yang sudi berkongsi cerita kamu untuk aku nukilkan di sini.

HUTANG RAKYAT RATUSAN RINGGIT KEJAR SAMPAI LUBANG CACING, HUTANG KRONI RATUSAN BILION DIBIARKAN

Hutang rakyat walaupun jumlahnya kecil dikejar sampai lubang cacing. Tetapi hutang kroni ratusan bilion dibiarkan begitu sahaja.

Kroni-kroni hidup senang lenang walaupun hutang ratusan bilion.

Kerajaan mesra KRONI bukan mesra RAKYAT.

28 January 2013

KUMPULAN TARIAN SINGA TERHEBAT.....BOLEH PANGGIL UNTUK PERTUNJUKAN

Ini kumpulan Tarian Singa baru tubuh ini tahun.

Kalu lu orang mau panggil ini glup buat pertunjukan 'anytime' boleh maa ....bayalan mulah-mulah saja.

Kalau PR punya olang panggil kasi discount ....Umno/BN pun moleh panggil talak hat punya .............

Ini glup manyak pandai menali ....itu Singa manyak canteeek oooo.....

Ini Glup nama dia ....GASI ....lu pikir sendili itu G ( ), A ( ) dan SI ( ) itu apa ....?????

TOK GURU JUMPA PADERI KATHOLIK ...APA KOMEN MEDIA PENCACAI ????

Alhamudlillah, dengan izin-Nya, misi mengharmonikan hubungan antara agama berjaya ketika berkunjung ke negeri Pulau Pinang. Amat gembira kerana sempat menerima kunjungan Father Sebastian Michael Uskop Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Terima kasih YB Dr Mujahid yang menguruskannya.

Itu tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam FBnya. 

Agak-agaknya apa yang pencacai Umno akan tulis dalam media dan Fb mereka. 

Mungkin mereka akan tulis :-

1) Nik Aziz benarkan kalimah Allah digunakan selepas bertemu Paderi katholik...atau
2) NiK Aziz tunduk pada Kristian...atau
3) Nik Aziz tidak berani berkata benar di depan Paderi ...atau
4) Nik Aziz bla bla bla .......

Tunggu dan lihat .....

TUNISIA SEBELUM DAN SELEPAS KEMENANGAN ISLAM









Gambar di atas ialah gambar-gambar kanak-kanak di Tunisia sebelum dan selepas kemenangan Islam menjatuhkan rejim Zen-Al-Abidin Ben Ali. Gambar sebelah kiri menunjukkan kanak-kanak di sana yang tidak menutup aurat ketika rejim memerintah. Gambar sebelah kanan menunjukkan kanak-kanak di Tunisia sekarang yang comel menutup aurat.

Klik atas gambar untuk mendapatkan imej lebih besar dan jelas.

NASHARUDDIN DIPECAT : SATU LAGI LAPORAN JAHAT UTUSAN.

Utusan Meloya, media pencacai Umno sekali lagi memanipulasi berita pengguguran bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang digugurkan dari menjadi anggota Majlis Syura Ulama' PAS. Dalam laporan berita utama media jahat ini, mereka memuatkan tajuk berbunyi 'Nasharuddin Dipecat'.

Apa yang berlaku ialah Nasharuddin dipecat sebaliknya digugurkan dari menjadi anggota Majlis Syura Ulama' kerana tindakannya yang didapati melanggar peratura-peraturan berjemaah selain dari tindak-tanduknya kebelakangan ini yang merugikan parti.

Namun Ahli Parlimen Bachok itu tidak digugurkan dari terus menjadi ahli parti. Beliau masih menjadi ahli biasa PAS dan akan kekal sebagai ahli jika tidak melanggar disiplin parti. Malah beliau boleh memegang semua jawatan dalam parti jika dilantik oleh kepimpinan PAS dan ahli-ahli PAS semua di peringkat.

Ahli-ahli PAS diminta untuk tidak mempercayai fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh media pencacai Umno yang sentiasa menangguk di air keroh dalam apa juga isu.

27 January 2013

SATU LAGI GAMBAR MENYEBABKAN UMNO MEROYAN

Ini satu lagi gambar menyebabkan Umno meroyan. Bayangkan bagaimana Tok Guru sudi berkunjung ke rumah Karpal dalam keadaan media pencacai menuduh Tok Guru bermusuh dengan Karpal dan DAP.

Dalam satu perkembangan mengejutkan, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.
Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya

UMNO MEROYAN LIHAT GAMBAR INI


Umno MEROYAN menonton gambar ini.

Bagi menyatakan kesatuan dan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.
(Karpal menyambut kedatangan TG Nik Aziz di rumahnya - foto Malaysiakini)

TG Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland, lapor wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Sosan Loone.

Tuan Guru Nik Aziz dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran PAS di negeri itu.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya.

UST NASHARUDDIN : MANA ARAH TUJUAN MU

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa digugurkan dari Majlis Syura Ulama. Ke mana arah  tujuan beliau.?

Beliau kelihatan begitu mesra dengan Umno dan Najib sekarang. Kalau dahulu beliau berdegar-degar mentarbiah ahli PAS kini diharapkan beliau dapat menggunakan ilmu dan kepakaran beliau untuk mentarbiah pemimpin dan ahli Umno.

Kita harap beliau berjaya dan dapat membuat tajdid dalam Umno. Syabas dan selamat berjuang.

Umno sudah tentu memerlukan seorang yang banyak ilmu, berani dan berpengalaman dalam kerja-kerja dakwah. Sudah pasti Umno memerlukan seorang murabbi sepertinya. Kalaupun Nasa tidak masuk Umno sekurang-kurangnya beliau bertindak membuat perubahan dalam Umno. Tarbiahkan pemimpin utama, Isteri-isteri pemimpin, anak-anak mereka, wanita Umno dan Puteri Umno tidak lupa kepada pemuda Umno ......biar selepas mereka jadi lebih sesuai untuk mendakwa sebagai Parti Islam terbesar ......bercakap Islam dengan gaya dan personaliti seorang Islam dari segi aurat dan tingkah laku ......

BN TERDESAK : UMPAN RAKYAT TIONGHUA PULA

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian belanjawan khas untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan Cina (SJKC) mulai tahun depan.

BN semakin terdesak terpaksa memberi umpan kepada rakyat keturunan Tionghua pula. Tapi kamu dah terlambat Pok Din. Rakyat sudah membuat keputusan untuk menolak BN pada PRU 13 nanti. Orang Tionghua bukan bodoh untuk diumpan macam orang lain.

"Komitmen kerajaan adalah untuk melihat dengan segala bantuan yang diberikan, kualiti pendidikan di SJKT akan meningkat, sekali gus melonjak mutu pendidikan negara kita," katanya semasa berucap pada sambutan perayaan Thaipusam 2013 di Batu Caves malam tadi.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dijangka dibentang kepada kabinet hujung bulan ini, dirancang untuk menjamin kualiti pendidikan kepada semua sekolah, termasuk SJKT.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran telah menyalur peruntukan belanja mengurus kepada SJKT sebanyak RM584,382,340 pada 2011 dan meningkat kepada RM660,346,311 pada 2012.

Selain itu, SJKT mendapat peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan 2012 dan 2013 untuk pembangunan, katanya.

Muhyiddin berkata masyarakat India sentiasa mendapat pembelaan kerajaan BN dan ini dapat dilihat melalui penubuhan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (JKKMI) bagi mengkaji, merancang dan melaksanakan program untuk mempertingkat kualiti hidup mereka.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter