.

.

12 July 2013

LINTAS LANGSUNG PENAMAAN CALON PRK KUALA BESUT


9.15 pagi : Hujan renyai-renyai sudah berhenti tetapi keadaan cuaca terus mendung. 

Di pihak BN, mereka terus menyanyikan lagu-lagu semangat dan selawat. 

8.50 pagi : Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ronnie Liu dan Vincent Wu tiba di Pusat Penamaan calon di sambut oleh pimpinan dan penyokong PAS yang semakin ramai jumlahnya. 

Pemerhati menyatakan jumlah penyokong PAS sudah mencecah 6,000 orang sekarang.


8.30 pagi : Perarakan calob PAS tiba dahulu di Kompleks Rakan Muda.

Kira-kira 5,000 penyokong PAS bertakbir, berselawat dengan penuh semangat.

Jumlah penyokong BN hanya kira-kira 500 orang sahaja diketuai oleh Muhyiddin Yassin.

Hujan renyai-renyai terus turun. Ianya sedikit pun tidak memberi kesan ke atas penyokong PAS yang semakin lama semakin ramai. Petugas-petugas PAS dari luar Terengganu mula membanjiri Pekan Kuala Besut sejak semalam dan jumlah mereka semakin ramai menjelang Subuh tadi.

8.10 pagi : Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan diiringi pimpinan lain antaranya Dato Mahfuz Omar, untuk pusat penamaan calon. Mereka berada di Persimpangan Jalan Raja - Tembila. Jumlah perarakan PAS semakin ramai.

8.00 Pagi : Perarakan calon PAS, Haji Azlan Yusof dimulakan dengan Solat hajat berjamaah di Masjid Kampung Raja sebelum penamaan calon. Ianya diimamkan oleh Presiden PAS, Dato Sero Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sebentar tadi. 


Seterusnya mereka berarak ke Kompleks Rakan Muda Besut yang jaraknya 1.6 kmdari masjid tersebut.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter