PEMIMPIN ISLAM MESTI KOMITED DAN TAHAN UJI.

Pemimpin Islam ialah pemimpin yang baik akhlaqnya, hebat ilmunya, sederhana kehidupannya, jelas aqidah dan fikrahnya serta tahan ujian.

Kita bersyukur kerana mempunyai pemimpin-pemimpin yang baik akhlaq dan keperibadian serta terbukti tahan diuji. Mereka dilihat tidak bermewah-mewah, tidak kaya-raya, tidak sombong, mudah diterima oleh semua lapisan rakyat dan yang lebih penting tahan dengan ujian kemewahan, ujian tekanan dan hukuman dari penguasa yang zalim.

Sudah ramai pimpinan PAS yang hanyut dan menjadi golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah kerana tidak tahan dengan ujian. Ketahanan terhadap ujian ini amat penting kerana ada orang yang sanggup menjual aqidah perjuangan, menjual maruah dan pengagangan hanya kerana tidak tahan ujian. 

Ujian-ujian yang sering dilalui oleh para pejuang ialah dibunuh, dipenjara, dibuang daerah, dinafikan hak, ditukar ke sana ke mari dan macam-macam lagi. Ramai pimpinan-pimpinan kita yang tahan ujian ini namun ramai juga yang rebah longlai lantaran tidak tahan diuji. 

Sebab itulah kita perlu memilih pemimpin yang  bukan sahaja hebat dari semua segi tetapi belum tentu mampu untuk menghadapi ujian hebat di persada perjuangan. Ada yang bila keluar dari ISA menjadi 'gelong', sasau dan terbalik fikrahnya. Ada yang bila diuji dengan sedikit ujian mula gelabah dan beralih arah.

Hari ini kita lihat ada pimpinan yang bermewah-mewah, dilihat kaya-raya dari segi kehidupannya sedangkan bila melihat pimpinan-pimpinan yang terdahulu mereka begitu dhaif, miskin dan tidak bermewah-mewah. Malah ada di kalangan pimpinan yang bila tidak dipilih semasa proses pemilihan mula menjauhkan diri dari perjuangan, bukan itu sahaja berani mengeluarkan kenyataan yang dilihat tidak menguntungkan jemaah. Apakah ini sifat seorang pimpinan yang tahan uji.??

Jadi mari sama-sama kita melihat dan muhasabah diri kita .....pemimpin boleh datang dan pergi tetapi kesilapan kita memilih pimpinan buruk padahnya kepada perjuangan Islam kita.

Comments