.

.

28 September 2012

BAJET 2013 BAJET GULA-GULA?

Hati-hati dengan setiap gerak langkah kerajaan BN yang semakin tersepit sekarang. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memenangi hati rakyat yang semakin lama semakin terluka dek perbuatan BN lebih 50 tahun lalu.

Selepas PRU 2008 baru BN tersedar bahawa rakyat sebenarnya sudah berubah. Rakyat sudah tahu dan pandai menilai setiap gerak langkah parti politik termasuk parti kerajaan samada kerajaan pusat dan negeri yang dikuasai BN atau kerajaan negeri yang dikuasai PR.

Sebab itulah selepas PRU 2008 Bajet BN mula berubah. Mereka mula memperkenalkan langkah-langkah yang dilihat agak mesra rakyat sehingga memberikan pelbagai bantuan yang sebelum ini tidak pernah masuk dalam akal pemimpin BN.

Petang ini sekali lagi Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN akan mengemukakan Bajet yang sudah pasti menjadi gula-gula untuk memancing rakyat supaya melupakan segala jerit payah dan kesusahan rakyat akibat kegagalan BN memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Macam-macam bantuan dijangka akan diumumkan oleh Najib antaranya bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) kedua dan sebagainya.

Namun Najib lupa bahawa itu memang sudah dijangka oleh raktyat namun langkah itu tidak mampu untuk menukar keputusan rakyat yang sudah pun bersiap sedia mengajar BN pada PRU 13 nanti.

26 September 2012

PR MENANG DAP JADI KETUA MENTERI MELAKA?

Flashback. Umno Melaka sering memfitnah bahawa jika PR menang dan memerintah Melaka, DAP akan jadi Ketua Menteri.

Ini buktinya jika PR menang DAP akan cadang Adun PAS jadi Ketua Menteri Melaka.bukannya Adun DAP. Timbalan Pengerusi DAP Melaka, YB Lim Jak Wong dalam ceramahnya tidak lama dulu secara jelas menyatakan DAP akan mencadangkan Adun PAS untuk menjadi Ketua Menteri Melaka. Beliau berkata demikian pada ceramahnya di Taman Puncak beberapa bulan dahulu.

Puashatilah Umno Melaka kerana mereka memang menggunakan isu ini untuk mengelirukan rakyat khususnya orang Melayu.

25 September 2012

BUKAN ISLAM TAK TAKUT HUDUD

Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.

Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus responden India dan 62 peratus responden Melayu berkongsi pandangan sama.

"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.

Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India. 

Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.

Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.

Jelas sekali rakyat bukan Islam telah mula menerima keadilan Islam khususnya hukum hudud. Malangnya kerajaan yang ada sekarang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat penerangan tentang keadilan hukum Islam. Sebaliknya ada di antara pemimpin kerajaan yang beragama Islam sendiri tidak suka malah menghina hukum Islam.

Pemimpin kerajaan sekarang juga membiarkan hukum Islam di hina oleh rakan kongsi mereka dari parti komponen BN khususnya MCA.

24 September 2012

MAHATHIR PERLI ORANG UMNO

Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad memperli orang Umno apabila menyamakan Umno dengan Syaitan yang dikenali baru-baru ini.

"Dr Mahathir memperli orang Umno supaya sedar bahawa Umno diibaratkan sama seperti Syaitan yang dikenali dan PR sebagai malaikat yang tidak dikenali".

"Kalau Umno sama dengan syaitan yang dikenali apa lagi orang Umno hendak tunggu takkan nak duduk lagi dalam parti yang diumpamakan sebagai syaitan" ujarnya.

Beliau berkata demikian pada amanat sempena majlis makan malam anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka di Kampung Parit Putat Benteng, Sg Rambai dekat sini malam tadi.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata sudah dua kali Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan memperli orang Umno di mana sebelum ini kali pertama beliau menyatakan bahawa Umno sudah busuk sampai ke usus.

"Sudah dua kali Dr Mahathir perli orang Umno, dulu dia kata Umno sudah busuk sampai ke usus akibat rasuah dan sebagainya."

"Jadi orang Umno kena fikir supaya jangan lagi duduk dalam Umno dan kena keluar dari Umno" tambah Tuan Guru.

Menurutnya, PAS dan PR telah membuktikan bahawa mereka bersedia untuk mengambilalih kerajaan negeri dan pusat apabila berjaya memerintah empat buah negeri dengan baik selepas PRU 2008 iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

"Sudah sampai masanya rakyat memberikan kepercayaan kepada PR untuk memerintah Malaysia dan negeri-negeri di dalamnya dengan mengundi PR pada PRU 13 nanti" kata beliau.

Majlis makan malam yang diserikan dengan ceramah pimpinan pusat dan negeri itu mendapat sambutan hangat di mana semua meja yang disediakan ditempah oleh rakyat. Malah ramai yang terpaksa berdiri di kaki jalanraya untuk mendengar ucapan pimpinan PAS dan PR.

Turut berceramah pada program tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmood; Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San dan Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mat Akin.


23 September 2012

HANYA MEREKA YANG BUTA MATA HATI YANG HINA TOK GURU


Foto ini dirakam ketika Tok Guru meluangkan masa menziarahi kematian ibu kepada Tan Choon Hwa, pengerusi TCH Group di Kota Bharu pagi tadi.

Perhatikan bagaimana hormatnya kaum Cina Kelantan pada Tok Guru.Mereka berbaris mengambil peluang untuk bersalam dan ada antara mereka yang mencium tangan Tok Guru...

Ternyata hanya mereka yang buta hati dan mata sahaja menghina Tok Guru dek kerana kepentingan diri dan kerana kebenaran telah tertutup dari mereka.

Orang bukan Islam pun menghormati Tok Guru ......

GEMPAR : MAYAT MASIH HIDUP DI DALAM KUBUR

Mayat yang hendak dikebumikan di Kalimantan masih hidup. Inilah kebesaran Allah yang berupaya memati dan menghidupkan sesiapa juga.

Kita yang masih hidup mestilah redha dengan apa juga yang dijadikan Allah.

HINA RASULULLAH & ISLAM : APA PANDANGAN ADA TENTANG KENYATAAN ORANG INI?

Ketika umat Islam membantah video pendek penghinaan terhadap Rasulullah, jangan dilupa kenyataan-kenyataan orang ini turut menghina Rasulullah dan Islam.

Namun pada masa itu, kini dan mungkin akan datang, tiada bantahan di buat oleh ahli-ahli  parti 'SYAIT#@ YANG DIKENALI' untuk menegur dan memberi nasihat kepada manusia ini.

Cuba tuan-tuan teliti kenyataan manusia itu yang disertakan dengan tarikh dan tempat orang ini mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai bukti bahawa kenyataan itu memang benar-benar diucapkan oleh orang ini yang masih 'cargas' mengeluarkan kenyataan saban hari.

Sumber : Pemuda Gombak.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter