Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian belanjawan khas untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan Cina (SJKC) mulai tahun depan.
BN semakin terdesak terpaksa memberi umpan kepada rakyat keturunan Tionghua pula. Tapi kamu dah terlambat Pok Din. Rakyat sudah membuat keputusan untuk menolak BN pada PRU 13 nanti. Orang Tionghua bukan bodoh untuk diumpan macam orang lain.
"Komitmen kerajaan adalah untuk melihat dengan segala bantuan yang diberikan, kualiti pendidikan di SJKT akan meningkat, sekali gus melonjak mutu pendidikan negara kita," katanya semasa berucap pada sambutan perayaan Thaipusam 2013 di Batu Caves malam tadi.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dijangka dibentang kepada kabinet hujung bulan ini, dirancang untuk menjamin kualiti pendidikan kepada semua sekolah, termasuk SJKT.
Beliau berkata Kementerian Pelajaran telah menyalur peruntukan belanja mengurus kepada SJKT sebanyak RM584,382,340 pada 2011 dan meningkat kepada RM660,346,311 pada 2012.
Selain itu, SJKT mendapat peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan 2012 dan 2013 untuk pembangunan, katanya.
Muhyiddin berkata masyarakat India sentiasa mendapat pembelaan kerajaan BN dan ini dapat dilihat melalui penubuhan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (JKKMI) bagi mengkaji, merancang dan melaksanakan program untuk mempertingkat kualiti hidup mereka.

Comments