.

.

21 June 2008

RAKYAT PUNYA KUASA TUMBANGKAN MANA-MANA KERAJAAN

Rakyat punya kuasa untuk tumbangkan kerajaan mereka jika gagal tunai janji Sejak Sinar Harian Isnin lalu menyiarkan kenyataan Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim tentang rakyat Melaka menolak tuah kerana tidak memilih Kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah Melaka pelbagai reaksi dapat dilihat dari berbagai pihak.

Seperti dijangka pihak Umno dan Barisan Nasional sudah pasti menafikan kebaikan dan keberkesanan kerajaan Pakatan Rakyat manakala rakan-rakan di kalangan Pakatan Rakyat sudah tentu menyokongnya.
Terbaru dalam Sinar Harian semalam, Ahli Parlimen Kota Melaka dari dari DAP, YB Sim Tong Him menyatakan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang berjaya mengujudkan persaingan sihat dengan BN. Dengan adanya persaingan sihat ini, katanya, kedua-dua kerajaan samada kerajaan BN atau Kerajaan Pakatan Rakyat sudah tentu berusaha untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Seterusnya YB Sim menjelaskan bahawa rakyat akan menilai keberkesanan kedua-dua parti dalam memerintah negeri masing-masing dan akan memudahkan rakyat untuk memilih parti mana yang mereka ingin undi pada pilihanraya umum akan datang.

Manakala pemimpin-pemimpin Umno dan BN memberikan komen bahawa kenyataan Zaki bahawa kerajaan Pakatan Rakyat berjaya memberikan kebajikan kepada rakyat hanyalah janji-janji politik untuk meraih keuntungan dalam pilihanraya. PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat yakin bahawa apa sahaja yang dibuat oleh kedua-dua kerajaan akan dinilai oleh rakyat. Semua agenda dan program yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah omongan kosong atau sekadar untuk mengabui mata rakyat.

Tetapi ianya terbukti berjaya dilakukan dengan berkesan dan mampu memberikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat. PAS dan Pakatan Rakyat sudah pasti akan menunaikan manifesto pilihanraya kami kerana ianya merupakan janji yang mesti dikotakan. Selain itu semua janji-janji itu bukanlah suatu yang mustahil untuk ditunaikan kerana ianya telah dikaji baik buruknya sebelum ia dijadikan manifesto.

Masalahnya BN dan Umno cuba mengelirukan rakyat dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Perlu difahami bahawa ada janji-janji tersebut yang memerlukan masa yang agak panjang kerana ianya melibatkan kajian, perjanjian dan kontrak serta ianya melibatkan pihak ketiga dimana kemungkinan juga ia melibatkan kerajaan pusat.

Jadi tohmahan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji adalah tidak timbul kerana kerajaan-kerajaan ini baru sahaja berumur 100 hari atau kurang dari itu (kecuali Kelantan). Maka rakyat dan pemimpin Umno kena bersabar menanti samada janji-janji tersebut dapat ditunaikan atau tidak. Rakyat tidak perlu bimbang kerana mereka mempunyai kuasa kerajaan baru jika kerajaan lama gagal menunaikan janji mereka.

Ini dibuktikan apabila rakyat Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang menumbangkan kerajaan BN pada pilihanraya umum lalu. Malah mereka juga menafikan majority 2/3 BN di Parlimen. Kerajaan Kelantan telah membuktikan bahawa kebajikan ibu tunggal dan warga emas dibela dengan program Takaful Kifaalah dan Armalah.

Buktinya boleh dilihat di Kelantan di mana sudah ramai rakyatnya yang menerima imbuhan dari skim ini. Apakah pemimpin BN dan Umno ingin menafikan fakta ini? Ini adalah salah satu antara program kebajikan yang dijalankan oleh kerajaan Kelantan. Banyak lagi sebenarnya program yang telah dan sedang dirancang untuk rakyat Kelantan.

Begitu dengan dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Tidak lama lagi seluruh rakyat Selangor akan menikmati air percuma sebanyak 20L padu. Bila tiba masanya nanti semua ini akan terbukti. Sesiapa pun tidak boleh menafikannya. Malah kerajaan Selangor akan mengikut jejak Kelantan dalam melaksanakan Takaful Kifaalah dan Armalah pada 1 Julai.

Di Penang kerajaan Pakatan Rakyat membuktikan salah satu janji mereka apabila menaikkan elaun guru Kafa memberikan bantuan makanan kepada golongan miskin. Ini telah pun dilakukan. Mengapa pemimpin BN menafikan kebenaran ini sedangkan ianya telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Manakala di Perak, kerajaannya yang baru memerintah kurang dari 100 hari telah berjaya menyelesaikan isu pendudukan rakyat di tanah kerajaan yang telah puluhan tahun gagal diselesaikan oleh kerajaan BN terdahulu. Kerajaan Perak berjaya membuktikan bahawa kebajikan rakyat adalah agenda utamanya apabila memberikan geran kekal kepada penduduk-penduduk tersebut. Fakta ini yang dapat dilihat didepan mata sepatutnya dinafikan oleh pemimpin BN dan Umno.

Saya menyeru kepada pemimpin Umno dan BN supaya membuat komen yang membina dan berdasarkan fakta bukannya berdasarkan nafsu dan sentimen politik semata-mata kerana kita bimbang kredibiliti kita sebagai pemimpin kerajaan dan parti tercalar dan lambat laun rakyat akan hilang kepercayaan kerana kita semua bercakap tanpa bukti dan fakta.

Antara pemimpin Umno dan BN yang memberikan komen tentang isu ini adalah Pengerusi Perhubugan PPP Negeri Melaka, Senator Datuk Chiw Siang Chai, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ADUN Gadek Datuk Ghafar Atan.

SOKONG PEMBUKAAN SEMULA TAPAK PERNIAGAAN DI HADAPAN BASTION HOUSE

Saya menyokong cadangan penjaja-penjaja kecil di negeri ini yang meminta kerajaan negeri Melaka membuka semula tapak perniagaan di hadapan Bastion House.

Pembukaan semula tapak perniaagaan ini akan memberikan peluang kepada para peniaga berniaga semula untuk menambah pendapatan mereka. Ini kerana sebahagian besar bekas-bekas penjaja di sini dahulu tidak sanggup untuk menyewa kedai di kompleks membeli belah di Dataran Pahlawan yang sewanya agak tinggi.

Selain itu dengan pembukaan semula tapak perniagaan ini, ia akan menjadi tarikan kepada kawasan ini untuk kembali meriah seperti sebelum penutupannya dahulu. Ini kerana sebilangan besar para pelancong lebih gemar membeli barangan dari gerai terbuka berbanding kompleks membeli belah. Mereka sebenarnya ingin mencari kelainan dari apa yang terdapat di negara mereka sendiri yang mempunyai gedung membeli belah yang lebih hebat dan besar.

Kerajaan negeri mesti menyediakan tempat-tempat menjaja yang menarik seperti ini agar keaslian dan kelainan ini terpelihara dan ianya akan menjadi daya tarikan kepada pelancong asing. Hasrat kerajaan untuk menambah kawasan perniagaan orang Melayu mesti direalisasikan. Jadi antaranya mengujudkan tapak-tapak perniagaan seperti ini, asalkan ianya mestilah kemas teratur dan menarik.

Untuk membeli dan menyewa kedai yang mahal mungkin penjaja-penjaja ini tidak mampu jadi mengapa tidak kerajaan mengujudkan tapak-tapak sebegini bagi mencapai matlamat 30 % pemilikan tapak perniagaan untuk bumiputera di dalam Bandaraya Melaka.

Selain itu saya juga mencadangkan kerajaan membuka semula tapak perniagaan di kawasan Bazar Mara di Jalan Laksamana yang dirobohkan beberapa tahun dahulu demi untuk menambahkan lagi bilangan peniaga bumiputera di dalam Bandaraya Melaka yang semakin berkurangan di sebabkan pertambahan gedung-gedung perniagaan yang besar.

Jika kawasan-kawasan perniagaan khas untuk orang Melayu tidak didirikan atau terus dirobohkan kita bimbang peniaga-peniaga Melayu ini tidak dapat bersaing dengan peniaga-peniaga lain.

ALI RUSTAM DISAMAN RM10 JUTA

BANDARAYA MELAKA : Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah di saman oleh Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Southern yang mendakwa Mohd Ali telah menfitnahnya.

Hospital Southern yang kini dikenali sebagai Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital) dipunyai oleh kerajaan negeri sebagai pemegang saham terbesar, Mediquest Sdn Bhd dan Apex Pharmacy Bhd.

Abdul Hamid Mustapah (gambar), 48, mendakwa Ketua Menteri Melaka itu telah menfitnahnya dengan tuduhan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangan Hospital Southern supaya tidak memberikan rawatan kepada bekas Exco kerajaan Negeri Melaka, Haji Abdul Rahaman Abdul Karim dan isteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.Abdul Rahaman sekarang ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor.

Mohd Ali juga di dakwa menfitnah dengan menuduh Abdul Hamid menipu beliau berkenaan akaun Hospital Southern.Kes ini telah difailkan oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada akhir 2005 dan kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Melaka atas permohonan pihak defendan.

Kes ini yang bernombor MT1-23-1-2007 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka pada 30 dan 31 Julai 2008 ini. Abdul Hamid akan diwakili oleh Tetuan Putchucheary Firoz & Mai manakala Mohd Ali akan diwakili oleh Tetuan Lee & Hishamuddin.Abdul Hamid mendakwa kedua-dua tuduhan tersebut di lakukan oleh Mohd Ali semasa mesyuarat komitee Staffing dan Kewangan Hospital Southern di Seri Bendahara, Ayer Keroh pada 15 Ogos 2005.

Tuduhan tersebut telah dicatatkan di dalam minit mesyuarat tersebut.Ekoran dari tuduhan tersebut Abdul Hamid kemudiannya dipindahkan ke Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka sebagai pengurus promosi pelancongan. Beliau bagaimanapun enggan melaporkan diri di Pejabat Bahagian Pelancongan Negeri Melaka menyebabkan beliau dipecat dari jawatannya melalui surat yang dihantar kepadanya pada awal bulan Oktober 2005.

Tempat Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Southern digantikan oleh Radhuana Salleh, bekas kerani bank, yang dilantik pada 2 September 2005.

Beliau mendakwa akibat fitnah itu, reputasinya mengalami kerosakan yang amat teruk sehingga menyebabkan beliau sukar mendapat kerja di syarikat lain.Melalui peguamnya, Abdul Hamid menuntut supaya defendan iaitu Mohd Ali meminta maaf dan menghentikan fitnah terhadapnya serta membayar ganti rugi bagi kerosakan reputasi yang dialaminya.

Bagaimanapun, Mohd Ali, enggan memohon maaf dan membayar gantirugi seperti yang diminta oleh Abdul Hamid melalui peguamnya.Abdul Hamid menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta dengan faedah 8 % setahun daripada defendan, faedah, kos dan perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Wang RM10 juta itu adalah sebagai gantirugi kepada kecederaan perasaan, reputasi dirinya sebagai seorang professional yang terjejas teruk dimata kakitangan hospital, kerajaan negeri dan orang awam.

Selain itu, Abdul Hamid juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah bagi defendan atau ejen mereka, daripada bercakap, menulis, menerbit atau mengakibatkan penerbitan perkataan-perkataan yang bersifat fitnah terhadapnya.Menurut Abdul Hamid tuduhan defendan adalah tidak berasas sama sekali kerana beliau tidak pernah mengarahkan kakitangan hospital atau sesiapa sahaja supaya tidak memberikan rawatan kepada Haji Abdul Rahaman Abdul Karim dan isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Abdul Hamid juga menafikan bahawa beliau telah menipu defendan atau memberikan maklumat palsu berkenaan akaun Hospital Southern.Sementara itu, Abdul Hamid yang ditemui oleh wakil SIASAH menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya meletakkan jawatan kerana beliau tidak mempunyai integriti dan imejnya tercalar akibat dari kes saman fitnah ini.

"Tidak ada gunanya beliau terus berkhidmat sedangkan beliau merupakan seorang pemimpin yang tidak beretika dan suka membuat fitnah melulu sehingga sanggup menjatuhkan maruah orang lain"."Sebenarnya ramai lagi pegawai-pegawai agensi kerajaan negeri yang menerima nasib seperti saya tetapi mereka tidak berani untuk tampil ke hadapan atau menuntutnya di mahkamah" ujar Abdul Hamid dengan tegas.

Abdul Hamid menyeru seluruh ahli Umno supaya tidak lagi memilih Mohd Ali sebagai pemimpin mereka pada pemilihan Umno cawangan, bahagian dan pusat bermula Ogos hingga akhir tahun ini."Tidak ada maknanya memilih pemimpin yang suka menjatuhkan orang lain dengan tuduhan palsu dan tidak berasas, adalah amat berbahaya kepada bangsa Melayu jika pemimpin seperti dipilih menjadi ketua kita semua" ujar beliau.Sebelum perbicaraan di Mahkamah Tinggi Melaka untuk kes saman fitnah ini Abdul Hamid juga akan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Buruh Melaka mengenai penamatan perkhidmatan beliau di Hospital Southern. Beliau mendakwa penamatan tersebut adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Buruh pada 28 dan 29 Julai ini.Abdul Hamid yakin keputusan perbicaraan di Mahkamah Buruh akan berpihak kepadanya kerana penamatan jawatan beliau di Hospital Southern adalah tidak mengikut prosedur undang-undang buruh Malaysia. "Saya sendiri tidak pernah diberikan amaran atau dihadapkan kepada jawatankuasa 'domestic inquiry' syarikat. Tiba-tiba sahaja saya diberhentikan kerja".

"Ini sudah tentu bercanggah dengan undang-undang buruh yang diamalkan di negara kita" ujarnya dengan yakin.Beliau juga menyeru seluruh rakyat negeri Melaka supaya turun beramai-ramai pada 28, 29, 30 Julai dan 31 Julai ini di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Tinggi Melaka untuk memberikan sokongan moral kepadanya untuk menentang Ali Rustam di mahkamah.

Ditanya peluangnya untuk memenangi kedua-dua kes ini, Abdul Hamid dengan tegas menjawab, menang atau kalah adalah tidak penting tetapi menegakkan kebenaran dan menuntut haknya adalah lebih utama demi maruah dan harga diri.Sebelum ini Abdul Hamid juga pernah menyaman bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Hamzah yang kini merupakan Ahli Parlimen Jasin, Hospital Southern dan Haji Abdul Rahaman Abdul Karim.

Beliau menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta dari Ahmad, RM3 juta dari Hospital Southern dan RM10juta dari Abdul Rahaman. Ketiga-tiga defendan juga didakwa telah menfitnah beliau.

20 June 2008

BodoLAH membilang hari

Dari sehari ke sehari jelas kelihatan bahawa kerajaan 4 beranak BodoLAH semakin goyah. Manakan tidak semalam parti komponen BodoLAH, SAPP dengan berani mengeluarkan kenyataan sudah tidak percaya dengan kepimpinan BodoLAH.

SAPP nampaknya merintis jalan untuk menunjukkan jalan keluar untuk BodoLAH dan anak beranaknya. Jalan yang dirintis oleh Yong Teck Lee dan SAPP ini merupakan jalan maut yang bakal dilalui oleh BodoLAH. Jika silap haribulan mungkin BodoLAH lari tengah malam kerana malu untuk keluar waktu siang hari. Atau mungkin BodoLAH meniru Allahyarham Tun Ghafar yang keluar pejabat dengan bag plastik sewaktu di'halau' Anwar setelah Tun Ghafar gagal memperolehi penclaonan untuk jawatan Timbalan Presiden Umno beberapa tahun dulu.

Kita mengharapkan BodoLAH tidak berdegil untuk terus 'bertakhta' di Putra Jaya kerana rakyat sudah muak dengan tingkah laku BodoLAH yang lemah, lembik dan tidak cerdik itu.

Kelembikan BodoLAH semakin jelas apabila beliau gagal mengambil tindakan keatas SAPP yang menconteng arang kemuka beliau. Hendak tunggu sampai bila BodoLAH baru kamu hendak bertindak. Sampai orang kencing dekat muka kamu ke????

BodoLAH juga takut untuk mengambil tindakan kepada Tun Mahathir yang bukan sahaja menconteng arang ke mukanya malah sudah lama 'membaling telur busuk' dan 'berak' atas mukanya. Namun BodoLAH masih berdiam diri tidak mengambil tindakan keatas Tun Mahathir sehingga orang tua bangka itu sendiri yang keluar Umno.

Syabas BodoLAH kerana kamu melemahkan Umno dan BN dan saya ucapkan selamat jalan .........moga-moga selepas ini boleh berehat panjang di samping si J, KJ dan lain-lain ahli keluarga kamu.

19 June 2008

RAKYAT MELAKA TOLAK TUAH : PIMPINAN BN TERUS TAK SEDAP HATI

Nampaknya pimpinan BN Melaka terus menjawab apa yang dilontarkan oleh Timbalan Speaker DUN Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim bahawa rakyat Melaka menolak tuah kerana tidak mengangkat Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri menggantikan BN.

Tidak cukup dengan akhbar harian kerajaan negeri Melaka Hariini mereka menggunakan pula Sinar Harian dan media lain untuk menjawab. (Takkan kena sikit sigung dan menggelabah kot.)

Selasa lalu, Pengerusi PPP Melaka, Datuk Chiw membalas hujah Zaki bahawa rakyat Melaka sebenarnya bertuah kerana mengekalkan kerajaan BN. Selepas Ali Rustam sendiri menjawabnya. Hari ini ADUN Gadek, Ghafar Atan pula beriya-iya menjawab fakta yang dikemukakan oleh Zaki.

Nampaknya takut benar mereka kepada kenyataan.

Apa yang dibuat oleh kerajaan Kelantan seperti yang dinyatakan Zaki memang tidak dapat ditandingi oleh kerajaan negeri-negeri BN. Malangnya mereka tidak mahu mengakuinya. Nampaknya mereka cuba mengalihkan perhatian bahawa kerajaan BN lah yang melaksanakan pembangunan. Jadi apa lagi yang rakyat nak semuanya tadi.

Mereka pemimpin BN ini lupa bahawa pembangunan itu kadang-kadang tidak memberikan manfaat kepada rakyat terbanyak.

Apa yang orang Bukit Senggeh, orang Batang, orang Hutan Percha, orang Kuala Sungai Baru, orang Asahan, orang Bukit Durian, orang Berisu dan lain-lain tempat dapat dengan pembinaan Eye on, Menara Taming Sari, pembinaan makam pembesar negeri, aerorail, monorail dan sebagainya.

Adakah dengan pembinaan itu dapat meringankan beban kenaikan harga minyak dan kenaikan barangan keperluan harian mereka?

Adakah dengan pembinaan prasarana yang membazir itu dapat mengurangkan kadar jenayah dan gejala sosial.? Malah lebih malang sesetengah program atau prasarana itu menggalakkan lagi masalah sosial dan maksiat oleh kerana tidak ada langkah pencegahan dan pendidikan.

KETUA MENTERI TAK NAMPAK ATAU TAK PERASAN?

Blog Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di dalam Blognya meletakkan tajuk 100 HARI YANG CEMERLANG untuk salah satu postingnya. Beliau mengulas tentang pemerintahan kerajaan BN yang dibentuk selepas pilihanraya umum ke 12, 8 Mac lalu.

Saya merasa hairan dari sudut manakah Mohd Ali lihat, adakah dari sudut politik, pembangunan atau ekonomi.

Di akhir posting beliau itu Mohd Ali menukilkan ayat di bawah ini :

Dengan ini jelas, slogan Selamat, Aman dan Makmur yang dipelopori BN telah memberi segnefikasi yang amat bererti kepada rakyat di Negeri ini yang dikuasai dua pertiga oleh kerajaan BN. Syabas dan tahniah kepada penyokong setia BN yang sekali lagi memberi mandat kepada kerajaan yang sedia ada (BN) untuk terus menerajui Negara ini demi masa depan kita bersama. Selamat maju jaya.

Saya berasa hairan adakah Mohd Ali tidak nampak bahawa rakyat sebenarnya tidak Selamat, Aman dan Makmur.
Adakah Mohd Ali tidak sedar bahawa majoriti rakyat Semenanjung Malaysia menolak BN seperti yang dibuktikan dari keputusan PRU 12. Cuma rakyat Sabah, Sarawak sahaja yang menyelamatkan BN.

Selamatkah rakyat jika indeks jenayah seperti rogol, rompak dan sebagai terus meningkat?
Amankah rakyat jika setiap hari ada sahaja kes pembunuhan, rompakan, rogol dan sebagainya?
Makmurkah rakyat jika harga barangan keperluan saban hari naik melambung disebabkan kenaikan harga minyak?
Makmurkah negara kalau pemimpin Umno, Gerakan dan lain-lain sebagai komponen BN yang memerintah negara bercakaran sesama sendiri?

Rakyat miskin semakin bertambah, inflasi kian meruncing tetapi pada masa yang sama pemimpin terus melaksanakan projek-projek bernilai jutaan ringgit yang belum tentu memberikan manfaat kepada rakyat.

Yang Selamat, Aman dan Makmur adalah Mohd Ali dan pemimpin-pemimpin BN...............

KENALKAH ANDA KEPADA JEJAKI 'HANDSOME' INI? BELIAU BAKAL MENGGEMPARKAN MELAKA PADA 21 JUN INI???

Lelaki 'handsome' ini bakal menggemparkan Melaka pada 21 Jun ini apabila cerita beliau menyaman 3 orang pembesar Melaka akan tersiar dalam media.

Salah seorang pembesar Melaka yang terbabit menafikan bahawa beliau disaman oleh lelaki 'Handsome' ini.
Namun lelaki 'handsome' bingkas membuat kenyataan akhbar dan mengedarkan surat saman kepada media.
Tetapi jangan harap media arus perdana siarkan .....kena tengok media arus 'tak perdana'.
Saya sempat bertemu dengan lelaki handsome ini beberapa kali bagi menyelami isi hati dan hasrat beliau disebalik saman ini.
SYABAS BANG KEBERANIAN DAN KETEGASAN ABANG PATUT DICONTOHI OLEH SEMUA ORANG YANG TERANIAYA.

TUNGGU SABTU INI.........

MARI SAMA-SAMA TURUN KE BUKIT BARU 21 JUN, 2 PTG

Seluruh rakyat Melaka tidak kira mengiran agama, bangsa dan ideologi politik diharapkan dapat turun ramai-ramai berdemonstrasi di Air Terjun Bukit Sebukor, Bukit Baru pada 21 Jun hari Sabtu ini.

Sesungguhnya demo ini merupakan antara langkah yang boleh kita ambil bagi menyedarkan kerajaan BN yang menzalimi rakyat dengan menaikkan harga minyak yang sudah sedia mahal dan membebankan rakyat.

Rakyat negeri Melaka mesti bangkit secara kolektif dalam apa juga isu terutama isu yang melibatkan kebajikan rakyat seperti isu minyak ini.

Semua kita amat terkesan dengan kenaikan harga minyak yang juga menyebabkan harga barangan lain melambung tinggi. Jangan kita hanya pandai merungut berseorangan tetapi takut atau malas untuk merealisasikan bantahan kita ini.

JANGAN LUPA 21 JUN, 2.00 PETANG, AJAK ANAK-ANAK, ISTERI, SAUDARA-MARA, JIRAN-JIRAN, SAHABAT HANDAI DAN SEMUA RAKYAT UNTUK SAMA-SAMA MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK INI.

18 June 2008

KALAU SAYA JADI BODOLAH ......

Hari ini parti komponen Barisan Nasional, SAPP mengumumkan akan membuat usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, BodoLah Isnin ini kerana sudah hilang keyakinan kepada Perdana Menteri paling lemah itu.

Kalau sayalah yang jadi BodoLah sudah tentu saya akan meletakkan jawatan dengan rela hati. Setelah diasak oleh rakyat pada PRU ke12 8 Mac lalu, disanggah dan dikritik hebat oleh pemimpin dan ahli partinya sendiri, BodoLah masih tidak mahu berundur dari jawatan no.1 dalam pentadbiran negara kita.

Mengapa BodoLah sayang sangat dengan jawatan yang sudah tentu akan dipersoalkan oleh Allah ini. Hanya BodoLah sahaja yang tahu.

Laporan Malaysiakini :-

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - dan empat ahli dewan undangan negeri.Majimbun (kiri) yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

Chua (kanan), yang hadir di sidang akhbar tersebut di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.

1) Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh DAPP kepada perdana menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, namun tidak ada tindakan konkrit yang telah diambil dan ia menyebabkan "kedaulatan kita terancam".

2) Kenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah membebabkan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah (negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16 peratus kumpulan miskin, menjadi miskin tegar.

3) Merasa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan. Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin Umno seperti Datuk Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar.

4) Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.

ALI RUSTAM BERMEGAH DENGAN PROJEK EYE ON, RAKYAT TERUS MENDERITA

Saya terus terfikir mengapa pemimpin Umno terutama Ali Rustam begitu bermegah menjalankan projek-projek membazir yang manfaatnya tidak menguntungkan rakyat terbanyak.

Projek terbaru Eye On yang menelan belanja RM40 juta ternyata tidak memberikan impak yang baik kepada rakyat. Apa yang rakyat dapat?

Ali Rustam dalam blognya menyatakan bahawa kira-kira 100 orang lebih akan mendapat pekerjaan dari pembukaan Eye On. Beliau tidak memikirkan dengan wang RM40 juta tersebut banyak perkara berfaedah lain yang dapat dilakukan yang memberikan manfaat yang lebih besar dan memberikan faedah kepada lebih ramai rakyat.

Di saat rakyat dihimpit dengan masalah kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian mengapa projek-projek sebegini terus dilakukan. Sepatutnya ia hentikan serta merta sesuai dengan langkah berjimat cermat kerajaan negeri.


Bukankah Ali Rustam, Exco dan ADUN-ADUN BN telah memotong elaun masing-masing sebanyaj 10 % sebagai langkah berjimat cermat tetapi mengapa dalam hal pembinaan Eye On dan lain-lain projek tidak pula berjimat cermat.?


Wang RM40 juta jumlahnya bukan sedikit...............

17 June 2008

AYUH BANGKIT TERUSKAN BANTAHAN

Bukit Katil : Kerajaan BN mula terasa bahang penentangan rakyat terhadap kenaikan minyak apabila membuat pelawaan untuk bekerjasama dengan pembangkang hari ini.

Bantahan yang tidak putus-putus oleh rakyat di seluruh negara mula menampakkan kesan kepada kerajaan Barisan Nasional Islam Hadhari ini.

Saya mencadangkan seluruh rakyat meneruskan bantahan tersebut setiap hari demi untuk menyedarkan rakyat supaya menurunkan semula harga minyak ke tahap minima.

Kita sebenarnya sudah tidak tahan dengan kezaliman dan kerakusan kerajaan yang menaikkan harga minyak dan ditambah pula sekarang ini harga barang juga naik.

Mari sama-sama kita bangkit menyatakan bantahan setiap hari, kalau tidak ramai yang menyertai bantahan tidak mengapa kerana kawan-kawan kita yang lalu lalang itupun sebenarnya juga menyokong kita.

Pagi ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyeru agar pembangkang bekerjasama dengan kerajaan menangani masalah kenaikan harga minyak. Inilah bukti bahawa kerajaan mula terasa bahang dan mula nak tunjuk baik dan berlembut dengan rakyat.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen bagi petrol, menjadi RM2.70 seliter dan RM1 bagi diesel kepada RM2.58 sen. Ekoran itu, Jumaat lalu, Pemuda Pakatan Rakyat telah menganjurkan satu demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.

Kira-kira 2,000 menyertai perarakan yang bermula dari Masjid Kampung Baru, menuju ke Kompleks Sogo di ibunegara, selepas pihak polis menutup laluan ke KLCC.

Syed Hamid juga dengan angkuh berkata yang beliau tidak fikir rakyat boleh menggantikan kerajaan melalui demonstrasi.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula berkata, polis akan melihat sama ada penganjur satu lagi perhimpunan besar-besar membantah kenaikan minyak, yang dijadual diadakan pada 5 Julai depan, akan memohon permit atau tidak.

16 June 2008

KENYATAAN AKHBAR : KENAIKAN HARGA MINYAK DAN BARANGAN

Kenaikan minyak yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini akan meninggalkan kesan yang sangat besar terutama kepada golongan berpendapatan rendah. Seperti sebelum ini, kenaikan harga minyak ini sudah pasti akan menyebabkan kenaikan harga makanan, hinggalah kepada barang keperluan, termasuk perkhidmatan.

Bagi orang miskin, kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini memberi pukulan hebat terhadap kehidupan mereka. Sejak setahun lepas, mereka terpaksa bergelut untuk hidup akibat kenaikan kos makanan. Sebagai contoh harga beras baru sahaja naik beberapa minggu sebelum kenaikan harga minyak, kini semua orang dibebankan pula dengan kenaikan harga minyak. Tidak mustahil selepas ini harga beras juga akan naik sekali lagi.

Semua orang menerima satu lagi pukulan hebat apabila harga bahan bakar melonjak, sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah. Saya berpendapat, pendapatan yang dikategorikan sebagai garis kemiskinan sekarang tidak sesuai dengan kos sara hidup yang meningkat hari demi hari.

Sepatutnya pendapatan garis kemiskinan adalah sekitar RM1,800 bukan lagi RM691 mengikut perkiraan tahun 2005 bagi sebuah keluarga yang mempunyai bilangan ahli keluarga seramai lima orang. Apa yang mereka boleh beli dan makan jika garis kemiskinan adalah RM691. Sudah pasti ianya tidak akan dapat menampung kos sara hidup yang tinggi sekarang.

Oleh itu sebenarnya bilangan orang miskin diseluruh negara sudah meningkat daripada apa yang ada sekarang akibat kenaikan harga minyak. Sebagai contoh sebelum ini kerajaan negeri Melaka mengumumkan bahawa bilangan keluarga miskin tegar di Melaka adalah berjumlah 785 buah keluarga iaitu iaitu membabitkan seramai 348 keluarga di Melaka Tengah, 234 keluarga di Alor Gajah dan 203 keluarga di Jasin.

Jumlah ini sebenarnya tidak menggambarkan fakta sebenar kerana kerajaan negeri menggunakan pendapatan RM385 sebulan sebagai paras minima kemiskinan. Adakah dengan wang RM385 sebulan ini dapat menampung kehidupan keluarga tersebut.? Sedangkan dalam keadaan sekarang ini (harga minyak dan barangan naik), pendapatan RM1,500 sebulan pun belum tentu mencukupi untuk keperluan sebuah keluarga.

Maka jelas sekali sebenarnya jumlah fakir miskin di Melaka dan Malaysia adalah lebih besar dari apa yang digambarkan oleh kerajaan. Selain dari masalah kemiskinan yang akan membelenggu rakyat, kita juga bimbang akan peningkatan masalah jenayah dan sosial disebabkan rakyat sudah tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi. Mungkin ada yang mengambil jalan keluar untuk mengisi perut dengan melakukan jenayah dan kerja-kerja maksiat.

Saya meramalkan kes-kes jenayah seperti mencuri, merompak, menyamun dan kegiatan tidak bermoral akan meningkat selepas ini disebabkan terdapatnya golongan yang terpaksa melakukan perkara demikian untuk mendapatkan sesuap nasi. Sekarang inipun kadar jenayah dan maksiat dinegara kita dan Melaka ini adalah tinggi. Untuk itu saya mencadangkan kerajaan supaya mengkaji dengan lebih teliti kesan kenaikan harga minyak ini.

Apa yang penting kerajaan mesti menurunkan harga minyak dengan segera agar kesan kenaikannya tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat. Pemberian rebet sebanyak RM625 setahun kepada pemilik kenderaan adalah tidak mencukupi kerana purata penggunaan minyak setahun adalah jauh lebih tinggi dari nilai itu. Katakan seseorang pemilik kenderaan menggunakan 100 liter petrol sebulan, ini bermakna mereka berbelanja sebanyak RM78 sebulan selepas kenaikan 0.78 sen (100 X 0.78 sen). Ini bermakna dalam setahun mereka berbelanja sebanyak RM936 (RM78 x 12).

Itu sekiranya mereka menggunakan minyak berjumlah 100 liter sebulan bagaimana kalau mereka menggunakan minyak lebih dari 100 liter.? Bagaimana pula dengan kesan kenaikan harga barang. Adakah RM625 setahun ini dapat menampung kenaikan harga barang?

Pemberian rebet ini juga tidak melibatkan golongan yang tiada kenderaan. Jadi golongan langsung tidak mendapat apa-apa insetif. Golongan inilah yang paling teruk terasa bahana kenaikan harga minyak. Jika sekiranya kerajaan berdegil tidak mahu menurunkan harga minyak, kerajaan mesti benar-benar berjimat cermat.

Bukannya setakat memotong elaun keraian Perdana Menteri, menteri dan Timbalan Menteri sebanyak 10 % sahaja bahkan sepatutnya kerajaan memotong semua elaun keraian dan lain-lain elaun hatta gaji mereka sendiri demi kesejahteraan rakyat. Selain itu semua elaun-elaun tidak munasabah untuk kakitangan awam yang berpangkat tinggi hendaklah dipotong. Projek-projek mega, program yang tidak berfaedah mesti dihentikan dengan serta merta.

Wang dari hasil penjimatan diatas mesti dipulangkan balik kepada rakyat dalam apa juga bentuk bagi meringankan beban rakyat. Mungkin bukan dalam bentuk wang tetapi dalam bentuk-bentuk lain yang boleh difikirkan oleh kerajaan.

Kita hairan bagaimana Pertronas yang memperolehi keuntungan berlipatganda hasil dari kenaikan harga minyak tidak dapat memulangkan sebahagian keuntungan kepada rakyat. Apa yang petronas dan kerajaan buat dengan duit yang berbilion-bilion ini?

Ini yang menghairankan rakyat. Malang sekali kerajaan dan Petronas begitu boros membelanjakan duit keuntungan ini. Contohnya Petronas membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun sebanyak RM3.5 juta sebulan.

Jelas sekali kerajaan menggunakan duit petronas untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Rakyat dibiarkan menderita dengan kenaikan harga minyak.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

ISLAM HADHARI BUANG MASA

Saya menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyatakan usaha mempromosi Islam Hadhari adalah membuang masa kerana apa yang penting adalah mempromosikan Islam sebenar, Islam Syumul kepada umat Islam dan bukan Islam.

Malangnya kerajaan BN hari ini membelanjakan jutaan ringgit untuk mempromosi Islam yang sesat iaitu Islam Hadhari yang menghalalkan judi, arak, program maksiat, undang-undang taghut di negara ini.

Kita harap semua rakyat dan pemimpin yang menganut Islam Hadhari ini insaf dan kembali menghayati Islam sebenar.

Tan Sri Khalid dalam kenyataannya itu juga berkata bahawa kerajaan Selangor tetap dengan keputusannya tidak membenarkan program mempromosikan Islam hadhari di negeri itu.

Beliau berkata "tetapi kalau aktiviti menerangkan apa itu Islam hadhari, buang masa sajalah. Itu kita tidak bagi. Buat apa, buang masa."

"Kita bagi kalau nak menerangkan macam mana tauhid, tajwid, bersatu, itu okey. Ini asyik nyanyi lagu Islam hadhari buat apa. Majulah lebih sikit," tambahnya.

Khalid telah diwawancara oleh beberapa media berbahasa Melayu di kediaman rasminya Sabtu lalu, bagaimanapun tidak menafikan masih terdapat usaha mempromosikan versi Islam ini oleh kerajaan persekutuan di negeri itu.

ORANG MELAKA KENA TUNGGU 4 ATAU 5 TAHUN LAGI

Malam tadi saya sempat berceramah dengan Timbalan Speaker DUN Kelantan YB Mohd Zaki Ibrahim (mangsa sepakan Nozula Md Diah).

Beliau banyak membangkitkan bagaimana hebatnya kerajaan Pakatan Rakyat yang baru memerintah 4 buah negeri tidak termasuk Kelantan (yang diperintah 18 tahun) kurang dari 100 hari tetapi berjaya membuktikan kerajaan PR amat mementingkan kebajikan rakyat.

"Lihat sahaja Selangor yang berjaya menunaikan janji tidak lagi iaitu memberikan air percuma 20 liter padu; Kedah yang menurunkan bayaran premium tanah; Perak yang menyerahkan geran-geran kekal kepada rakyat yang telah menduduki tanah puluhan tahun; Pulau Pinang yang menaikkan elaun guru-guru KAFA, jelas sekali kerajaan Pakatan Rakyat amat prihatin dengan kebajikan rakyat".

"Cuba bandingkan dengan kerajaan BN yang memerintah negeri-negeri tersebut 50 tahun, mereka langsung tidak memikirkan kebajikan rakyat" ujar Zaki yang juga merupakan Bendahari DPP Pusat.

Malah Kelantan, kata Zaki, tidak lama lagi akan memperkenalkan Takaful Syabab bagi menjaga kebajikan golongan muda. Antara manfaat yang mereka akan dapat dari takaful syabab ialah imbuhan jika mengalami kemalangan dan juga imbuhan bagi mana-mana pemuda-pemudi yang akan berkahwin.

"Jika yang berkahwin itu kedua-duanya orang Kelantan, maka kedua-dua pengantin akan menikmati imbuhan"

"Tapi kalau salah seorangnya orang Melaka, maka orang Kelantan sahajalah yang dapat" tambah Zaki secara berjenaka.

Zaki secara sinis, berkata bahawa Orang Melaka perlu menunggu 4 tahun lagi untuk menikmati kemudahan dan pembelaan sebagaimana yang diperolehi oleh kelima-lima negeri di bawah PR.

15 June 2008

MUSLIMAT MELAKA SUDAH BERSEDIA JADI CALON

Dewan Muslimat PAS Negeri sudah bersedia untuk meletakkan calon pada Pilihanraya Umum akan datang. Demkian ditegaskan oleh Ketua DMPNM, Dr Khatijah Jumangat dalam ucapan alu-aluan pada Muktamar DMPNM di INB Resort Ayer Keroh semalam.

Beliau menegaskan muslimat Melaka sebenarnya tidak ketandusan calon, tetapi mereka tidak diberi peluang untuk bertanding dalam PRU 12 baru-baru ini.

"Kami sebenarnya telah ada calon dan sudah bersedia tetapi disebabkan fikiran kuno sesetengah orang lelaki di Melaka ini maka kami terpaksa menarik diri dari mencalonkan wakil kami" tegas beliau.

SYABAS MUSLIMAT MELAKA.

MUSLIMAT MESTI TAMPIL TONJOLKAN DIRI DITENGAH MASYARAKAT

Semalam, Sabtu 14 Jun 2008, saya menghadiri upacara perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Melaka di INB Resort, Ayer Keroh.

Perasmi muktamar tersebut ialah YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja. Berikut beberapa catatan ringkas saya untuk muktamar tersebut.



Muslimat mesti tampil menonjolkan diri ditengah masyarakat

Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmood menegaskan bahawa muslimat PAS mesti berani dan bersedia untuk menjadi aktivis masyarakat agar mereka dilihat mampu menjadi pemimpin.

“Sebagai ahli muslimat kita mestilah sentiasa bersedia memikul tanggungjawab dan amanah samada di dalam parti maupun di dalam institusi masyarakat”.

“Oleh itu kita mesti berani dan sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan organisasi, kepimpinan dan sebagainya sebagai persediaan untuk memikulkan amanah tersebut”katanya.yang juga merupakan AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat.

Menurutnya muslimat PAS telah membuktikan bahawa mereka mampu menjadi pemimpin parti dan masyarakat seperti yang dibuktikan sebelum ini apabila tiga orang pemimpinnya dipilih menjadi Ahli Parlimen PAS dan dua orang Exco kerajaan negeri di Kedah dan Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) kali ke-39 di INB Resort di sini Sabtu lalu.

Untuk itu, tegasnya, DMPNM mesti menyediakan calon bagi bertanding mewakili PAS pada pilihanraya umum akan datang.

“Kita tidak mahu nanti apabila sampai masanya muslimat tidak ada calon yang bersedia dan berkemampuan untuk memikul amanah yang besar itu” tegasnya.

Mesyuarat Agung tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah; Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab; Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Dr Khatijah Jumangat; Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Asyraf Minghat dan pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan-Kawasan.

Muslimat Melaka usulkan penubuhan sayap baru PAS

Pada Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka itu juga, para perwakilan meluluskan usul supaya PAS menubuhkan sayap barunya iaitu Dewan Mujahidah PAS bagi menggalakkan penyertaan golongan wanita di bawah umur 40 tahun menyertai PAS.

Usul yang diluluskan dengan suara majoriti itu dibentangkan oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajah Kintan Man. Ketika membentangkannya, Hajah Kintan menegaskan bahawa sekarang ini, golongan muda di kalangan wanita kurang berminat untuk menyertai parti politik terutama PAS disebabkan tiada wadah yang sesuai dan serasi dengan mereka kerana Dewan Muslimat sendiri terdiri dari golongan yang agak berumur.

Justeru, katanya, penubuhan Dewan Mujahidah ini, Insya Allah mampu menarik minta anak-anak muda wanita menyertainya.

Sebelum ini, Dewan Muslimat PAS telah menubuhkan Nisa’ sebagai satu wadah untuk menjalankan aktiviti kebajikan dan sosial namun ianya bukan bergerak atas landasan politik. Nisa bergerak seperti juga Unit Amal yang aktivitinya menjuruskan kepada program-program kebajikan, sukan dan kemasyarakatan.

Hajah Aminah dipilih tokoh Muslimat Melaka 2008

Hajah Aminah binti Md Saad, 73 tahun dari Batu 21, Kesang Tua, Jasin dipilih sebagai Tokoh Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka.

Beliau yang mempunyai 13 orang anak dan 18 orang cucu dipilih berdasarkan kegigihannya berjuang bersama PAS sejak 38 tahun lalu. Sebahagian besar anak-anak dan menantu-menantunya juga bersama-sama beliau berjuang bersama-sama PAS.

Jawatan terakhir di dalam PAS ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin tahun 2006. Namun sehingga kini beliau masih aktif bersama-sama PAS di peringkat cawangan dan kempen-kempen pilihanraya.

Suaminya Allahyarham Md Daud Saboh pernah bertanding sebagai Calon PAS di Kawasan Selandar pada tahun 90-an dahulu. Selain itu anak lelakinya Ahmad Shahrum Md Daud merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan 3 orang menantunya merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin sessi ini.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter