ALI MUKA TAK TAHU MALU

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Mohd Ali Rustam percaya calon yang bakal dipilih untuk mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di negeri ini, bebas dari masalah undang-undang.

Malah, beliau juga percaya, kesemua nama yang dihantar ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan lulus ujian saringan.

“Semua bersih, kita daripada dulu semua pilih calon bersih dan harap saringan OK,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis The Untold Story Of Gaza by Harry Fear anjuran Perhimpunan Belia Sedunia (Way) di Auditorium Yayasan Melaka, di sini semalam.

Ketua Menteri Melaka ini memang tidak tahu malu. Berani bercakap tentang rasuah sedangkan beliau sendiri ter bukti mengamalkan rasuah sewaktu pemilihan Umno beberapa tahun lalu. Malah beliau sendiri dihalang dari bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana rasuah.

Rakyat Malaysia yakin orang pertama yang gagal tapisan SPRM ialah Ali Rustam jika benar SPRM telus dan tidak dipengaruhi pihak tertentu.

Selain Ali ramai lagi pemimpin Umno yang akan kandas jika SPRM benar-benar telus.

Comments