SATU LAGI GAMBAR MENYEBABKAN UMNO MEROYAN

Ini satu lagi gambar menyebabkan Umno meroyan. Bayangkan bagaimana Tok Guru sudi berkunjung ke rumah Karpal dalam keadaan media pencacai menuduh Tok Guru bermusuh dengan Karpal dan DAP.

Dalam satu perkembangan mengejutkan, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.
Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya

Comments

Anonymous said…
nih sape yg meroyan nih...?? Sambut hari keputeraan Rasulullah Bid'ah...sambut harijadi sendri bleh plak.....hadoi...nikky...nikky....
Unknown said…
Salam
Tuan, terima kasih memberi laluan PAUTAN pada web blog tuan. Semoga TUHAN memberi RAHMAT ke atas tuan. Terima kasih.