.

.

11 July 2013

PRK KUALA BESUT : PAS AKAN BUAT KEJUTAN


BN menang besar di Peti Undi Seberang Barat Luar dengan majoriti 756 undi. BN mendapat 1675 undi berbanding dengan PAS hanya 919 undi. 

BN juga menang besar di Peti Undi Tok Saboh dengan majoriti 617 undi. BN memperolehi 1679 berbanding dengan PAS hanya 1062 undi. 


BN menang di Peti Undi Pulau Perhentian, dengan majoriti 269 undi, apabila memperolehi 448 undi berbanding dengan PAS hanya 179 undi.

PAS menang di Peti Undi Kampung Nangka dengan majoriti 79 undi. PAS memperolehi 575 undi berbanding dengan BN hanya memperolehi 496 undi.

PAS juga menang di Peti Undi Bukit Puteri yang menempatkan kem tentera udara dengan majoriti 90 undi. Di peti undi itu PAS memperolehi 1102 undi berbanding BN hanya 1012 undi.

Peti-peti undi lain pula dimenangi oleh BN.

Berbanding PRU12 BN menang di kesemua peti undi tetapi PRU13 PAS berjaya menang dua peti undi.

Dari keputusan di atas, dapat dilihat bahawa PAS tetap mempunyai peluang untuk menang. Apatah PAS pernah menang di Dun ini pada PRU 1999 melalui Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh. Tidak ada apa yang mustahil. Rakyat boleh berubah bila-bila masa dengan melihat kelemahan dan janji-janji BN yang tidak ditunaikan. Lebih-lebih dengan kenaikan harga barang, masalah sosial dan keselamatan yang semakin meruncing dan sebagainya.

Malah PAS dilihat lebih ke hadapan dari segi calon kerana memilih calon yang dikenali ramai serta dihormati dan disegani rakyat Kuala Besut. Pemilihan Bendahari PAS Kawasan Besut, Hj Azlan Yusof, 48 sebagai calon, dilihat amat tepat lebih-lebih dengan umurnya yang masih muda, seorang yang rendah diri, pemurah, sentiasa berbakti kepada penduduk setempat malah amat disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Berbanding calon muda BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang kurang dikenali di kawasan tersebut malah tidak mempunyai jawatan tinggi dalam Umno.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter