Pemimpin BN sudah banyak mengeluarkan kenyataan bahawa walau dengan apa cara sekalipun Putrajaya tetap dipertahankan. Maknanya samada cara halal atau haram mereka tidak kisah. Sebab itu berapa banyak bantahan dan bermacam bentuk bantahan dilakukan BN dan SPR tetap membatu seribu bahasa.
Sehingga sekarang PR masih belum ada cara yang konkrit dan meyakinkan untuk menghalang penipuan pemberian I/C dan hak mengundi kepada warga asing. Belum ada cara yang meyakinkan untuk menghalang penipaun daftar pengundi. Undi pos, daftar pemilih berganda dan sebagainya terus menjadi senjata ampun kepada BN. Sebab itu BN sekarang berlakon mereka susah hati dan tidak yakin akan menang. Tetapi pada hakikatnya mereka sudah mengatur strategi hebat untuk menipu dan memanipulasi daftar pemilih bagi memenangkan BN.
Tidak hairan jika BN akan menang semua negeri pada kali ini dan seterusnya kembali menguasai majoriti 2/3 di Parlimen. Walaupun kita lihat kebangkitan rakyat menyokong PR memang hebat dan tidak dapat dibendung oleh BN pada persoalannya mampukan PR untuk mengatasi ratusan ribu malah jutaan pengundi 'palsu' yang sudah tentu menjadi 'fixed deposit' kepada BN. Pada masa yang sama undi pos semakin bertambah.
Bayangkan di sesetengah Parlimen dan Dun pertambahan pengundi sangat luarbiasa. Sudah tentu ini menjadi bukti kukuh adanya pengundi 'palsu' atau hantu yang diberi I/C dan didaftarkan sebagai pengundi.
Selagi PR tidak mampu menghalang penipuan dan manipulasi ini jangan harap PR akan menang. Mimpi disiang hari sajalah untuk ke Putrajaya dan Seri Negeri.
Ayuh pimpinan dan penyokong PR fikirkanlah .............keluhanku ini.
Amat Alang
10.59pm, Bukit Katil.
Comments