'Title' Professor Aziz Bari kena tarik?????


Sampai bilakah negara kita akan terus mengamalkan politik barbarian dan kuku besi. Walaupun setiap detik pemimpin negara melaung-laungkan perkata transformasi dari semua segi namun hakikatnya ia hanyalah menanam tebu dibibir mulut.


Semakin rancak mereka 'berzikir' dengan perkataan transformasi bagi semakin galak mereka menggunakan kuasa untuk menekan dan menzalimi rakyat tidak kira golongan mana sekalipun. Suara rakyat yang dibenarkan hanyalah berupa pujian, bodekan dan ampu sahaja. Jika ada suara-suara yang berbentuk nasihat, kritikan membina dan pendapat yang bertentangan dengan mereka silap hari bulan tuan punya suara itu akan dikenakan tindakan samada secara halus malah mungkin tindaka yang diluar dugaan.

Kadang-kadang kita sendiri tidak terfikir mengapa begitu dangkal mereka ini berpolitik. Corak politik mereka tidak ubah sama seperti politik tahun 60-an. Malah zaman Tungku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein dilihat lebih terbuka.

Bagaimana negara kita ingin menjadi negara maju jika pemikiran pemimpin yang ada hari ini kolot, jumud, tertutup dan tidak cerdik. Orang luar mentertawakan sikap pemimpin kita yang pantang dikritik dan dinasihat seolah-olah mereka adalah maksum tanpa melakukan sebarang kesalahan.

Terbaru tokoh akademik tersohor iaitu Professor Abdul Aziz Bari menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan kuasa pemimpin BN. Tidak semena-mena Aziz dihukum dengan surat tunjuk sebab dan pergantungan kerja sehingga tidak dibenarkan masuk ke UIA dan pejabatnya. Apa erti semua ini/? Seorang ahli akademik yang terkenal sepatutnya diberi kebebasan untuk memberikan pandangan dalam ruang lingkup akademik dan kepakarannya. Namun semua itu tidak berlaku dalam negara kita. Sesiapa yang pemikirannya kritis dan tidak senada dengan kerajaan maka tunggulah saat dan ketikanya mereka diambil tindakan.

Si pembodek pula akan disanjung dan diberi penghormatan setinggi-tingginya walaupun dia hanya layak dipanggil Professor kangkung ........

Saya menyeru kepada pihak berkuasa supaya menarik balik tindakan ke atas Aziz Bari dan memohon maaf kepadanya. Jangan oleh kerana Aziz Bari tidak sehaluan beliau dikenakan dengan macam-macam tindakan. Tidak hairan selepas ini akan ada cadangan supaya 'title' Professor Aziz Bari ditarik balik ........

Comments