.

.

11 May 2015

SURUH JAGA TABUNG ......

Suruh jaga Tabung, duit tabung pun lesap,
Suruh jaga Tabung, duit tabung dibuat macam duit sendiri
Suruh jaga Tabung, duit tabung macam harta pusaka mereka
Suruh jaga Tabung, duit tabung lama-lama licin licau

Suruh jaga Tabung, Dia nak jaga sampai bila-bila
Suruh jaga Tabung, Dia memang suka
Suruh jaga Tabung, Pantang Lepa Dia nak kerjakan
Suruh jaga Tabung, Tengok Kiri Kanan dia buat kerja

Suruh jaga Tabung, Dia memang bernafsu
Suruh jaga Tabung, pantang tawar terus terpa
Suruh jaga Tabung, orang tak suka dia muka tebal
Suruh jaga Tabung, habis duit penabung

PANTUN RAKYAT TERANIAYA

Pagi-pagi pergi ke kedai
Makan nasi berkuah garam
Bukan rakyat pandai memandai
Makin sehari makin geram
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Makin sehari makin senak
Masa depan tiada ketentuan
Dagang Pak Malau Dagang Merempat
Dagang Hamba Tiada tujuan
Hidup Rakyat Makin Tenat
Barang Mahal Tiada Kawalan
Pagi Hari Merenung Sayu
Masa Hadapan Belum Tentu
Apakah Malang Hidup Melayu
Tanah Tergadai Agama pun Layu

Beli Tanah Harganya Murah
Jual Tanah Harga Mahal
Rakyat Ditipu Tapi Tak Marah
Kena Sembelih Lepas Dijual
Tabung Haji Duit Rakyat
Bukan Duit Mak Bapak Mereka
Hidup Di Dunia jangan Khianat
Doa Rakyat DimakbulkanNYa

# Gambar sekadar hiasan
Mutaligat,
1.10 pm
Pengkalan Jaya Bukit Katil

PEMIMPIN ISLAM MESTI KOMITED DAN TAHAN UJI.

Pemimpin Islam ialah pemimpin yang baik akhlaqnya, hebat ilmunya, sederhana kehidupannya, jelas aqidah dan fikrahnya serta tahan ujian.

Kita bersyukur kerana mempunyai pemimpin-pemimpin yang baik akhlaq dan keperibadian serta terbukti tahan diuji. Mereka dilihat tidak bermewah-mewah, tidak kaya-raya, tidak sombong, mudah diterima oleh semua lapisan rakyat dan yang lebih penting tahan dengan ujian kemewahan, ujian tekanan dan hukuman dari penguasa yang zalim.

Sudah ramai pimpinan PAS yang hanyut dan menjadi golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah kerana tidak tahan dengan ujian. Ketahanan terhadap ujian ini amat penting kerana ada orang yang sanggup menjual aqidah perjuangan, menjual maruah dan pengagangan hanya kerana tidak tahan ujian. 

Ujian-ujian yang sering dilalui oleh para pejuang ialah dibunuh, dipenjara, dibuang daerah, dinafikan hak, ditukar ke sana ke mari dan macam-macam lagi. Ramai pimpinan-pimpinan kita yang tahan ujian ini namun ramai juga yang rebah longlai lantaran tidak tahan diuji. 

Sebab itulah kita perlu memilih pemimpin yang  bukan sahaja hebat dari semua segi tetapi belum tentu mampu untuk menghadapi ujian hebat di persada perjuangan. Ada yang bila keluar dari ISA menjadi 'gelong', sasau dan terbalik fikrahnya. Ada yang bila diuji dengan sedikit ujian mula gelabah dan beralih arah.

Hari ini kita lihat ada pimpinan yang bermewah-mewah, dilihat kaya-raya dari segi kehidupannya sedangkan bila melihat pimpinan-pimpinan yang terdahulu mereka begitu dhaif, miskin dan tidak bermewah-mewah. Malah ada di kalangan pimpinan yang bila tidak dipilih semasa proses pemilihan mula menjauhkan diri dari perjuangan, bukan itu sahaja berani mengeluarkan kenyataan yang dilihat tidak menguntungkan jemaah. Apakah ini sifat seorang pimpinan yang tahan uji.??

Jadi mari sama-sama kita melihat dan muhasabah diri kita .....pemimpin boleh datang dan pergi tetapi kesilapan kita memilih pimpinan buruk padahnya kepada perjuangan Islam kita.

ISLAM DIPERTAHANKAN, PR DIPERKUKUHKAN

PR menang di  Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang PR memerintah Selangor dengan menjalankan program-program yang jelas lebih baik dari BN.

Paling menarik dan menginsafkan ialah keterbukaan masjid-masjid di ketiga-tiga negeri membenarkan masjid diimarahkan dengan kuliah-kuliah, tazkirah dan pelbagai aktiviti tanpa dipengaruhi kuasa politik seperti yang berlaku ketika di bawah pemerintahan BN.

Inilah antara faktor penting yang menyebabkan rakyat khususnya umat Islam semakin memahami Islam yang syumul dan terbuka hati untuk menyokong perjuangan Islam PAS dan perjuangan keadilan yang di bawa oleh PR.

Ustaz-ustaz dan Alim Ulama bebas menyampaikan tazkirah, khutbah dan kuliah-kuliah di ketiga-tiga negeri tersebut tanpa sekatan dan halangan seperti dahulu.

Sumber yang boleh dipercayai menyatakan bahawa dari suatu kajian yang dibuat, masjid yang paling aktif di Malaysia sekarang ialah masjid-masjid di Pulau Pinang. Syabas.

Jika keadaan ini dapat dipertahankan yakni kerajaan PR ini dapat dipertahankan puluhan tahun lagi tidak syak lagi rakyat di negeri-negeri tersebut akan terus memahami Islam yang syumul dan akan  tetap menyokong PAS dan PR.

Maka mari kita pastikan PR terus kukuh tanpa mengungkit-ungkit perbezaan dan perselisihan pendapat. Tidak ada apa yang tidak dapat diselesaikan ...........

Andai kerajaan PR tersebut roboh maka robohkan kekuatan kita iaitu menjalankan program-program mendidik rakyat dengan ilmu agama di Surau dan Masjid.

Islam dipertahankan, PR diperkukuhkan

Gambar sekadar hiasan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter