30 Ahli PKR KELUAR PARTI : Ketua Ranting PKR nafikan?


Sebuah media hari ini melaporkan bahawa 30 ahli PKR Ranting Bukit Piatu Parlimen Bukit Katil bertindak membubarkan ranting tersebut dan bertindak menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.


Dalam laporan itu, Bekas Ketua Ranting PKR Bukit Piatu, Md Said Abu berkata mereka sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR yang tidak menjaga kebajikan ahli.

Gambar di atas juga menunjukkan bahawa bekas Ketua PAS Cawangan Bukit Piatu, Cikgu Abdul Samad Mamat juga ada bersama-sama dengan Mohd Ali dan Md Said. Ramai yang menghubungi saya meminta penjelasan tentang kedudukan Cikgu Samad, apakah beliau juga turut sama menyertai Umno.

Malam tadi Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ramli Dalip telah bertemu sendiri dengan kedua-dua bekas pemimpin Cawangan PAS dan Ranting PKR Piatu. Kedua-dua mereka iaitu Cikgu Samad dan Md Said menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka telah menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Mohd Ali.

Ramli berkata dalam pertemudan tersebut, Md Said menyatakan bahawa beliau hanya membubarkan Ranting PKR Bukit Piatu tetapi tidak sama sekali menyertai Umno. 

"Gambar itu diambil semasa satu majlis yang melibatkan NGO bukannya majlis Umno atau majlis penyerahan borang Umno".

"Cikgu Samad juga menafikan beliau menyertai Umno dan beliau masih aktif membantu Penyelia PAS Dun Kuala Linggi".

Ramli berkata tindakan media itu menyiarkan berita tersebut adalah berniat jahat dan cuba memburur-burukkan PAS dan PKR khususnya di Bukit Piatu dan Parlimen Bukit Katil.

Beliau menggesa media tersebut membuat penafian akan berita tersebut.

"Kita menyelidik berita tersebut sebelum menyiarkannya kepada umum, ianya memberikan impak yang besar kepada imej individu yang ditunjukkan dalam gambar tersebut" jelas Ramli.

Comments

Anonymous said…
mad said abu/cikgu samad mamat apa tujuaan dia bubar ranting pkr?puak2 ni dah jelas munafiq,apa dia cakap dekat tv 1 malam tadi satu malaysia dengar,berhati2lah orang PR dengan dua orang mangkok ni.
Anonymous said…
mad said abu/cikgu samad mamat apa tujuaan dia bubar ranting pkr?puak2 ni dah jelas munafiq,apa dia cakap dekat tv 1 malam tadi satu malaysia dengar,berhati2lah orang PR dengan dua orang mangkok ni.
tertipulah said…
mangkok hayun dua ekor ni boleh pakai ke cakap mereka ni,satu malaysia tahu apa mereka cakap di tv satu semalam,ni nafi pulak, apa tujuaan mereka bersama ali ketam tu,berhatilah wahai penyokong PR dengan mangkok hayun ni.