.

.

11 July 2013

PRK KUALA BESUT : KALAU SAYA MENANG SAYA TAK AMBIL ELAUN

Calon PAS bagi PRK Kuala Besut, Azlan Yusof  atau Che Long berkata beliau tidak akan mengambil elaun wakil rakyat jika beliau dipilih oleh rakyat menjadi Adun.

"Kalau saya menang, saya tak akan ambil elaun wakil rakyat. Ia akan dikembalikan kepada rakyat." ujar beliau.

Che Long memang terkenal dengan sifat dermawan dan rendah dirinya di kalangan penduduk Kuala Besut yang rata-ratanya menjadi pelanggan stor kayunya.

Memang tidak dinafikan beliau merupakan kontraktor yang berjaya sehingga mempunyai lesen kontraktor kelas A yang boleh mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit. Sikapnya yang mudah mesra, senang didekati disifatkan rakyat sebagai 'mudah kkkiro dan mudah bbaso". 

Ketokohan dan populariti beliau menjadi kelebihan kepada PAS bagi mengulangi kejayaan seorang Taukeh Ikan, Abe Uji, Adun Manek Urai yang berjaya menewaskan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat pada PRK Manek Urai tidak lama dahulu.

Rata-rata rakyat Kuala Besut mengenali dan menyenangi sikap beliau.

Pilihanraya Kecil Kuala Besut diadakan berikutan pulangnya ke rahmatullah Adun sebelum ini Dr Abdul Rahman baru-baru ini. SPR menetapkan esok hari penamaan calon dan 24 Julai hari pengundian. Azlan akan ditentang oleh calon muda BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Pada PRU13 lalu, Dr Abd Rahman mengalahkan calon muslimat PAS, Napisah Ismail dengan majoriti lebih 2,000 undi. 

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter