.

.

22 October 2011

Sampai bila cerita PORNO jadi 'senjata' UmNO

Di saat dunia mengamalkan politik terbuka, telus, fakta dan berakhlaq, Umno terus memilih politik PORNO a.k.a LUCAH untuk mengaut sokongan rakyat. Mereka tidak menghiraukan DOSA, PAHALA dan undang-undang. Mereka tidak menghiraukan samada rakyat rosak atau tidak. Mereka tidak kisah negara malu dengan cerita PORNO ini yang penting kuasa dan kedudukan mereka sesuai dengan amanat Presiden Umno iaitu Umno akan lakukan apa sahaja untuk pertahankan Putrajaya. Saya menggesa rakyat Malaysia menolak pengamal politik porno ini demi masa depan negara, maruah negara dan masa depan anak bangda.

Persidangan ICT Pusat

Sedang berada di dalam Persidangan ICT PAS Pusat di Taman Melewar semoga ianya memberikan nafas baru kepada tenaga ICT PAS bagi membebaskan Ummah yang telah lama dicengkam Umno.

21 October 2011

Anda ingin tahu ranking BLOG anda di MALAYSIA dan DUNIA?

Anda ingin mengetahui di mana kedudukan (ranking) blog anda di dalam senarai web di Malaysia dan juga ranking blog anda dalam senarai blogger alternatif?

Sila klik di LINK ini iaitu kedudukan blog anda pada 3 Oktober 2011. Terima kasih kepada blogger cenangau atas daya usaha beliau. 

Jika blog anda belum berjaya memasuki 50 tangga teratas dalam senarai blog alternatif maka berusahalah untuk mendakinya.

Tips untuk menarik lebih ramai tetamu melayari blog anda boleh ditanya kepada otai-otai blogger.

Isu Aziz Bari : Syabas Persatuan Kakitangan UIAM kerana TIDAK MEMBODEK


Saya ingin mengucapkan syabas kepada Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) yang tegas menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia.
Ketegasan PKA UIAM ini wajar dipuji kerana mereka tidak membodek membuta tuli tanpa usul periksa. Dalam hal kita berasa kesal kerana Majlis Professor Negara diam seribu bahasa tidak membela seorang Professor yang terbukti pakar dalam perlembagaan Malaysia.
Dalam kenyataan yang disiarkan oleh Harakahdaily  hari ini PKA UIAM tegas merasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional.
Menurut PKA UIAM, Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.
Dalam kenyataan itu juga PKA UIAM menyatakan bahawa tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia.
Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbidan sarjana Perlembagaan Malaysia.
Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Al Qur’an: Surah al-Anbiya’ (21:7): “Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu, melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui”.
Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi beliau ruang untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif sebegini Ini akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat di negara tercinta ini. Peringatan ini jelas berkait rapat dengan ayat Al Qur’an dalam Surah al-Baqarah (2:111):
“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanya angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
Professor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara. Beliau bagaimanapun tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini.
Sebagai seorang ahli akademik, Professor Abdul Aziz Bari berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya. Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini.
Kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu 'precedence' pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya.
Sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak.
Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara.
Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui peruntukan dalam “Recommendation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel” yang dihasilkan melalui persidangan UNESCO pada 11 November 1997, seperti dalam Artikel 26 dan 27 yang berbunyi: “the right to contribute to social change through freely expressing their opinion of state policies and of policies affecting higher education”.
PKA UIAM menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik. Keprihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia.

Aziz Bari wajar DIPECAT?

Pakar undang-undang Abdul Aziz Bari wajar dipecat dari jawatannya sebagai Professor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Ini kerana beliau telah memalukan Universiti, biadap kepada Sultan dan pelbagai kesalahan yang antaranya sentiasa memberi komen menyebelahi pembangkang. Beliau benar-benar memalukan UIAM Mungkin juga pemimpin UIAM dahulu dan sekarang merasa kesal kerana menganugerahkan jawatan Professor kepada beliau.

Itu antara hujah yang mungkin dihamburkan oleh pemimpin dan pengikut Umno yang minda tertutup dan ketinggalan zaman. Mereka sudah tentu sangat benci kepada Aziz Bari kerana berani berkata benar walaupun ianya sudah tentu memeningkan Umno.

Bagi puak-puak ini hanya Professor kangkung dan lalang serta kaki bodek sahaja yang layak menjadi Professor.

Namun begitu terbukti pelajar-pelajar UIAM dan IPT seluruh Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan mengampu pentadbir UIAM yang menggantung Aziz Bari dan menghalang beliau dari memasuki UIAM. Satu tindakan yang berundur 50 tahun ke belakang, Di zaman IT dan dunia tanpa sempadan ini tindakan kuno seperti sudah tidak sesuai dan ditertawakan orang. Tindakan ini benar-benar memalukan dunia akademik dan negara kita sendiri.

Sebentar tadi kira-kira 1,000 orang berhimpun di perkarangan Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini bagi membantah penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh universiti itu.

Perhimpunan aman (gambar)  yang bermula selepas selesai solat Jumaat itu majoritinya disertai golongan mahasiswa dipercayai dari pelbagai universiti serta orang awam.

Sejurus imam selesai membaca doa, laungan "Hidup Aziz Bari", “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” mula bergema.

Seorang peserta himpunan kemudiannya cuba memulakan ucapan, tetapi bagaimanapun tindakan itu dihalang pihak keselamatan universiti, dan sedikit kekecohan berlaku.

Ekoran halangan itu, mereka kemudian beramai-ramai berarak dari masjid tersebut menuju ke bangunan pejabat reaktor universiti itu bagi menyerahkan memorandum.

Mereka diketuai pihak penganjur dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Gerakan Demokratik Mahasiswa Malaysia (Dema) serta persatuan mahasiswa kampus itu sendiri.

Sewaktu perarakan itu, sekali lagi berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka menghantar memorandum tersebut menyebabkan tolak menolak berlaku.

Memorandum tersebut akhirnya berjaya diserahkan kepada Timbalan Reaktor UIAM kira-kira jam 2.20 petang.


Sumber : Harakahdaily

Gadis kena 'ramas' nafi fitnah, BLOGGER UMNO SILA JAWAP

Saya menggesa Blogger-blogger murahan dan pencacai Umno menjawab penafian yang dibuat oleh gadis yang gambarnya disiarkan oleh mereka sebagai mangsa cabul.


Blogger pencacai ini mesti meminta maaf kepada gadis tersebut, keluarga remaja yang dituduh mencabul dan seluruh rakyat Malaysia atas fitnah jahat yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Salah seorang blogger pencacai itu iaitu 
Dr MiM dengan menggunakan alamat blog novandri.blogspot.com adalah rakan lama saya semasa menuntut di Pulau Pinang dahulu. Saya menggesa beliau memohon maaf dan berhati-hati dalam menulis sesuatu perkara yang sebegini. Jika tiada bukti kukuh janganlah kita memfitnah dan membuat tuduhan melulu.


Saya mengenali Dr MiM seorang yang professional dan terpelajar, seorang pengamal perubatan. Janganlah terikut-ikut dengan blogger murahan dan porno seperti papagomo dan lain-lain. Gunakalah daya keintelektualan kita dalam menulis blog.


Hari ini Malaysiakini mendedahkan bahwa gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu.

Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang.

tony pua and lim kit siang press conference 191011 01“Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya.

“Saya tidak melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu. Saya juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang terlibar itu. Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun, “ tulis gadis itu.

Isnin lalu, blog pro-Umno itu mendakwa anak pemimpin tinggi politik Pulau Pinang mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

“Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?” tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.

30 Ahli PKR KELUAR PARTI : Ketua Ranting PKR nafikan?


Sebuah media hari ini melaporkan bahawa 30 ahli PKR Ranting Bukit Piatu Parlimen Bukit Katil bertindak membubarkan ranting tersebut dan bertindak menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.


Dalam laporan itu, Bekas Ketua Ranting PKR Bukit Piatu, Md Said Abu berkata mereka sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR yang tidak menjaga kebajikan ahli.

Gambar di atas juga menunjukkan bahawa bekas Ketua PAS Cawangan Bukit Piatu, Cikgu Abdul Samad Mamat juga ada bersama-sama dengan Mohd Ali dan Md Said. Ramai yang menghubungi saya meminta penjelasan tentang kedudukan Cikgu Samad, apakah beliau juga turut sama menyertai Umno.

Malam tadi Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ramli Dalip telah bertemu sendiri dengan kedua-dua bekas pemimpin Cawangan PAS dan Ranting PKR Piatu. Kedua-dua mereka iaitu Cikgu Samad dan Md Said menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka telah menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Mohd Ali.

Ramli berkata dalam pertemudan tersebut, Md Said menyatakan bahawa beliau hanya membubarkan Ranting PKR Bukit Piatu tetapi tidak sama sekali menyertai Umno. 

"Gambar itu diambil semasa satu majlis yang melibatkan NGO bukannya majlis Umno atau majlis penyerahan borang Umno".

"Cikgu Samad juga menafikan beliau menyertai Umno dan beliau masih aktif membantu Penyelia PAS Dun Kuala Linggi".

Ramli berkata tindakan media itu menyiarkan berita tersebut adalah berniat jahat dan cuba memburur-burukkan PAS dan PKR khususnya di Bukit Piatu dan Parlimen Bukit Katil.

Beliau menggesa media tersebut membuat penafian akan berita tersebut.

"Kita menyelidik berita tersebut sebelum menyiarkannya kepada umum, ianya memberikan impak yang besar kepada imej individu yang ditunjukkan dalam gambar tersebut" jelas Ramli.

20 October 2011

'Title' Professor Aziz Bari kena tarik?????


Sampai bilakah negara kita akan terus mengamalkan politik barbarian dan kuku besi. Walaupun setiap detik pemimpin negara melaung-laungkan perkata transformasi dari semua segi namun hakikatnya ia hanyalah menanam tebu dibibir mulut.


Semakin rancak mereka 'berzikir' dengan perkataan transformasi bagi semakin galak mereka menggunakan kuasa untuk menekan dan menzalimi rakyat tidak kira golongan mana sekalipun. Suara rakyat yang dibenarkan hanyalah berupa pujian, bodekan dan ampu sahaja. Jika ada suara-suara yang berbentuk nasihat, kritikan membina dan pendapat yang bertentangan dengan mereka silap hari bulan tuan punya suara itu akan dikenakan tindakan samada secara halus malah mungkin tindaka yang diluar dugaan.

Kadang-kadang kita sendiri tidak terfikir mengapa begitu dangkal mereka ini berpolitik. Corak politik mereka tidak ubah sama seperti politik tahun 60-an. Malah zaman Tungku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein dilihat lebih terbuka.

Bagaimana negara kita ingin menjadi negara maju jika pemikiran pemimpin yang ada hari ini kolot, jumud, tertutup dan tidak cerdik. Orang luar mentertawakan sikap pemimpin kita yang pantang dikritik dan dinasihat seolah-olah mereka adalah maksum tanpa melakukan sebarang kesalahan.

Terbaru tokoh akademik tersohor iaitu Professor Abdul Aziz Bari menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan kuasa pemimpin BN. Tidak semena-mena Aziz dihukum dengan surat tunjuk sebab dan pergantungan kerja sehingga tidak dibenarkan masuk ke UIA dan pejabatnya. Apa erti semua ini/? Seorang ahli akademik yang terkenal sepatutnya diberi kebebasan untuk memberikan pandangan dalam ruang lingkup akademik dan kepakarannya. Namun semua itu tidak berlaku dalam negara kita. Sesiapa yang pemikirannya kritis dan tidak senada dengan kerajaan maka tunggulah saat dan ketikanya mereka diambil tindakan.

Si pembodek pula akan disanjung dan diberi penghormatan setinggi-tingginya walaupun dia hanya layak dipanggil Professor kangkung ........

Saya menyeru kepada pihak berkuasa supaya menarik balik tindakan ke atas Aziz Bari dan memohon maaf kepadanya. Jangan oleh kerana Aziz Bari tidak sehaluan beliau dikenakan dengan macam-macam tindakan. Tidak hairan selepas ini akan ada cadangan supaya 'title' Professor Aziz Bari ditarik balik ........

Plat Kereta RM99,000 dibeli atas AIR MATA RAKYAT

Tergamak seseorang menggunakan plat kereta MCC 1 dengan harga RM99,000. Siapalah gerangan insan yang 'berhati mulia' itu yang sanggup menghabiskan duit rakyat sebanyak itu semata-mata untuk mendapat plat yang 'macho' itu.

Tidak terfikirkah oleh insan tersebut bahawa dengan duit RM99,000 banyak perkara yang kita boleh lakukan. Antaranya membina rumah kos rendah untuk rakyat miskin; bantuan untuk anak-anak yatim; bantuan untuk fakir miskin, bantuan untuk pelajar dan macam-macam lagi.

Bayangkan berapa ramai rakyat yang fakir dan susah di dalam negeri ini yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ada yang rumah mereka hampir hendak roboh, tiris sana tiris sini bila hujan, ada anak-anak yang tidak dapat sekolah kerana kesempitan hidup dan masih ramai rakyat yang hidupnya di paras garis kemiskinan.

Ada anak-anak yang menangis kerana lapar, menangis tidak dapat ke sekolah dan sebagainya lantaran keluarga mereka miskin tiada wang.

Ada pekan-pekan dalam negeri Melaka yang kedai-kedainya menanti masa untuk roboh namun terpaksa digunakan oleh peniaga kerana tiada wang untuk dibuat baru.

Tapi mengapa ada insan yang sanggup menggunakan duit kerajaan untuk bermewah dan bermegah ke hulu ke hilir dengan plat MCC 1 yang tiada nilai tersebut. Apa manfaat plat itu kepada rakyat?????

Ikuti link ini untuk ulasan lain http://adlyzahari.blogspot.com/2011/10/siapa-punya-mcc1.html

Pensyarah di Malaysia hanya dibenar membodek


Pensyarah di Malaysia tidak boleh mengeluarkan apa juga kenyataan terbuka walaupun bersifat akademik. Mereka hanya dibenarkan membodek dan mengipas kerajaan yang ada. Jika kenyataan mereka dihidu berunsur negatif kepada kerajaan maka alamatlah Pensyarah itu disejukbeku atau terus diambil tindakan.


Inilah yang berlaku kepada pakar undang-undang yang juga Pensyarah UIAM, Professor Abdul Aziz Bari (gambar) yang dilaporkan digantung tugas serta dihalang dari memasuki UIAM.

Tidak hairan mengapa Universiti negara kita semakin merudum pencapaiannya di mata dunia kerana sibuk berpolitik dan mengipas pemerintah. Akhirnya dari sehari ke sehari ranking universiti-universiti kita jatuh merudum sehingga ranking ke 400 pun gagal diperolehi.


Media hari ini melaporkan bahawa Aziz bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab malah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas beliau sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Portal berita internet Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Murtad : Berapa Bajet yang BN peruntukkan untuk tanganinya?


Benarkah Umno ikhlas dan serius dalam menangani gejala murtad. Beberapa persoalan yang dilemparkan oleh Izzat Ghazali, UIAM dalam Harakah dan ditambah dengan soalan saya dibawah, mohon dijawab:

  • Apa tindakan yang kerajaan buat selepas pendedahan puluhan ribu umat Islam murtad yang dinyatakan oleh Mufti Perak?
  • Apakah undang-undang murtad yang bertepatan dengan Islam digubal oleh kerajaan untuk menangani isu ini?
  • Apakah tindakan yang dilakukan kerajaan untuk menyelamatkan Aisyah Bokhari, Lina Joy dan lain-lain?
  • Berapa banyak bajet dalam belanjawan diperuntukkan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan anak muda? 
  • Berapa program realiti yang menjarakkan manusia dengan nilai-nilai Islami dihentikan? Berapa konsert hiburan-hiburan yang berjaya dibatalkan?
  • Sejauh mana dakwah Islam benar-benar konsisten menyirami hati-hati gersang warga Islam di Malaysia? Berapa banyak gerakan dakwah dijana pada peringkat kerajaan? Cukupkah dengan sekadar penganjur Musabaqah Al-Quran saban tahun?
  • Dan, benarkah kita percaya, dengan Himpun, barah murtad bakal sembuh? Berapa ramai non-muslim akan kembali pada fitrah mereka, yakni Islam? 
  • Berapa ramai pula orang Islam yang sudah murtad akan insaf, dan bertaubat dengan pulang ke pangkuan Islam?


19 October 2011

Isu Cabul : Khairy pun TIDAK CERDIK sama taraf dengan PAPAGOMO

Ketua Pemuda Umno pun terikut-ikut dengan blog Umno yang lucah.

Khairy mesti tarik balik tuduhan kepada anak Guan Eng dan minta maaf kepada keluarga Guan Eng.

Jawatankuasa Disiplin Umno juga mesti mengambil tindakan terhadap Khairy dan Blogger yang membuat fitnah ini.

Jangan kita jadi ahli politik SEKS dan kaki PORNO.

Parti GERAKAN bakal berkubur

Parti Gerakan yang dipimpin oleh Koh Tsu Kon (gambar)  bakal berkubur tidak lama lagi. Melihat kepada perkembangan semasa dapat dilihat parti tersebut berada dalam keadaan kronik apabila ahli-ahli parti secara terbuka mengkritik Presidennya sendiri.

Bayangkan Presidennya sendiri iaitu Koh Tsu Kon dikritik oleh Ketua Wanita, pemimpin-pemimpin Kebangsaan, Bahagian dan akar umbi secara berdepan tanpa segan silu. Maknya penentangan itu berlaku secara terbuka. Malangnya politik Malaysia ini memang unik di mana pemimpin parti-parti komponen BN ini langsung tidak ada maruah termasuk Koh yang masih berdegil tidak mahu meletakkan jawatan.

Kalau di Jepun bukan sekadar letak jawatan, silap haribula gantung diri kerana malu. Namun Tsu Kon masih mampu senyum kambing dan tersengih dengan muka yang merah padam, untuk letakkan jawatan jauh panggang dari api.

Semalam Bernama melaporkan bahawa seorang pemimpin bahagian Gerakan di Kedah mengambil keputusan meninggalkan parti itu kerana tidak gembira dengan pucuk pimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Setiausaha penganjur Gerakan Kedah dan Ketua Bahagian Padang Serai, Tang Hiang Lye berkata beliau membuat keputusan itu kerana percaya Koh tidak berupaya membawa sebarang pembaharuan kepada parti dan kerajaan.

Kalaulah perkembangan ini berterusan tidak syak lagi satu lagi parti politik yang lama iaitu Gerakan akan masuk kubur dan muzium. Mungkin tidak sempat PRU 13.

Kepada pemimpin dan ahli Gerakan ayuh ramai-ramai sokong PR dan menyertai samada PAS, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), DAP ataupun PKR. Apa tunggu lama-lama .......!!!!

Malaysia jadi negara POLITIK SEKS

Malang sungguh bagi negara kita, di saat negara-negara lain jauh lebih matang, professional dan telus dalam politik mereka, Malaysia menjadi negara yang mengamalkan POLITIK SEKS. Apa nak jadi dengan negara kita. Bermula dengan fitnah liwat terhadap Anwar, diikuti dengan video adegan seks Presiden MCA, seterusnya kes liwat 2 Anwar, video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sehari dua ini isu ramas buah dada memfitnah anak Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pendek kata Malaysia menjadi negara POLITIK SEKS sesuatu yang sangat memalu dan memualkan. Sekarang ini jika kita melancong ke luar negara kita malu untuk mengaku dari Malaysia bimbang disampuk orang sebagai ...ooo negara POLITIK SEKS tu ya.

Mengapa ini terjadi? Bagi saya tidak lain tidak bukan kerana adanya golongan yang tamakkan kuasa walaupun rakyat sudah jelak dan muak dengan corak pemerintahan mereka. Malah pemimpin utama mereka tanpa segan silu membuat kenyataan bahawa Putrajaya akan dipertahankan dengan apa juga cara, maknanya tidak kisah samada ia HALAL atau HARAM dari segi undang-undang atau agama sekalipun.

Adakah ini negara bangsa yang mahu dibentuk oleh pemerintah sekarang sehingga menggadaikan maruah dan imej negara dan rakyat sendiri.

Inikah TRANFORMASI yang dilaung-laungkan.....TRANFORMASI dari sebuah negara yang bermaruah kepada negara yang mengamal dan mengagungkan POLITIK SEKS. Atau apakah pemimpin yang ada pada hari ini memang KAKI SEKS dan berOTAK SEKS sehingga berpolitik pun menggunakan SEKS untuk mencari pengaruh.

Inilah akibatnya bila rakyat khasnya umat Islam tidak mengambil agama sebagai landasan untuk memilih calon semasa pilihanraya. Mereka memilih calon kerana nafsu siapa beri duit, beri projek, beri benda orang itu yang disokong walaupun calon itu TIDAK BERAKHLAK, KAKI RASUAH, HIDUNG BELANG dan sebagainya. Sudah banyak bukti yang parti memerintah sekarang bergelumang dengan RASUAH, PENYALAHGUNAAN KUASA, SKANDAL dan sebagainya tetapi rakyat khususnya yang beragama Islam memejam mata dan memekakkan telinga memangkah calon parti yang memerintah sekarang.

Saya merayu dan menggesa rakyat Malaysia khasnya umat Islam supaya sedar dan insaf sampai bilakah kita ingin memberi kuasa kepada parti yang mengamalkan POLITIK SEKS, meminggirkan Islam dari pemerintahan, terpalit dengan rasuah dan segala 'mak nenek' keburukan dilakukan.

Mari sama-sama kita buat perubahan seperti mana kawan-kawan kita yang berbangsa Tionghua yang berani berubah demi masa depan negara dan anak cucu kita.

JAUHI POLITIK SEKS, RASUAH, MEMINGGIRKAN ISLAM..................AYUH BERUBAHLAH

18 October 2011

Bunuh Wanita vs Ramas Buah Dada


Riuh rendah sekelian juak-juak BN menuduh seorang budak lelaki meramas buah dada rakan sekolahnya. Budak lelaki itu pula dituduh sebagai anak kepada seorang pembesar negeri yang sudah tentu bukan negeri BN.


Namun suatu ketika dahulu tidak ada pula juak-juak BN ini beriya-iya mendesak supaya isu pembunuhan misteri perempuan asing disiasat secara telus dan adil. Sehingga kini walaupun pembunuhnya telah dijatukan hukuman, tetapi motif pembunuhan wanita itu masih menjadi tanda tanya. Apa sebab wanita asing itu dibunuh dengan kejam dan ngeri sehingga boleh dimasukkan dalam buku rekod Malaysia.

Mengapa dalam isu ramas buah dada yang didakwa dilakukan oleh budak lelaki ini mereka begitu serius sedangkan ianya tidak dibuktikan di mana-mana mahkamah pun. Kita tidak membela orang jahat, kalau betul dia meramas buah dada hukumlah budak itu. Hukumlah bekas menteri yang meraba punggung wanita suatu ketika dahulu, desaklah seorang pemimpin parti komponen BN agar meletakkan jawatan kerana sah mengaku berbuat jahat dengan seorang wanita dan videonya tersebar seantero dunia.

Mengapa mereka ini membuat gesaan ke atas kes-kes tertentu sahaja dan senyap sunyi jika ianya dilakukan oleh rakan-rakan dan kroni-kroni mereka.

PR Melaka sudah sedia ambil alih kerajaan Negeri

Pakatan Rakyat (PR) Negeri Melaka sudah bersedia untuk mengambilalih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Melaka dari BN jika rakyat memberikan mandat kepada mereka.

Dari barisan kepimpinan baru PAS, PKR dan DAP Melaka ternyata pimpinan yang ada jauh lebih layak dan berkarisma jika dibandingkan dengan pimpinan BN Melaka. Selain dari keterampilan, karisma, pendidikan dan ketrampilan pimpinan PR Melaka sudah pasti mempunyai integriti, bersih dan berakhlaq sebagaimana yang dibuktikan oleh pimpinan kerajaan PR di Kelantan, Kedah , Selangor dan Pulau Pinang.

Sebahagian besar pimpinan PR yang ada sekarang semua mempunyai pendidikan tinggi jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan pimpinan BN.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Adly Zahari, 40 tahun berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari UTM; Shamsul Iskandar Mohd Akin,38 tahun memegang Ijazah Undang-udang dari UIA manakala Goh Leong San, 44 tahun, Pengerusi DAP Negeri Melaka mempunyai Ijazah Sains Kimia dari USM.

Malah rata-rata pimpinan PAS Negeri berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah pertama dari IPTA dan luar negeri. Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek, 42 tahun, lulusan Universiti Al Azhar, Mesir; Timbalan Pesuruhjaya 2, Ustaz Mohd Nor Omar, 47 tahun (UKM), TPJ 3,Sofi Wahab, 43 tahun Ijazah Teknologi Industri (USM); Ketua Penerangan, Azrin Majid, 47 tahun, Ijazah Sarjana dari UKM;  Ketua Dewan Ulama, Ustaz Zulkifli Ismail, 44 tahun lulusan Universiti Al Azhar Mesir dan Dr Khatijah Jumangat, 55 tahun berkelulusan PhD dalam bidang Kimia.

Selain pimpinan tertinggi yang disebutkan di atas rata-rata AJK Perhubungan Negeri dan Kawasan berkelulusan Ijazah dan Diploma. Sebahagian lagi adalah bekas pesara kerajaan, swasta dan juga aktivis masyarakat yang dikenali dan disenangi ramai.

Kesemua mereka mempunyai pengalaman mentadbir samada sebagai Jurutera, Pensyarah, Guru dan sebagainya. Tidak syak lagi mereka sudah bersedia untuk menawarkan kepimpinan yang bersih dari rasuah, amanah, berakhlaq dan akan sentiasa memelihara wang rakyat dari pembaziran.

Cuba kita bandingkan dengan Ketua Menteri dan exco-exco kerajaan negeri yang ada pada hari ini. Bukan untuk memperlekehkan mereka tetapi itulah hakikatnya.

Apa yang penting PAS dan PR akan menawarkan sebuah kerajaan yang tidak akan mengamalkan rasuah, telus, professional, mengutamakan rakyat dan sebagainya.

Tidak syak lagi rakyat jangan sangsi dan gusar dengan kredibiliti, kebolehan dan pengalaman pemimpin PAS dan PR. Mereka sudah pasti dapat memimpin kerajaan Melaka jauh lebih baik dan telus serta beramanah jika dibandingkan dengan kepimpinan BN.

Oleh itu saya menyeru seluruh rakyat negeri Melaka supaya bangkit membuat perubahan menukarkan kerajaan negeri yang ada pada hari ini yang terbukti terlibat dengan rasuah (Ketua Menteri sendiri disabitkan dengan rasuah), tidak berkelulusan tinggi dan hanya mementingkan diri dengan mengumpulkan kekayaan untuk diri masing-masing.

UMNO TAYANG VIDEO LUCAH PADA KAKITANGAN KERAJAAN


Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan Umno dan BN Perak dilihat kian terdesak apabila bertindak menggunakan program rasmi kerajaan untuk menayangkan video lucah bertujuan untuk mengaibkan pemimpin tertentu, sekaligus untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

Beliau menyatakan tindakan saperti ini jelas menunjukkan pemimpin UMNO tidak bermoral apabila menayang Video Lucah mirip Anwar Ibrahim dalam majlis penerangan perdana anjuran kerajaan Negeri Perak di dewan Jubli Perak Kuala Kangsar baru-baru ini.

Majlis atas nama Taklimat Perdana dihadiri pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru, ketua-ketua kampung dan ramai lagi. Pemimpin UMNO yg hadir antaranya Naib Presiden UMNO Shafie Afdhal, Ketua Penerangannya Ahmad Maslan , Husni Hanadzlah dan juga  Zambry Abdul Kadir.

Memetik ucapan beliau, "PAS Perak kesal majlis rasmi kerajaan yg sepatutnya digunakan untuk menerangkan bajet negara atau yang berkaitan dengan polisi kerajaan sebaliknya digunakan oleh UMNO untuk memfitnah Pakatan Rakyat, dan yg paling jejek menayangkan video lucah".

Menurut beliau PAS Perak mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas UMNO yang menggunakan majlis dan premis kerajaan untuk menayangkan video lucah tersebut.

PAS mensifatkan UMNO dan pemimpinnya adalah parti yang tidak bermaruah, tidak bertamadun apabila sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka, katanya.

Sehubungan itu beliau menyifatkan Umno sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa.

"Rakyat perlu menolak parti dan pemimpin UMNO yang tidak ada harga diri dalam pilihanraya umum ke 13 nanti," ujar beliau.

Siapakah PEREMPUAN yang 'POWER' ini?

Siapakah gerangan perempuan 'power' ini yang sangat dikagumi oleh pembesar negara dan sekelian kaki pembodeknya.

Semalam apabila Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato Seri Muhammad Nizar menegur sikap seorang wanita yang tidak menutup aurat di Parlimen,  bergegas bangun kaki pembodek membela wanita 'power' ini.

Sedangkan Datuk Seri Nizar ingin memberi nasihat kepada wanita itu supaya menutup aurat takut nanti sekelian hamba rakyat akan mengikut sikap wanita ini yang tidak menutup aurat.

Menurut Dato Seri Nizar kalau wanita itu tidak dikenali dan bukan 'Public Figure' beliau tidak 'hingin' hendak memberi nasihat atau teguran, tetapi katanya wanita ini berpengaruh dan ditakuti menjadi ikutan wanita-wanita di negara kita.

Ahli-Ahli Parlimen yang membodeknya bukan main hebat mempertahankan wanita ini, bukannya mereka hendak beri nasihat kepada wanita yang mereka takuti ini,  malah mencemuh Nizar pula. Inilah bahayanya sikap membodek membuta tuli.yang akhirnya tidak tahu yang mana HALAL yang mana HARAM.

Hutang cecah RM1 triliion : Semua rakyat Malaysia KENA LELONG

azlanHutang negara dijangka meningkat sehingga RM1 triliion menjelang 2020 jika inilah trend pemerintah hari ini yang gagal menguruskan ekonomi dan kewangan negara dengan baik. Kerajaan hari ini begitu boros, berbelanja tanpa berhemah dan suka melaksanakan projek mega tanpa membuat analisis yang jitu. Selain itu perangai pemimpin yang suka bermegah, syok sendiri, rasuah dan menyalahgunakan kuasa menyebabkan wang negara hilang dan tiris puluhan bilion setahun.

Akibatnya rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang dan jika di zaman dahulu sudah tentu kita semua akan dilelong seperti cerita P Ramlee.

Media hari ini melaporkan bahawa sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).

Senario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh "berkecai" melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.

Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalahlebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.

Jalan tar : Kerajaan diskriminasikan rakyat


Bukit Katil : Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang tidak menurap jalan sehingga ke penghujung di Jalan Demang Hussin, Bukit Katil.

 "Adakah kerana berbeza parti politik, hak rakyat perlu dinafikan semata-mata kerana  dikatakan tidak menyokong  parti pemerintah yang ada sekarang. Adakah jalan raya hanya wujud jika UMNO/BN memerintah? "

"Di negara komunis seperti China sekali pun tetap ada jalan raya walhal tidak diperintah oleh UMNO. UMNO tidak ada di negara China tetapi keperluan rakyat sentiasa disediakan." soal Yusof ditemui di lokasi jalan tersebut yang terletak kira-kira 100 meter dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Bukit Katil.

Yusof hairan Mengapa perlu ada jurang pemisah yang menjadikan rakyat sebagai mangsa akibat politik sempit pihak UMNO/BN sedangkan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik membayar cukai dan berhak mendapat layanan sama rata dari kerajaan.

"Tahukah UMNO/BN membezakan apa itu kerajaan dan parti? Akibat tidak faham istilah parti, maka UMNO/BN menjadikan kerajaan itu milik mereka. Urusan parti dengan kerajaan mereka telah campur adukkan seperti yang berlaku sebelum ini dalam laman sesawang kerajaan Negeri Melaka yang mana telah 'menghilangkan' lima ADUN DAP dari laman sesawang tersebut namun dimasukkan semula setelah isu ini heboh diperkatakan dalam media."

"Jika benar-benar UMNO/BN mahu menolong rakyat, maka mereka mesti adil supaya rakyat yang menyokong BN atau PR mendapat pembelaan yang sewajarnya dan tidak timbul isu mementingkan kroni semata-mata." tegas Yusof

Seorang penduduk, Zahari B. Hashim, 65, berkata keadaan ini sepatutnya tidak patut berlaku memandangkan ia  adalah laluan utama kepada penduduk di Jalan Demang Husin ini. 

"Tidak kira dia menyokong kerajaan atau pembangkang dan yang penting kerajaan perlu bertindak dengan adil kepada rakyat agar menikmati kemudahan yang sama rata dan tidak ada diskriminasi politik." kata Zahari.

Ribut : PAS Melaka seru orang ramai beri bantuan

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka  menyeru orang ramai agar menghulurkan derma kepada mangsa-mangsa ribut yang melanda Krubong semalam.


Beberapa buah rumah rosak terus sehingga ada di antaranya tercabut keseluruhan atap.


Bantuan dan derma boleh disalurkan kepada PAS Negeri melalui no akaun 
040 150 100 108 10 Bank Islam Malaysia Berhad.


Dalam kejadian semalam beberapa tempat lain juga dilanda ribut yang sama antaranya Gangsa dan Alor Gajah.

Gambar di sebelah menunjukkan keadaan atap rumah Arshad Abdullah, 53 tahun yang tinggal di Krubong.

Banjir : Kerajaan negeri jangan lepas tangan



Bukit Katil : Penyelia Dun Bukir Baru, Yusof  Wahab mengharapkan kerajaan negeri dan MajlisPerbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dapat menyelesaikan segera.masalah banjir yang sering dialami di Kampung Tun Razak dekat sini.

Yusof berkata isu banjir di kawasan itu bukan isu baru malah ianya telah berlaku bertahun tanpa penyelesaian yang konkrit lebih-lebih lagi selepas pembangunan pesat tidak terancang di kawasan tersebut.

Dalam tinjauan beliau di Kampung Tun Razak Fasal 2, seorang penduduk, Ali Johari , 44 memberitahu bahawa beliau sering mengalami 'trauma''  setiap kali hujan turun.

Ali yang tinggal di alamat 3156 di Jalan Wakaf Utama 6 iaitu Ali B Johari sentiasa berdepan dengan masalah banjir kilat setiap kali hujan lebat turun, 

"Banjir ini melanda rumah saya setelah lebih 4 tahun menetap di sini, kerajaan negeri dan majlis semacam lepas tangan, yang menjadi mangsa ialah saya dan keluarga" ujar Ali kesal.

Ali berkata Kejadian banjir kilat ini berlaku setelah beliau membeli tanah pada tahun 2003 dengan harga RM55,000 dan jumlah keseluruhan termasuk tambak adalah sekitar RM70,000. 

Menurutnya pada tahun 2005, beliau mendirikan rumah dengan membuat pinjaman perumahan berjumlah RM79,000. Semenjak beliau membeli tanah, tiada apa-apa yang berlaku dan sehinggalah masuk 2007 banjir kilat sering berlaku

Yusof menggesa kerajaan negeri supaya menyelesaikan masalah ini seberapa segera bagi meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung oleh Ali Johari.

"Kerajaan negeri dan Majlis jangan berlepas tangan dalam hal ini kerana memang menjadi tanggungjawab mereka memastikan kesejahteraan rakyat".

"Pihak terbabit mesti mencari punca berlakunya banjir tersebut, mungkin disebabkan sistem perparitan yang tidak betul, tersumbat dan sebagainya" tambah Yusof.

17 October 2011

KM Pulau Pinang : Umno terus DIPERKUDA oleh Gerakan

Umno sering menuduh PAS diperkudakan DAP dalam Pakatan Rakyat. Namun yang pasti Umno telah diperkudakan oleh Gerakan sejak puluhan tahun.

Bukankah Umno telah beberapa penggal menjadi parti yang paing banyak kerusi di Dun Pulau  Pinang. Tetapi Umno terus DIPERKUDAKAN oleh Gerakan di mana Gerakan terus menjadi Ketua Menteri, paling akhir penggal 2004-2008 di mana Koh Tsu Kon menjadi Ketua Menteri.

Umno tidak berani menuntut kerusi Ketua Menteri kerana takut kepada Gerakan dan MCA.

Semalam Pengerusi BN, Najib Razak sekali lagi membuka pekong Umno apabila sanggup diperkudakan Gerakan dan MCA. Kata Najib, Umno tidak akan menuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang, maknanya Umno akan terus menjadi KUDA TUNGGANGAN Gerakan dan MCA. Jadi sekarang ini siapa DIPERKUDAKAN siapa.

Yang pasti Umno DIPERKUDAKAN Gerakan/MCA

Siapa GANTI NIK AZIZ, AZIZAN, GUAN ENG dan KHALID jika BN menang.



Barisan Nasional (BN) seharusnya mengumumkan nama-nama calon alternatif bagi jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, kata Lim Guan Eng hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas jaminan Najib Razak kepada Gerakan bahawa parti itu tetap akan mengekalkan tampuk kepimpinan apabila BN menawan balik negeri tersebut.
Saya menyokong penuh saranan Guan Eng supaya rakyat tahu siapa pengganti ketua-ketua kerajaan negeri tersebut.
Siapa yang ganti Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dari BN, siapa yang ganti Ustaz Azizan di Kedah, siapa yang ganti Tan Sri Khalid di Selangor dan Guan Eng di Pulau Pinang andai BN merampas kerajaan-kerajaan negeri tersebut.
Rakyat ingin tahu samada calon-calon pengganti Menteri Besar dan Ketua Menteri dari BN lebih baik, berkakhlaq dan berilmu dari Menteri Besar dan Ketua Menteri PR.
Adakah Mustapha Mohamad lebih baik dari Tok Guru Nik Abdul Aziz, adakah Ahmad Bashah lebih baik dari Ustaz Azizan, adakah Satim Diman lebih baik dari Tan Sri Khalid dan Koh Tsu Kon lebih baik dari Guan Eng.
Dari nama-nama di atas saya yakin rakyat lebih kenal siapa Mustapha Mohamad, Bashah, Satim dan Tsu Kon. Bagi saya tidak perlulah calon Ketua-ketua Negeri dari BN itu dicadangkan kerana rakyat sudah amat kenal calon-calon mereka itu.

Najib JANGAN TAKUT berdebat

NONE
Sebagai seorang bakal negarawan, Perdana Menteri, Najib Razak mesti menyahut cabaran Anwar untuk berdebat dengannya. Masing-masing mesti berani berhadapan dengan rakyat dengan hujah dan perancangan masa depan.

Masing-masing ada bajet sendiri, alangkah eloknya jika Najib dan Anwar berdebat dan berbincang secara formal di hadapan rakyat melalui siaran terus menerus di televisyen.

Untuk melayakkan diri menjadi negarawan,  Najib sepatutnya berani berhadapan dan berlawan hujah dengan sesiapapun.


Hari ini Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kesekian kalinya mencabar perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat "pada bila-bila masa.".


Kali ini, Anwar mahu peluang berdebat untuk menerangkan kepada Najib dasar Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan juga bajet bayangan yang ditawarkannya."Saya usulkan untuk bantu rakyat terdedah kepada dua-dua dasar kerajaan BN dan pakatan, saya ulangi gesaan untuk adakan debat terbuka," katanya.

Beliau juga mahu berdebat kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Najib semalam yang menyifatkan bajet oleh Pakatan sebagai "belanjawan republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat." kata Anwar.

Ribut di Krubong, bantuan segera diperlukan

Kejadian ribut sebentar tadi menyebabkan banyak rumah rosak di sekitar Krubong. Jadi kita mohon bantuan dari tuan-tuan semua. Bantuan boleh disalurkan melalui akaun PAS Negeri. Sila ke blog http://pasmelaka.blogspot.com

Isu Beng Hock : Mengapa Pegawai SPRM tidak didakwa?

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mempertikaikan mengapa pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam menyoal Teoh Beng Hock pada hari kematiannya tidak didakwa sehingga kini sedangkan kematian Beng Hock ada kaitan dengan penyiasatan tersebut.

Menurur Kit Siang, pegawai-pegawai itu dibiarkan bebas bertugas sehingga sekarang, cuma mereka tidak dibenarkan menjalankan tugas menyiasat.

Kit Siang juga menggesa pihak berkaitan juga diheret kerana menurutnya terdapat pihak-pihak tertentu yang bertindak menyembunyikan bukti-bukti terhadap kematian Beng Hock.

Penasihat DAP itu berkata demikian ketika bangun membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Siapa derhaka kepada Raja?

Siapa yang derhaka kepada Raja?

  • Rakyat Malaysia sudah tentu sedar dan ingat siapa yang meminda perlembagaan negara menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu pada era 90-an.
  • Rakyat Malaysia khasnya rakyat Kelantan tentu masih ingat siapa yang menabalkan kerabat diraja Kelantan menjadi Sultan Kelantan di bawah pokok.
  • Rakyat Malaysua tentu masih ingat siapa yang membongkar segala keburukan Raja-Raja Melayu semasa isu pindaan perlembagaan negara mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.
Mengapa orang yang bertanggungjawab kepada perkara di atas tidak dihukum hingga kini namun Aziz Bari pula dipersalahkan.

Calon boleh menang atau calon kroni Presiden Umno?

Presiden Umno, Najib Razak sering melaung-laungkan bahawa calon Umno yang akan diturunkan pada PRU 13 nanti adalah calon boleh menang (winnable). Pelbagai kriteria dan sifat calon digariskan oleh Presiden Umno. Namun kita tidak nampak ciri-ciri yang digariskan Islam dititik beratkan. 

Sepatutnya Presiden Umno meletakkan pegangan agama, integriti, ahklaq, peribadi baik dan berilmu sebagai ciri-ciri utama bakal calon Umno. Tidak ada gunanya meletakkan calon boleh menang jika dia seorang kaki rasuah, kaki betina dan kaki segala kaki. Mungkin seseorang itu boleh dikatakan calon boleh menang oleh Presiden Umno hanya kerana duit banyak, hubungan dengan orang kampung baik sedangkan beliau seorang perasuah dan sebagainya.

Sebagai contoh Isa Samad dan Ali Rustam adalah calon boleh menang tetapi semua orang tahu mereka kaki rasuah, semua orang tahu kedua-duanya disabitkan kesalahan rasuah ketika pemilihan Umno. Apa gunanya meletakkan calon seperti ini kerana ianya sudah tentu membuktikan bahawa Umno sebenarnya MESRA RASUAH dan tidak bermaruah meletakkan kaki rasuah sebagai calon mereka.

Rakyat sepatutnya berfikir dalam hal ini. Jangan kita melihat seseorang calon itu selalu balik kampung, mesra dan sebagainya tetapi yang penting kita mesti menyelidiki seseorang calon itu dari segi agama, integriti, akhlaq dan rekod peribadinya. Takut nanti 'body' tergadai kerana budi.

16 October 2011

Bukan 35 tetapi 3500 ahli PAS masuk Umno

Media melaporkan bahawa seramai 35 bekas anggota PAS cawangan Kampung Baru Lembah Gula, Padang Sanai di Kuala Nerang menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Umno, hari ini.

Bekas anggota PAS itu adalah antara 65 orang yang menyerahkan borang keahlian baru untuk menyertai Umno di Kampung Baru Padang Chendering, Padang Sanai.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Ghazali Ibrahim yang menerima borang keahlian baru itu, berkata bekas anggota PAS itu menyertai Umno kerana mereka sedar hanya BN yang mampu membela nasib rakyat.



Kalau kita percaya dengan lakonan Umno ini nescaya PAS sudah lama bungkus dan tidak ujud lagi di bumi Malaysia ini. PAS sudah lama masuk muzium lebih awal dari Umno yang masuk muzium pada tahun 1988. Umno hari ini adalah Umno Baru bukan Umno asal.


Kalau tidak teliti balik sejarah kemasukan ahli PAS ke dalam Umno sejak dari dulu sudah pasti PAS sudah lama berkubur bukan sahaja di Melaka malah di Kelantan sekalipun. Yang tinggal hanya Tok Guru Nik Abdul Aziz sahaja di Kelantan yang lain semua masuk Umno. Sebab saban minggu akan ada orang PAS masuk Umno. Tetapi bila diselidiki kebanyakan yang masuk Umno itu adalah orang Umno sendiri atau orang yang tidak berparti.


Jadi habis sekelian pembesar Umno termasuk Najib kena tipu dek orang Umno sendiri. Mereka berbuat demikian (mengaku orang PAS masuk Umno) kerana diupah dengan duit dan habuan tertentu. Habis satu 'Malaya' kena kelengtong dan tipu.


Sepatutnya laporan di atas dinyatakan jumlahnya 3,500 orang bukan 35 orang baru sedap sedikit kena membacanya. Jadi kalau hendak menipu biarlah betul-betul menipu sebab dosa menipu sama sahaja 35 orang atau 3,500 orang. Alang-alang menipu biarlah menipu besar .....biar ternganga Najib, Muhyiddin dan Ahmad Bashah membacanya.

Warganegara : Hishamuddin jangan beri alasan BODOH

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein berkata kementeriannya akan mendedahkan nama ahli keluarga pimpinan yang mendapat kerakyatan Malaysia.

Nampaknya Hishamuddin sengaja mencari alasan dan memesongkan berita. Persoalan yang ditimbulkan oleh pimpinan PR dan rakyat ialah pemberian taraf kewarganegaraan kepada sejumlah PATI yang begitu ramai dengan proses yang meragukan dan cepat.

Kita tidak kisah jika taraf kewarganegaraan itu diberi kepada sesiapa sahaja asalkan ianya mengikut prosedur dan proses yang betul tanpa manipulasi dan proses yang meragukan.

Hishamuddin jangan cuba memperbodohkan rakyat dengan alasan-alasan yang tidak boleh diterima akal. Ini bukan soal kepada siapa kerakyatan itu diberi tetapi ini soal kedaulatan negara yang digadaikan pihak tertentu. Hishamuddin sepatutnya memberikan jawapan yang konkrit, telus dan professional bukannya jawapan seperti budak-budak hingusan.

Kerajaan pusat tak malu berhutang RM9.4bilion kpd Kelantan

Kerajaan Pusat pimpinan Umno/BN berhutang RM9.4bilion kepada kerajaan Kelantan. Memang muka tidak malu 'bapa' berhutang dengan 'anak'.

Naib Presiden PAS, Husam Musa berkata anggaran hutang tersebut merangkumi RM7bilion royalti minyak dan RM2.4bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.

'Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini" katanya semasa berucap  pada program Forum Rakyat di Balai Islam,Kota Baharu semalam.

Beranikah Tsu Kon lawan Guan Eng

Tiga perwakilan Gerakan semalam menggesa presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding di Pulau Pinang kerana ia berkaitan dengan maruah parti tersebut.

Berucap di Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-40 tengah hari semalam, wakil Johor Teng Koh Keng menggesa presiden parti itu berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di kerusi Parlimen Bagan dalam pilihan raya umum akan datang.



Soalnya sekarang, beranikah Tsu Kon bertanding di Bagan menentang Guan Eng. Pertarungan hidup mati hampir pasti menyaksikan Tsu Kon bungkus dan terus bersara dari politik. Sebab itu Tsu Kon berdiam diri tidak berani menerima cadangan perwakilan tersebut. Malah sehingga kini Tsu Kon tidak juga menyatakan kerusi mana yang beliau akan tandingi pada PRU 13 nanti.


Bagi saya elok rasanya Tsu Kon bersara terus dari politik jika beliau ada maruah dan harga diri. Bukan sekarang beliau sepatutnya berhenti malah sepatutnya sebaik sahaja beliau tewas pada PRU 12 beliau terus bersara. Tetapi inilah pemimpin BN yang sememangnya tiada maruah dan harga diri sudah kalah pun masih meneruskan karier politik mereka.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter