.

.

13 July 2013

BERITA TERKINI DARI MESIR ; HARAPAN UNTUK MORSI KEMBALI MEMERINTAH SEMAKIN CERAH


Washington meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan selepas tekanan yang kuat diberikan rakyat Mesir di mana kebanyakan penyokong beliau mula berhimpun di dua tempat iaitu medan Rabiatul Adawiah dan Medan An Nahdhah berhadapan Universiti Kaherah, berikut merupakan berita seperti dikhabarkan oleh siaran langsung al-Jazeera :


1. Washington secara rasminya menuntut pembebasan Dr Mursi

2. Saluran TV " Arabiah" mengelirukan , di samping banyak percanggahan dalam berita yang disiarkan.

3. Beberapa orang kepimpinan utama Kem Dalam Negeri zaman Mubarak mula melarikan diri kerana mereka mula merasakan natijah yang bakal berlaku; iaitu kembalinya Mursi dan jatuhnya sistem kepolisan mereka dan akan bermulanya nanti penangkapan ke atas mereka.

4. Kebimbangan dan ketakutan untuk menyertai kabinet bagi kerajaan baru yang merampas kuasa ini.

5. Tersebar berita- berita yang tidak dapat disahkan tentang kemungkinan berlakunya pengisytiharan rampasan kuasa baru yang dilakukan oleh beberapa orang pegawai tentera untuk mengembalikan kuasa Mursi.

5. Sebahagian pemimpin rejim Mubarak yang sebelum ini telah terbang ke UAE tidak kembali semula ke Mesir kerana bimbang dengan kemungkinan kegagalan rampasan kuasa yang telah berlaku.

6. Senarai hitam nama mereka yang dilarang keluar negara telah disediakan terhadap semua yang terlibat dalam rampasan kuasa. Arahan tangkap juga telah disiapkan.

7. Masyarakat Dunia khususnya barat mula mengalihkan perhatian terhadap perhimpunan besar-besaran rakyat Mesir, khususnya terhadap kehadiran seorang wanita Kristian semalam yang telah muncul di atas pentas menyatakan pendirian beliau dan juga pendirian sebahagian besar rakyat Mesir bersama legitimasi dan tuntutan mengembalikan Presiden Dr Mursi

Kenyataan ini telah diumumkan secara langsung dari pentas dan siaran langsung Al Jazeera

YA ALLAH MAKBULKAN DOA ORANG YANG DIZALIMI DENGAN MENGEMBALIKAN PRESIDEN MORSI MENJADI PEMERINTAH MESIR.

Sumber : Al Jazeera


FB Norsiah Harun

MESIR ; KUDETA BAKAL TUMBANG TIDAK LAMA LAGI


Melihat kepada penentangan rakyat yang semakin membuak-buak dan memuncak tidak mustahil pentadbiran Kudeta zalim di Mesir akan tumbang dengan sendirinya tidak lama lagi bayangkan puluhan juta rakyat berhimpun menyatakan bantahan semalam selepas solat Jumaat. 

Mereka berikrar untuk kekal di sana sehingga kerajaan zalim runtuh. Mereka sanggup berhari raya di kawasan perhimpunan mereka khususnya di Dataran Raba'ah


Semalam Pentas Raba'ah mengumumkan bahawa jumlah kehadiran penyokong Morsi sehingga kini iaitu 3 juta di Dataran Rabaah Adawiyyah,  Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah (2 juta), Giza (350 ribu), Ramsis (500 ribu), Istana Ittihadiyyah (150 ribu), Qina (100 ribu), Aswan (30 ribu), puluhan ribu di Fayoum, ratusan ribu di Asyut serta jutaan lagi di Iskandariyyah dan Almenia.

Media juga melaporkan bantahan terhadap kudeta ini telah merebak ke seluruh dunia di mana mereka-mereka yang cintakan kedamaian dan demokrasi mula menyatakan sokongan terbuka kepada Morsi dan menentang tindakan rampasan kuasa yang meragut mandat rakyat kepada Morsi. Di Palestin rakyatnya berhimpun membantah rampasan kuasa ini. Begitu juga di beberapa negara umat Islam lain.

Tidak syak kudeta bakal jatuh tersungkur dengan sendirinya. Sementara itu  laporan menunjukkan bahawa sebagian besar rakyat Mesir menentang rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Morsi


Sebuah laporan dari the Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion telah mengadakan kajian dan mendapati bahawa kebanyakan rakyat Mesir menolak tindakan rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi. 

Dari dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan hanya 26 peratus menyokong kudeta tersebut, manakala sejumlah 63 peratus menentangnya, dan 11 peratus responden tidak memberikan pendapat.

Kajian ini menjadikan rakyat seluruh Mesir sebagai responden dan dikatakan tahap kredibiliti kajian ini adalah lebih daripada 95 peratus.

Kajian itu juga merumuskan bahawa jumlah orang yang menentang rampasan kuasa tentera itu hampir sama dengan dengan jumlah yang menyokong Konstitusi dalam referendum yang diadakan tahun lalu. 

Ini menunjukkan, yang menyokong Morsi di negara itu belum terpengaruh secara negatif oleh propaganda media yang dikawal tentera. Media pro-kudeta menyatakan bahawa majoriti rakyat Mesir menyokong rampasan kuasa.

Melalui hasil kajian itu, mereka mendapati demografi penyokong rampasan kuasa adalah dari kawasan luar bandar.

Di kawasan Mesir Hulu peratusan menyokong rampasan kuasa ini mencecah 83 peratus, berbeza dukawasan bandar seperti Kaherah iaitu 52.8 peratus.

Kajian itu juga mendapati, 91 peratus bersetuju dan mengatakan bahawa rampasan kuasa ini adalah usaha untuk menghapuskan "kerajaan Islam".

Selain itu 86 peratus responden yang terdiri dari pelbagai agama dan latar belakang politik juga percaya bahwa Morsi masih presiden sah negara tersebut.

"69 peratus menyokong Morsi kerana tidak mahu regim Mubarak kembali berkuasa, manakala 57 peratus menyokong Morsi karena menentang kekuasaan tentera.

CALON PAS GIGIH BERKEMPEN

Masuk hari kedua calon PAS Dun Kuala Besut, Che Long terus gigih berkempen walaupun katanya beliau mula berasa letih. Namun tanggungjawab dan amanah tetap diteruskan dengan gigih dan dedikasi. Pagi ini beliau mengunjungi Pekan Sehari Kuala Besut bertemu penjaja dan orangramai yang datang membeli-belah di situ.

Menurutnya, beliau mendapat feedback yang baik dari semua penjaja dan pembeli di pasar tersebut. Che Long memang tidak berasa janggal kerana beliau sememangnya anak jati Kuala Besut dan dikenali ramai dari semua golongan tidak mengira umur, keturunan, ideologi politik.

'Kebanyakan pengunjung dan peniaga yang disapanya mengenali beliau dan ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada beliau' kata seorang pemerhati politik.

Tidak syak lagi pemilihan Che Long memberikan tamparan hebat kepada BN yang meletakkan calon muda yang dikenali melalui ayahnya iaitu Che Ku Abdul Rahman.


12 July 2013

PRK KUALA BESUT : PAS BERADA DI DEPAN SEKARANG?

Pada peringkat ada pengkaji politik meletakkan PAS berada di depan kerana populariti calon dan sentimen penolakan terhadap BN di Terengganu.

Calon PAS, Che Long diakui oleh kawan dan lawan bahawa beliau calon terbaik dan tepat. PAS kata mereka telah membaca kecenderungan dan kemahuan pengundi di Kuala Besut sebab itu mereka memilih Che Long sedangkan ramai lagi calon lain yang berkelulusan tinggi. Tetapi PAS sedar pengundi Kuala Besut mahukan susuk tubuh yang sentiasa bergeluman dengan rakyat, sene kkkiro dan mudoh bbbbaso.

Namun masa masih panjang. BN sudah tentu menggunakan apa sahaja tanpa mengira halal dan haram bagi memastikan kemenangan calon mereka.

Kekuatan BN ada dua iaitu tidak menghiraukan halal dan haram dari segi agama maupun undang-undang serta yang keduanya mereka mempunyai undi deposit dari kem tentera berjumlah lebih dari 1000 orang.

Duit, rasuah, ugut dan janji sudah tentu menjadi senjata ampuh mereka disamping 'pengadil' yang sentiasa menyebelahi mereka. Namun peluang undi PAS menang tetap ada kerana rekod telah menunjukkan PAS pernah menang di kubu kuat pada PRK seperti di Parlimen Arau, Dun Lunas dan lain-lain.

TERKINI : PEMIMPIN ZALIM MESIR AKAN TUMBANG

Insya Allah pemimpin zalim dan  ganas Mesir yang dilaknat Allah akan tumbang dalam masa terdekat. Ini pandangan dari seorang pemerhati politik luar Mesir yang melihat penentangan rakyat semakin membuak-buak dan menggerunkan pemerintah zalim Mesir.

"Sampai bila mereka boleh bertahan dan menzalimi rakyat sedangkan majoriti rakyat melihat dengan mata kepala mereka sendiri pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan oleh pemerintah zalim ini"

"Kita percaya lambat laun semua rakyat Mesir akan bersama-sama dengan majoriti rakyat menentang golongan zalim ini" ujar pemerhati politik yang tidak mahu namanya disiarkan di sini.

Puluhan juta para penyokong Dr Muhammad Morsi dari seluruh Mesir dijangka akan memenuhi bandar Kaherah hari ini ekoran pengumuman himpunan raksasa oleh pertubuhan Gabungan Kerjasama Kebangsaan yang dianggotai puluhan pertubuhan dan parti politik.


Himpunan tersebut dijadual bermula sejurus selesai solat Jumaat ini dan epat lokasi telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur.

Ianya termasuk Medan Raba'ah Adawiyyah (Madinah Nasr) yang menjadi pusat himpunan sejak rampasan kuasa oleh tentera seminggu lalu yang turut menyaksikan pembunuhan puluhan penyokong Morsi dalam tragedi 'Subuh berdarah'.



Selain itu, tiga lagi tempat termasuk Bangunan Stesen Radio dan Televisyen Mesir (Masbero), Pusat Pengeluar Media (bandar 6 Oktober, Giza) dan Dataran Nahdah, Giza.


(Pandangan dari atas jutaan penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tadi yang bersedia untuk himpunan rasaksa hari ini)

Himpunan hari ini juga diberi nama Jumaat "Az-Zihaf" atau "Jumaat Kemaraan".


Ekoran himpunan besar-besaran hari ini, Dataran Raba'ah sejak malam tadi sesak dengan lautan manusia yang berpusu-pusu hadir untuk himpunan tersebut.

Beberapa media antarabangsa menganggarkan sudah lebih 4 juta penyokong Morsi berada di Dataran Raba'ah sejak berlakunya tragedi Subuh berdarah Isnin lalu.

Difahamkan, menjelang Subuh pagi ini, Dataran Raba'ah tidak dapat lagi menampung jumlah kehadiran yang begitu ramai.

Jutaan penyokong Morsi khususnya dari luar wilayah Kaherah kini didakwa sedang mara menuju ke kawasan himpunan yang ditetapkan.


Petang semalam turut menyaksikan pihak penganjur mengadakan persiapan secukupnya di dataran Raba'ah. 


Antaranya dengan menambah pembesar suara, menukar "back drop" pentas utama dengan tertera tema "Demokrasi Menolak Rampasan Kuasa" dan memasang banner dalam bahasa asing di sekitar dataran bagi menyampaikan mesej kepada dunia apa yang berlaku di Mesir.

Sumber : harakahdaily.

LINTAS LANGSUNG DARI KUALA BESUT : PERTANDINGAN 2 PENJURU


SAH : Azlan Yusof @ Che Long lawan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Kemungkinan besar PRK Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS, Haji Azlan Yusof dan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dari BN. Tiada kelihatan kelibat calon Bebas kali ini.

Sementara itu Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meninggalkan pusat penamaan calon kerana beliau akan berangkat keluar negeri atas urusan kerja.

Penyokong kedua-dua parti kelihatan ceria dengan slogan masing-masing. Proses penamaan calon akan tamat sebentar lagi iaitu jam 10.00 pagi. 

LINTAS LANGSUNG DARI KUALA BESUT : TUAN GURU NIK AZIZ JUGA TURUN KE PUSAT PENAMAAN CALON

9.30 pagi : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut bersama-sama dengan penyokong PAS di Pusat Penamaan calon. Beliau tiba sebentar tadi.

Turut berada di Pusat Penamaan calon ialah  Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob Naib Presiden PAS yang juga Pengarah PRK Kuala Besut Dato Husam Musa dan Pesuruhjaya PAS Terenggani, Mohd Abdul Wahid Endut.

9.15 pagi : Hujan renyai-renyai sudah berhenti tetapi keadaan cuaca terus mendung. 


Di pihak BN, mereka terus menyanyikan lagu-lagu semangat dan selawat. 


8.50 pagi : Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ronnie Liu dan Vincent Wu tiba di Pusat Penamaan calon di sambut oleh pimpinan dan penyokong PAS yang semakin ramai jumlahnya. 

Pemerhati menyatakan jumlah penyokong PAS sudah mencecah 6,000 orang sekarang.


8.30 pagi : Perarakan calob PAS tiba dahulu di Kompleks Rakan Muda.

Kira-kira 5,000 penyokong PAS bertakbir, berselawat dengan penuh semangat.

Jumlah penyokong BN hanya kira-kira 500 orang sahaja diketuai oleh Muhyiddin Yassin.

Hujan renyai-renyai terus turun. Ianya sedikit pun tidak memberi kesan ke atas penyokong PAS yang semakin lama semakin ramai. Petugas-petugas PAS dari luar Terengganu mula membanjiri Pekan Kuala Besut sejak semalam dan jumlah mereka semakin ramai menjelang Subuh tadi.

8.10 pagi : Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan diiringi pimpinan lain antaranya Dato Mahfuz Omar, untuk pusat penamaan calon. Mereka berada di Persimpangan Jalan Raja - Tembila. Jumlah perarakan PAS semakin ramai.

8.00 Pagi : Perarakan calon PAS, Haji Azlan Yusof dimulakan dengan Solat hajat berjamaah di Masjid Kampung Raja sebelum penamaan calon. Ianya diimamkan oleh Presiden PAS, Dato Sero Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sebentar tadi. 


Seterusnya mereka berarak ke Kompleks Rakan Muda Besut yang jaraknya 1.6 kmdari masjid tersebut.

LINTAS LANGSUNG PENAMAAN CALON PRK KUALA BESUT


9.15 pagi : Hujan renyai-renyai sudah berhenti tetapi keadaan cuaca terus mendung. 

Di pihak BN, mereka terus menyanyikan lagu-lagu semangat dan selawat. 

8.50 pagi : Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ronnie Liu dan Vincent Wu tiba di Pusat Penamaan calon di sambut oleh pimpinan dan penyokong PAS yang semakin ramai jumlahnya. 

Pemerhati menyatakan jumlah penyokong PAS sudah mencecah 6,000 orang sekarang.


8.30 pagi : Perarakan calob PAS tiba dahulu di Kompleks Rakan Muda.

Kira-kira 5,000 penyokong PAS bertakbir, berselawat dengan penuh semangat.

Jumlah penyokong BN hanya kira-kira 500 orang sahaja diketuai oleh Muhyiddin Yassin.

Hujan renyai-renyai terus turun. Ianya sedikit pun tidak memberi kesan ke atas penyokong PAS yang semakin lama semakin ramai. Petugas-petugas PAS dari luar Terengganu mula membanjiri Pekan Kuala Besut sejak semalam dan jumlah mereka semakin ramai menjelang Subuh tadi.

8.10 pagi : Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan diiringi pimpinan lain antaranya Dato Mahfuz Omar, untuk pusat penamaan calon. Mereka berada di Persimpangan Jalan Raja - Tembila. Jumlah perarakan PAS semakin ramai.

8.00 Pagi : Perarakan calon PAS, Haji Azlan Yusof dimulakan dengan Solat hajat berjamaah di Masjid Kampung Raja sebelum penamaan calon. Ianya diimamkan oleh Presiden PAS, Dato Sero Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sebentar tadi. 


Seterusnya mereka berarak ke Kompleks Rakan Muda Besut yang jaraknya 1.6 kmdari masjid tersebut.

LINTAS LANGSUNG DARI BESUT : PERARAKAN CALON PAS MULA DGN SOLAT HAJAT

NONE
8.30 pagi : Perarakan calob PAS tiba dahulu di Kompleks Rakan Muda.

Kira-kira 3,000 penyokong PAS bertakbir, bersolawat dengan penuh semangat.


Jumlah penyokong BN hanya kira-kira 500 orang sahaja diketuai oleh Muhyiddin Yassin.

Hujan renyai-renyai terus turun. Ianya sedikit pun tidak memberi kesan ke atas penyokong PAS yang semakin lama semakin ramai. Petugas-petugas PAS dari luar Terengganu mula membanjiri Pekan Kuala Besut sejak semalam dan jumlah mereka semakin ramai menjelang Subuh tadi.


8.10 pagi : Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan diiringi pimpinan lain antaranya Dato Mahfuz Omar, untuk pusat penamaan calon. Mereka berada di Persimpangan Jalan Raja - Tembila. Jumlah perarakan PAS semakin ramai.

8.00 Pagi : Perarakan calon PAS, Haji Azlan Yusof dimulakan dengan Solat hajat berjamaah di Masjid Kampung Raja sebelum penamaan calon. Ianya diimamkan oleh Presiden PAS, Dato Sero Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sebentar tadi. 

Seterusnya mereka berarak ke Kompleks Rakan Muda Besut yang jaraknya 1.6 kmdari masjid tersebut.

  

GAMBAR JASAD PARA SYUHADA SYRIA TIDAK REPUT

Gambar Pejuang Syahid Di Dalam Sungai Tidak Reput Di Syiria. Gambar Awal Bulan Januari. 

"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya."


FB Ahmad Haiqal Hambali

PERKEMBANGAN TERBARU DI MESIR


Perkembangan Mesir : Majlis Syura ( Nama pertubuhan yang dianggotai oleh Dr Abdullah Syakir,As-syeikh Muhammad, As-Syeikh Abu Ishak Al-Huwainy,As-Syeikh Muhammad Hussein Ya'kob,As-syeikh Sa'id 'Abdel 'Azhim,as-syeikh Mustoufa El-'Adawi dll) telah menolak pelawaan oleh Pemerintah Haram Tentera Mesir Assisi untuk mengadakan perbincangan. - Sumber : Rassd..dupp



Kumpulan penyokong Dr.Muhammd Mursi akan mengadakan himpunan raksasa pada hari Jumaat ini yang akan menyaksikan jutaan penyokong yang akan turun dari seluruh wilayah bertumpu ke Kaherah. Empat lokasi utama yang akan menjadi lokasi himpunan raksasa tersebut:


1)Medan Rabaah Adawiyyah (Madinah Nasr)
2) Bangunan Stesen Radio dan Televisyen Mesir (MASBERO)
3) Pusat Pengeluar Media (bandar 6 Oktober, Giza)
4) Dataran Nahdah, Giza.. Lm



Kaherah telah bersiap untuk menerima ketibaan jutaan rakyat dari seluruh Mesir untuk berhimpun bagi menyatakan bantahan mereka terhadap rampasan kuasa yang memilih Presiden Mursi sebagai Presiden negara itu.


"Gabungan Kerjasama Kebangsaan", sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh puluhan parti dan pertubuhan politik menganjurkan himpunan tersebut di empat lokasi hari ini, Jumaat sebagai strategi baru untuk terus menekan kerajaan perampas hari ini. Empat lokasi utama itu ialah di dataran Raba'ah, dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah, Giza, hadapan Bangunan Televisyen dan Radio Mesir (MASBERO) serta hadapan Pusat Pengeluar Media, Giza yang menjadi pusat penyebar fitnah kumpulan Islam melalui media persendirian yang dimiliki oleh golongan kroni Mubarak.

Petang Khamis kelmarin telah menyaksikan pihak penganjur mengadakan persiapan secukupnya di dataran Raba'ah. Antaranya dengan menambah pembesar suara, menukar "back drop" pentas utama dengan tertera tema "Demokrasi Menolak Rampasan Kuasa" dan memasang banner dalam bahasa asing di sekitar dataran bagi menyampaikan mesej kepada dunia apa yang berlaku di Mesir.

Akhukum Abdul Malik


fb saha othman


MUHASABAH RAMADHAN VOL 1

Muhasabah Ramadhan:

1) Berapa juzuk Al Quran yang anda telah baca?


2) Berapa rakaat solat tahajjud, witir, taubat, dhuha dan lain-lain yang anda telah dirikan?


3) Berapa banyak sedekah dan infaq yang anda telah keluarkan?


4) Berapa banyak tenaga, masa dan buah fikiran yang anda habiskan untuk perjuangan Islam?


Sudah capai target atau tidak???? Sendiri mau ingat .........

11 July 2013

IHYA RAMADHAN : SELANGOR SUMBANG RM2.7JUTA, MELAKA SUMBANG BERAPA?

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM2.7 juta sempena sambutan Ramadan ini kepada masjid dan surau di seluruh negeri bagi melaksanakan program Ihya Ramadan pada tahun ini.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, peruntukan itu melibatkan kira-kira 392 buah masjid, 170 buah surau yang dinaikkan taraf yang digunakan solat Jumaat dan 1881 buah surau.

Katanya, bagi masjid ia diperuntukkan sebanyak RM1,650 manakala bagi surau dinaiktaraf memperolehi RM1,250 dan surau sebanyak RM1,000.

“Duit tersebut akan disalurkan terus kepada akaun masjid dan surau masing-masing yang diharap akan digunakan untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan program ibadah,” kata Sallehen semasa sidang media di pejabatnya di sini.

Katanya, pada tahun ini wang peruntukkan itu disalurkan terus kepada pihak masjid dan surau agar penyampaiannya lebih pantas dan dapat digunakan terus.

Negeri-negeri lain macamana khususnya negeri yang diperintah oleh BN. Berapa peruntukan yang dberi kepada masjid dan surau. Melaka macamana????????????/

PRK KUALA BESUT : KALAU SAYA MENANG SAYA TAK AMBIL ELAUN

Calon PAS bagi PRK Kuala Besut, Azlan Yusof  atau Che Long berkata beliau tidak akan mengambil elaun wakil rakyat jika beliau dipilih oleh rakyat menjadi Adun.

"Kalau saya menang, saya tak akan ambil elaun wakil rakyat. Ia akan dikembalikan kepada rakyat." ujar beliau.

Che Long memang terkenal dengan sifat dermawan dan rendah dirinya di kalangan penduduk Kuala Besut yang rata-ratanya menjadi pelanggan stor kayunya.

Memang tidak dinafikan beliau merupakan kontraktor yang berjaya sehingga mempunyai lesen kontraktor kelas A yang boleh mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit. Sikapnya yang mudah mesra, senang didekati disifatkan rakyat sebagai 'mudah kkkiro dan mudah bbaso". 

Ketokohan dan populariti beliau menjadi kelebihan kepada PAS bagi mengulangi kejayaan seorang Taukeh Ikan, Abe Uji, Adun Manek Urai yang berjaya menewaskan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat pada PRK Manek Urai tidak lama dahulu.

Rata-rata rakyat Kuala Besut mengenali dan menyenangi sikap beliau.

Pilihanraya Kecil Kuala Besut diadakan berikutan pulangnya ke rahmatullah Adun sebelum ini Dr Abdul Rahman baru-baru ini. SPR menetapkan esok hari penamaan calon dan 24 Julai hari pengundian. Azlan akan ditentang oleh calon muda BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Pada PRU13 lalu, Dr Abd Rahman mengalahkan calon muslimat PAS, Napisah Ismail dengan majoriti lebih 2,000 undi. 

PANTUN PUASA

Puasa Ramadhan adalah wajib
Mendidik diri menjadi muttaqin
Ku doakan Perdana Menteri Najib
Membantu orang susah dan juga miskin


Bangun sahur hukumnya sunat
Makan tamar mengalas perut
Tunduk patuh mendengar amanat
Jangan culas mesti menurut

Buka puasa jangan bertangguh
Makan sahur lewat-lewatkan
Suruhan Allah mesti patuh
Semuanya akan dapat balasan

Solat tarawikh selepas Isyak
Qiamullail sepertiga malam
Membantu orang susah dan sesak
Menjadi tuntutan umat Islam

Siang Malam bertadarus Al Qu'ran
Semoga mendapat hidayah panduan
Susah senang ketentuan Tuhan
Doakan dan usaha tangga kejayaan

Pengkalan Jaya 2 Ramadhan, 6.25 pagi.

PRK KUALA BESUT : PAS AKAN BUAT KEJUTAN


BN menang besar di Peti Undi Seberang Barat Luar dengan majoriti 756 undi. BN mendapat 1675 undi berbanding dengan PAS hanya 919 undi. 

BN juga menang besar di Peti Undi Tok Saboh dengan majoriti 617 undi. BN memperolehi 1679 berbanding dengan PAS hanya 1062 undi. 


BN menang di Peti Undi Pulau Perhentian, dengan majoriti 269 undi, apabila memperolehi 448 undi berbanding dengan PAS hanya 179 undi.

PAS menang di Peti Undi Kampung Nangka dengan majoriti 79 undi. PAS memperolehi 575 undi berbanding dengan BN hanya memperolehi 496 undi.

PAS juga menang di Peti Undi Bukit Puteri yang menempatkan kem tentera udara dengan majoriti 90 undi. Di peti undi itu PAS memperolehi 1102 undi berbanding BN hanya 1012 undi.

Peti-peti undi lain pula dimenangi oleh BN.

Berbanding PRU12 BN menang di kesemua peti undi tetapi PRU13 PAS berjaya menang dua peti undi.

Dari keputusan di atas, dapat dilihat bahawa PAS tetap mempunyai peluang untuk menang. Apatah PAS pernah menang di Dun ini pada PRU 1999 melalui Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh. Tidak ada apa yang mustahil. Rakyat boleh berubah bila-bila masa dengan melihat kelemahan dan janji-janji BN yang tidak ditunaikan. Lebih-lebih dengan kenaikan harga barang, masalah sosial dan keselamatan yang semakin meruncing dan sebagainya.

Malah PAS dilihat lebih ke hadapan dari segi calon kerana memilih calon yang dikenali ramai serta dihormati dan disegani rakyat Kuala Besut. Pemilihan Bendahari PAS Kawasan Besut, Hj Azlan Yusof, 48 sebagai calon, dilihat amat tepat lebih-lebih dengan umurnya yang masih muda, seorang yang rendah diri, pemurah, sentiasa berbakti kepada penduduk setempat malah amat disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Berbanding calon muda BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang kurang dikenali di kawasan tersebut malah tidak mempunyai jawatan tinggi dalam Umno.

10 July 2013

PRK KUALA BESUT : ABE UJI LAWAN TUAN AZIZ


Ingatkah kepada PRK Manek Urai suatu ketika dahulu, di mana peniaga ikan, Abe Uji berlawan dengan Pengurus Kesedar Tue Aziq. Akhirnya kemenangan berpihak kepada Abe Uji. Faktor kemenangan Abe Uji ialah beliau seorang yang disenangi dan dikenali rakyat, seorang peniaga yang tinggal, bergaul dan duduk di kampung.

Kali ini nampaknya PAS mengambil pendekatan yang sama dengan memilih Haji Azlan Endut (gambar) atau lebih mesra dengan panggilan Che Long. Seorang dikenali di serata Kuala Besut kerana terkenal dengan sifat dermawan, sering mendekati rakyat dengan perniagaan stor kayunya dan perniagaan lain. Mudah didekati, sentiasa tawadhuk dan senyum.

Lantaran itu, BN menghadapi saat getir untuk berdepan dengan Che Long. Apatah lagi BN menamakan seorang anak muda yang kurang dikenali berbanding dengan Che Long. Tidak mustahil BN akan menukar calon di saat akhir seperti yang mereka lakukan pada PRU 13 baru-baru ini.

Dari tinjauan rambang penganalisis politik, mendapati populariti calon PAS jauh lebih ke depan. Beliau amat dikenali di kalangan ahli dan penyokong PAs, manakala penyokong Umno sendiri cukup mengenali beliau disebabkan beliau berasal dari Kampung Baru dan dilahirkan di Kampung Nail ditambah pula dengan karier beliau sebagai peniaga.

Tidak syak lagi PAS benar-benar serius untuk memberikan tentangan hebat kepada BN kali ini. Tidak mustahil sesuatu yang di luar jangkaan akan berlaku di Kuala Besut, malah sejarah telah membuktikan bahawa Dun ini bukanlah kubu tradisi BN kerana PAS telah beberapa kali menewaskan BN di sini.

RAMADHAN BULAN JIHAD

Ramadhan bulan jihad. Jihad melawan hawa nafsu serta jihad memenangkan perjuangan Islam. Kini Ramadhan datang kembali dalam keadaan saudara kita di Syria masih dicengkam kezaliman Regim Bashar Asad dan kuncu-kuncunya. 

Saudara kita di Mesir pula sedang dirompak kemenangan rakyat oleh regim tentera yang di dalangi oleh Israel dan AS. Pada waktu yang sama saudara kita di Palestine, Burma terus dibuli.

Ramadhan kali ini juga kita berhadapan dengan PRK Kuala Besut yang hangat diperkatakan oleh orang ramai bagi mencatat sejarah 16 - 16 Terengganu Baru.

Suaatu rekod yang akan menjadi catatan sejarah politik negara seandainya pengundi memberi mandat kepada PAS. 16-16 bukan sahaja pengundi di Kuala Besut yang ingin melihat keadaan tersebut, bahkan seluruh negara, kerana ini adalah sejarah tersendiri. 

Dalam suasana ini, Ramadhan datang kembali membawa seribu rahmat. PAS mengucapkan selamat datang ya Ramadan. Semoga keberkatan, rahmat dan keampunan akan kita peroleh. Marilah kita bersama menyumbang tenaga, wang ringgit dan doa agar kita berjaya mencapai kemenangan yang sangat penting ini. 

Kepada para petugas yang telah berkorban meninggalkan keluarga dan tugas harian turun ke Kuala Besut bagi membantu jentera parti, kita ucapkan siru ala barakatillah. Semoga kita memperoleh ganjaran besar berjihad pada bulan Ramadhan. Suatu nikmat yang jarang kita peroleh.

Manakala yang tidak berkesempatan untuk hadir, biarlah wang ringgit, munajat doa agar kita berjaya. Setiap orang daripada kalangan ahli parti mesti menyumbang sesuatu agar ia menjadi saksi depan Allah di hari akhirat nanti.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Selamat menyambut kedatangan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di negara ini. Senyum.

TITM - Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

09 July 2013

HAJI AZLAN @ CHE LONG CALON PAS PRK KUALA BESUT

Haji Azlan Endut Bin Yusoh @ Che Long dipilih sebagai calon PAS PRK Dun Kuala Besut diumumkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali ramai di Kuala Besut. Calon ini adalah calon paling disegani dan disifatkan mampu menggugat BN pada PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini.

PRK KUALA BESUT : SPR SEMAKIN ISLAMIK


SPR mengadakan pilihanraya kecil Kuala Besut dalam bulan Puasa dengan tidak menunggu sehingga selepas hari raya, maknanya SPR semakin Islamik kerana memilih bulan puasa untuk pengudian kali ini. 


SPR memilih hari penamaan calon hari Jumaat iaitu 24 Julai maknanya SPR semakin Islamik juga.

Itu kenyataan yang dikemukakan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa yang juga Pengarah Pilihanraya Kecil Kuala Besut.

"Ambo nak cadang orang Kuala Besut undi PAS biar kita dapat cadangkan program ekonomi bagi meningkatkan ekonomi rakyat" tambah Husam.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman calon PAS PRK Kuala Besut di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.

SIARAN LANGSUNG PENGUMUMAN CALON PAS PRK KUALA BESUT

Sila KLIK DI SINI untuk siaran langsung majlis pengumuman calon PAS PRK Kuala Besut sekarang.

Antara penceramah yang menyampaikan ucapan malam ini ialah Hj Mohd Abd Wahid Endut, Saifuddin Nasution Ismail, Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Mustaffa Ali dan lain-lain.

74 % RAKYAT MESIR SOKONG MORSI KEKAL JADI PRESIDEN

Hanya kira-kira 26 % sahaja rakyat Mesir yang menyokong rampasan kuasa tentera. 76 % dari mereka mahukan Morsi kekal menjadi ketua negara mereka.

Ini kajian terbaru yang dibuat oleh sebuah agensi. Insya Allah tidak lama lagi kerajaan Kudeta yang zalim dan ganas ini akan tumbang di tangan rakyat

Sumber : 
El-Wasat News ( Research prepared by Mustoufa Khudhori )

ZAIHAN CALON BN PRK BESUT YANG BAKAL KECUNDANG

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.


Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Dataran Kuala Besut, sebentar tadi dan disambut sorakan kira-kira 4,000 penyokong BN yang hadir.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri Idris Jusoh dan para pemimpin parti komponen.

Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Tengku Zaihan adalah taruhan terbaik BN untuk pengundi di DUN Kuala Besut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda.
Tegas beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, pemilihan Tengku Zaihan dibuat selepas melalui proses pemilihan yang ketat apabila disaring berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti.

“Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik. Calon yang diterima oleh semua,” ujar beliau.

Tengku Zaihan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon pilihan raya berkenaan yang disifatkannya sebagai ‘pilihan raya kecil yang besar’.

Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya demi rakyat Kuala Besut,” katanya yang juga ahli UMNO Cawangan Seri Seratus.

Tengku Zaihan sebenarnya telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan berkenaan ketika berkhidmat sebagai Jurutera Daerah JPS Besut.

TOK NAN NAK POTONG TELINGA LAGI KE?


Adun Tanjung Lumpur, Pahang, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar 'posting' di dalam FB bahawa "Persidangan Dun Pahang semalam penuh dengan sentimen perkauman, MB membangkitkan isu 13 Mei dan menuduh surat khabar Cina dipenuhi dengan cerita bohong. 

"Beliau juga berkata kemenangan banyak kerusi pembangkang adalah kerana fitnah dan pembohong, MB juga mengatakan bahawa pada PRU akan datang BN tidak teragak-agak akan membuat fitnah terhadap pembangkang bagi membalas perbuatan tersebut." ujar beliau.


Saya nak tanya Tok Nan ......akhbar mana yg selalu kena saman, asyik2 kena bayar ganti rugi kena kepada pemimpin PR kerana menyiarkan berita fitnah dan bohong. Akhbar PR jarang kena saman ...............akhbar-akhbar Tionghua jarang kena saman ..........Tok Nan kalau nak bercakap biar ada fakta ....nanti kena potong telinga lagi ....hilang dua-dua teiinga.

Janganlah Tok Nan mengulangi kenyataan-kenyataan lucu dan bertaraf JKKK ini kerana Tok Nan bukannya MB baru tetapi MB tua kutuk yang sudah nyanyuk dan tak bergigi ....insaf dan berubahlah sebelum rakyat menjatuhkan kamu .........

JENAYAH BERLELUASA DAN MENGGERUNKAN, APAKAH NEGARA KITA SELAMA?

Apakah Malaysia selamat.? Saban hari berita tembak, tetak, libas, rogol dan macam-macam lagi. 

Semalam seorang guru baru keluar dari sekolah kena tembak .............apa pandangan anda?

Banyak dimuatkan berita tentang kanak-kanak diculik hanya beberapa ratus meter dari rumah mereka. Lebih menyayatkan hati kita mereka diculik dan dibunuh seperti kes Nurin Jazlin dan lain-lain.

Apakah peranan kerajaan dan rakyat serta pasukan keselamatan. Mengapa perkara ini berlaku sedangkan kita dikatakan mempunyai pasukan keselamatan terbaik.? 

Sama-sama kita berdoa moga-moga negara kita selamat, aman dan sejahtera.

07 July 2013

MORSI DIBUNUH ATAU DIHUKUM PENJARA, JADI TANDA TANYA

SELEPAS tiga hari ditahan, banyak persoalan belum terjawab. Pertamanya, di manakah Presiden Mohamed Mursi ketika ini? Apakah nasib beliau masih hidup dan selamat di dalam jagaan tentera atau teruk dibelasah?


Bagaimanakah pula nasib isterinya, Dr Najlaa dan anaknya yang diketahui terputus hubungan sejak penahanan komando tentera di rumah Pengawal Keselamatan Republik Khamis lalu atau Mursi menerima  nasib sama seperti bekas pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al Banna iaitu dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan seperti Hosni Mubarak.


Tetapi pendakwaan atas kesalahan apa yang Mursi telah lalukan?


Segala persoalan ini belum terjawab dan membawa kepada banyak pertumpahan darah di Dataran Raba’ah dan kawasan sekitar Tahrir.


Sejak penggulingan Mursi, lebih 30 nyawa melayang termasuk tiga daripadanya ditembak tentera manakala lebih 300 cedera akibat dirempuh anggota keselamatan dan kumpulan anti Mursi di seluruh Mesir hingga menyebabkan bandar Port Said, Suez dan Ismalia darurat.


Dua hari selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara Mesir, Adly Mansour mengumumkan pembubaran Parlimen dan menggantung Perlembagaan hingga tarikh pilihan raya ditetapkan.


Apa berlaku seterusnya?


Ketika Mursi memenangi Pilihan Raya Presiden 30 Jun lalu, beliau meraih 5.7 juta undi dalam pusingan pertama dan 13.2 juta dalam pusingan kedua, sekali gus menyaksikan gerakan Ikhwanul Muslimin melalui parti sayap Parti
Kebebasan dan Keadilan (FJP) memperoleh lebih 10 juta undi ketika Pilihan Raya Parlimen.



Pilihan raya itu dilakukan penuh cabaran demi mendapat demokrasi  tanpa pertumpahan darah atau pemimpinnya ditangkap lalu disumbatkan ke dalam penjara atau lebih senang, dibunuh sahaja.
Parlimen Mesir diterajui Mursi kini dikhianati! Pemimpin kanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang dilantik oleh beliau akhirnya merampas kuasa.


Beliau menuduh Mursi melakukan hasutan keganasan, perang saudara, gagal menangani masalah ekonomi dan tidak menunaikan janji pilihan raya serta hanya melantik ahli Ikhwanul Muslimin untuk menduduki jawatan kanan.


Kejatuhan Mohamed Mursi dilihat sebagai kejatuhan kerajaan Islam dan matinya demokrasi di Mesir. Kejatuhan beliau turut memusnahkan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang telah kukuh sehingga ke tahap ini selama lebih 80 tahun.


Ini adalah kerana Mursi merupakan Presiden pertama negara itu dipilih rakyat secara demokrasi dan sedang berusaha membina kerajaan berasaskan Islam di Mesir, selepas kejatuhan Hosni dalam kebangkitan rakyat pada 2011.


Tetapi apakah nasib Mesir selepas ini, Presiden sementara mula membuat barisan Kabinet yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.  


Dari Panglima Tetera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara, Mohamed Raafat Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid, semuanya mempunyai kaitan dengan Israel. Malah tidak mustahil, sekiranya bekas Presiden Mohamed El Baradei diangkat semula sebagai Presiden. Semua teka teki itu belum terjawab.


Dibunuh kejam seperti Sheikh Hasan Al Banna?


Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin adalah cabang dalam senario politik Mesir lebih daripada 80 tahun lamanya. Ia dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928.


Sheikh Hassan dan pengikut pada asalnya bersatu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di Mesir serta membersihkan negara tersebut dari apa yang mereka nampak sebagai kerosakan akibat dari pengaruh Barat.
Pada awal penubuhannya, gerakan Ikhwanul Muslimin hanya menumpukan kepada isu keagamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi melihat kepada penyertaan keahlian semakinbertambah, ia beralih ke dalam sfera politik dengan melakukan protes terhadap kerajaan.


Pada era 1940, sayap bersenjata Ikhwanul Muslimin dipersalahkan kerana melakukan perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir, Mahmud Fahmi al-Nuqrashi pada 1948, sejurus dia mengarahkan pembubaran gerakan Ikhwanul Muslimin.
Al-Banna sendiri dibunuh tidak beberapa lama kemudian. Penyokongnya mendakwa pembunuhan beliau diarahkan oleh kerajaan.
Gerakan ini kemudiannya bergerak secara senyap pada era 1950  selama berdekad di mana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota gerakan mengakibatkan ramai ahli berpindah ke negara lain dan ada di antara mereka dipenjarakan.
Selama 30 tahun kemudian Ikwanul Muslimin kembali berkembang seiring dengan perkembangan dalam minat mendalami agama Islam sama seperti yang berlaku ketika ini di Mesir dan mereka juga sedang giat memperkukuhkan sinar Islam di negara itu.
Atau dipenjara seumur hidup seperti Hosni Mubarak?


Di sebalik penahanan Mursi dan segala tuduhan tidak berasas itu, mungkinkan Mursi dipenjarakan seumur hidup sama seperti pemimpin diktator Hosni.
Bekas Presiden itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana peranannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011.


Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan nasib memalukan menimpa pemimpin kuku besi yang pernah mentadbir Mesir selama hampir tiga dekad.


Hukuman berat ke atas bekas pemimpin Mesir berkenaan antara lain, bertujuan meredakan ketegangan menjelang  pilihan raya Presiden ketika itu. Hosni merupakan pemimpin Arab pertama dibicarakan di negara sendiri.


Ketika keputusan dibacakan, Hosni tidak menunjukkan sebarang reaksi manakala dua anak lelakinya kelihatan gementar.


Hakim Ahmed Rifaat menyifatkan era pemerintahan Mubarak sebagai “30 tahun yang penuh dengan kegelapan.”


Menurutnya, Mubarak langsung tidak bertindak menghentikan pembunuhan orang awam semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari dua tahun lalu.



Lebih 850 penunjuk perasaan dibunuh dengan kebanyakan mereka ditembak mati dan beberapa bandar utama lain melancarkan gelombang kebangkitan rakyat dan peristiwa itu sama seperti apa yang dialami rakyat Mesir sejak 30 Jun lalu.


Kesimpulannya, sehingga kini tiada siapa tahu di manakah Mursi berada dan media juga disekat dari membuat liputan. Nasib isterinya hanya diketahui lewat kelmarin apabila menyatakan tetap berdiri teguh di belakang suaminya untuk menuntut keadilan dan pembebasan

Mari sama-sama kita berdoa, moga-moga Allah memelihara Presiden Morsi dari segala kezaliman dan kekejaman pencacai Yahudi...........

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter