.

.

29 January 2013

UMNO BUANG TABIAT : TIBA-TIBA SAYANGKAN PAS

Umno betul-betul buang tabiat sejak akhir-akhir ini. Tiba-tiba Umno sayangkan PAS. Macam-macam pujukan dan rayuan dibuat seolah-olah merekalah orang yang paling sayang kepada Parti Islam SeMalaysia ini. Namun pada masa yang sama mereka tidak habis-habis menghentam dan membantai PAS dan pimpinan PAS 25 jam sehari di media pencacai mereka.

"PAS sudah terpesong dari perjuangan Islam".
"PAS pinggirkan Ulama".
"PAS gadaikan perjuangan Islam".
"Ustaz Nasa pejuang Islam sebenar"
"Hassan Ali pemimpin Islam sejati"
"PAS tunduk pada DAP dalam isu Kalimah Allah"


........dan macam-macam lagi kata-kata yang mereka luahkan. Mereka parti dan pimpinan yang sangat sayangkan Islam. Namun pada masa yang sama :-

  • Mereka membiarkan Chua Soi Lek mempersendakan Islam.
  • Mereka memberi kelulusan untuk kitab Bible dicetak dalam Bahasa Melayu
  • Mereka membiarkan pimpinan dan anak beranak pimpinan tidak menutup aurat  - menjadi ikutan rakyat
  • Mereka terus memberikan kelulusan lesen judi dan arak
  • Mereka terus meminggirkan hukum Islam malah menghinanya
  • Mereka membiarkan sistem riba terus diamalkan
  • Mereka menzalimi rakyat Kelantan dengan menafikan hak mendapat royalti
  • Mereka terus membiarkan rasuah berleluasa seolah-olah rasuah halal di sisi Islam
  • Mereka ...........macam-macam lagi .....

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter