BERI I/C PALSU : UMNO SABAH TAK TERLIBAT, UMNO AFRIKA YANG TERLIBAT


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Mohd Salleh Tun Said dilaporkan berkata bahawa Umno negeri itu tidak terlibat langsung dalam pengeluaran IC kepada rakyat asing yang didakwa sesetengah pihak sebagai usaha mengubah demografi Sabah yang menguntungkan  parti itu.


Beliau dilaporkan berkata demikian dalam temuramah dengan  lamanweb Sabahkinitv yang setakat ini menyiarkankan berita-berita mengenai pembangkang dan BN.
NONE


Dalam temuramah tersebut, Mohd Salleh (kanan) berkata sokongan padu sebaliknya harus diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mencari punca sebenar masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah.

Salleh turut menegaskan bahawa, Umno Sabah tidak terlibat langsung dalam soal pengeluaran kad pengenalan ini kerana tidak mahu menjadi penghianat kepada negara.

Memang Umno Sabah tidak terlibat kerana orang Umno semuanya baik-baik belaka, maksum. Umno yang terlibat dengan kerja jahat dan merbahaya ini adalah Umno Afrika dan Umno Alaska. 

Tidak usah hendak berlagak baik wahai Salleh, saksi dan bukti ada di hadapan mata. Siapa yang berani buat kerja terkutuk ini kalau tidak ada lembaga hitam yang punya imuniti di belakang mereka.

Comments