Saya terus terfikir mengapa pemimpin Umno terutama Ali Rustam begitu bermegah menjalankan projek-projek membazir yang manfaatnya tidak menguntungkan rakyat terbanyak.
Projek terbaru Eye On yang menelan belanja RM40 juta ternyata tidak memberikan impak yang baik kepada rakyat. Apa yang rakyat dapat?
Ali Rustam dalam blognya menyatakan bahawa kira-kira 100 orang lebih akan mendapat pekerjaan dari pembukaan Eye On. Beliau tidak memikirkan dengan wang RM40 juta tersebut banyak perkara berfaedah lain yang dapat dilakukan yang memberikan manfaat yang lebih besar dan memberikan faedah kepada lebih ramai rakyat.
Di saat rakyat dihimpit dengan masalah kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian mengapa projek-projek sebegini terus dilakukan. Sepatutnya ia hentikan serta merta sesuai dengan langkah berjimat cermat kerajaan negeri.
Bukankah Ali Rustam, Exco dan ADUN-ADUN BN telah memotong elaun masing-masing sebanyaj 10 % sebagai langkah berjimat cermat tetapi mengapa dalam hal pembinaan Eye On dan lain-lain projek tidak pula berjimat cermat.?
Wang RM40 juta jumlahnya bukan sedikit...............
Comments