.

.

10 July 2013

PRK KUALA BESUT : ABE UJI LAWAN TUAN AZIZ


Ingatkah kepada PRK Manek Urai suatu ketika dahulu, di mana peniaga ikan, Abe Uji berlawan dengan Pengurus Kesedar Tue Aziq. Akhirnya kemenangan berpihak kepada Abe Uji. Faktor kemenangan Abe Uji ialah beliau seorang yang disenangi dan dikenali rakyat, seorang peniaga yang tinggal, bergaul dan duduk di kampung.

Kali ini nampaknya PAS mengambil pendekatan yang sama dengan memilih Haji Azlan Endut (gambar) atau lebih mesra dengan panggilan Che Long. Seorang dikenali di serata Kuala Besut kerana terkenal dengan sifat dermawan, sering mendekati rakyat dengan perniagaan stor kayunya dan perniagaan lain. Mudah didekati, sentiasa tawadhuk dan senyum.

Lantaran itu, BN menghadapi saat getir untuk berdepan dengan Che Long. Apatah lagi BN menamakan seorang anak muda yang kurang dikenali berbanding dengan Che Long. Tidak mustahil BN akan menukar calon di saat akhir seperti yang mereka lakukan pada PRU 13 baru-baru ini.

Dari tinjauan rambang penganalisis politik, mendapati populariti calon PAS jauh lebih ke depan. Beliau amat dikenali di kalangan ahli dan penyokong PAs, manakala penyokong Umno sendiri cukup mengenali beliau disebabkan beliau berasal dari Kampung Baru dan dilahirkan di Kampung Nail ditambah pula dengan karier beliau sebagai peniaga.

Tidak syak lagi PAS benar-benar serius untuk memberikan tentangan hebat kepada BN kali ini. Tidak mustahil sesuatu yang di luar jangkaan akan berlaku di Kuala Besut, malah sejarah telah membuktikan bahawa Dun ini bukanlah kubu tradisi BN kerana PAS telah beberapa kali menewaskan BN di sini.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter