Barisan Nasional (BN) seharusnya mengumumkan nama-nama calon alternatif bagi jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, kata Lim Guan Eng hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas jaminan Najib Razak kepada Gerakan bahawa parti itu tetap akan mengekalkan tampuk kepimpinan apabila BN menawan balik negeri tersebut.
Saya menyokong penuh saranan Guan Eng supaya rakyat tahu siapa pengganti ketua-ketua kerajaan negeri tersebut.
Siapa yang ganti Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dari BN, siapa yang ganti Ustaz Azizan di Kedah, siapa yang ganti Tan Sri Khalid di Selangor dan Guan Eng di Pulau Pinang andai BN merampas kerajaan-kerajaan negeri tersebut.
Rakyat ingin tahu samada calon-calon pengganti Menteri Besar dan Ketua Menteri dari BN lebih baik, berkakhlaq dan berilmu dari Menteri Besar dan Ketua Menteri PR.
Adakah Mustapha Mohamad lebih baik dari Tok Guru Nik Abdul Aziz, adakah Ahmad Bashah lebih baik dari Ustaz Azizan, adakah Satim Diman lebih baik dari Tan Sri Khalid dan Koh Tsu Kon lebih baik dari Guan Eng.
Dari nama-nama di atas saya yakin rakyat lebih kenal siapa Mustapha Mohamad, Bashah, Satim dan Tsu Kon. Bagi saya tidak perlulah calon Ketua-ketua Negeri dari BN itu dicadangkan kerana rakyat sudah amat kenal calon-calon mereka itu.
Comments