VOL 1 : CATATAN PERJALANAN SEORANG 'HAMBA' PERJUANGAN ISLAM

Catatan Perjalanan Seorang 'Hamba' Perjuangan Islam - Catatan ini dibuat dari pengalaman saya dengan seorang sahabat saya yang menceritakan kisahnya kepada saya.

Bab1 : Pengenalan

Saya nukilkan catatan ini khusus untuk peringatan diri sendiri. Namun jika ada manfaat dan pengajaran mungkin boleh dikongsi oleh sahabat-sahabat sekelian.

Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana darisegenap segi. Adik beradik tidak ramai cuma 4 orang. Ayahanda dan bonda bekerja kampung. Tidak tahu membaca dan menulis rumi ....jawi boleh sikit-sikit. Tidak fakir dan tidak kaya .....Ayahanda seorang yang tekun bekerja, kuat pegangan agama dan kental semangat perjuangannya.

Desaku dikira agak pedalaman. Ketika saya dilahirkan dalam era 60-an, jalan di desaku masih tanah merah, elektrik jauh sekali, hanya pelita ayam menjadi teman menerangan kegelapan malam. Hingga hujung 70-an barulah menikmati api elektrik itupun pada sebelah malam sahaja. Air paip tidak pula saya ingat bila ianya disalurkan.

Hanya air sungai kecil yang mengalir didesaku menjadi sumber air minuman, membasuh kain, mandi malah membuang air kecil dan besar. Geli hatiku bila mengenang saat-saat untuk 'membuang' terpaksa berkejaran ke sungai. Kekadang terdengar bunyi ikan-ikan lapar begitu lahap membaham najis-najis manusia. Di sebelah sana , di hulu atau di hilir pula kekadang ada juga yang sedang menunaikan tuntutan manusia membuang najis. Macam berlumba-lumba 'membuang'. Air yang bercampur najis itulah yang diceduk dan diminum. Jangan tercedok air yang ada najis sudahlah ......untuk dimasak....

Tetapi itu semua sudah tinggal kenangan indah yang tidak mampu di'flashback' kembali. Kenangan mandi-manda di sungai amat 'menggiurkan'. Terjun, menyelam, main sorok-sorok batu, lumba berenang, menjala, 'menyelam' ikan dan sebagainya tidak mampu ditandingi dengan permainan budak-budak sekarang yang hanya duduk di meja mengetuk keyboard komputer berFB dan main 'game'.

Mengikut cerita ayahanda dia tidak pernah mengundi parti lain selain dari bulan bintang (dahulu) dan bulan (sekarang). Jauh sekali dari memilih cap kapal layar dan dacing sekarang.

Walaupun ayahandaku tidak tahu membaca dan menulis namun ayah mampu membaca Al Quran dengan baik dan berjaya mengajar kami adik beradik untuk boleh membaca Kitab Allah itu.

(Bersambung) ....terima kasih sahabatku yang sudi berkongsi cerita kamu untuk aku nukilkan di sini.

Comments