Banjir : Kerajaan negeri jangan lepas tangan



Bukit Katil : Penyelia Dun Bukir Baru, Yusof  Wahab mengharapkan kerajaan negeri dan MajlisPerbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dapat menyelesaikan segera.masalah banjir yang sering dialami di Kampung Tun Razak dekat sini.

Yusof berkata isu banjir di kawasan itu bukan isu baru malah ianya telah berlaku bertahun tanpa penyelesaian yang konkrit lebih-lebih lagi selepas pembangunan pesat tidak terancang di kawasan tersebut.

Dalam tinjauan beliau di Kampung Tun Razak Fasal 2, seorang penduduk, Ali Johari , 44 memberitahu bahawa beliau sering mengalami 'trauma''  setiap kali hujan turun.

Ali yang tinggal di alamat 3156 di Jalan Wakaf Utama 6 iaitu Ali B Johari sentiasa berdepan dengan masalah banjir kilat setiap kali hujan lebat turun, 

"Banjir ini melanda rumah saya setelah lebih 4 tahun menetap di sini, kerajaan negeri dan majlis semacam lepas tangan, yang menjadi mangsa ialah saya dan keluarga" ujar Ali kesal.

Ali berkata Kejadian banjir kilat ini berlaku setelah beliau membeli tanah pada tahun 2003 dengan harga RM55,000 dan jumlah keseluruhan termasuk tambak adalah sekitar RM70,000. 

Menurutnya pada tahun 2005, beliau mendirikan rumah dengan membuat pinjaman perumahan berjumlah RM79,000. Semenjak beliau membeli tanah, tiada apa-apa yang berlaku dan sehinggalah masuk 2007 banjir kilat sering berlaku

Yusof menggesa kerajaan negeri supaya menyelesaikan masalah ini seberapa segera bagi meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung oleh Ali Johari.

"Kerajaan negeri dan Majlis jangan berlepas tangan dalam hal ini kerana memang menjadi tanggungjawab mereka memastikan kesejahteraan rakyat".

"Pihak terbabit mesti mencari punca berlakunya banjir tersebut, mungkin disebabkan sistem perparitan yang tidak betul, tersumbat dan sebagainya" tambah Yusof.

Comments