PAS BUKAN PARTI CACA MARBA


PAS adalah sebuah parti politik dan Gerakan Islam. Perjuangannya berjalan seiring dan tidak boleh dipisahkan. Sebab semua keputusan berkaitan politik diputuskan oleh Majlis Syura Ulama' bukannya keputusan seorang diktator seperti Presiden atau sekumpulan orang kepercayaan Presiden.


Bukan sedikit keputusan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ditolak oleh Majlis Syura Ulama'. Ada di kalangan bakal-bakal calon yang diketengahkan oleh PAS ditolak oleh Majlis Syura. Antaranya yang pernah ditolak pencalonannya ialah seorang Ahli Parlimen yang membuat onar tidak lama dahulu.

Majlis Syura bukannya sebuah badan 'Pak Angguk' yang dikawal dan 'Yes Man' kepada Presiden dan AJK PAS Pusat. Ahli-ahli Majlis Syura ada integriti, akhlaq, ilmu yang tinggi di samping tegas dengan apa juga keputusan setelah ianya dibincang panjang lebar dalam musyawarah. Nas dan dalil dikorek dan digali demi memastikan ianya benar-benar tidak berlawanan dengan Islam.

Antara keputusan penting yang dibuat oleh Majlis Syura ialah Tahaluf Siyasi bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan juga kerjsama bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Sebelum itu Majlis Syura juga meluluskan Tahaluf Siyasi PAS bersama PKN dan DAP (tidak kekal) dalam Barisan Alternatif (BA).

Kita bukannya parti caca marba yang hanya mengikut kepala hotak Presiden dan Pak Hangguk-Pak Hangguk Presiden. 

Dalam isu pecat memecat ahli pula, PAS mempunyai peraturan dan disiplin parti. Jika ahli benar-benar melakukan perkara yang melanggar hukum hakam agama dan disiplin parti, ahli tersebut wajar dikenakan tindakan.  Cerita pengguguran dari jawatan parti semuanya sudah maklum. Jika pemegang sesuatu jawatan tidak menghadiri mesyurat rasmi selama 3 kali berturut-turut seseorang itu boleh digugurkan dari jawatannya. Sama seperti Adun jika tidak hadir mesyuarat selama masa tertentu maka jawatan Adun akan tergugur. dengan sendiri.


Comments