Rakyat punya kuasa untuk tumbangkan kerajaan mereka jika gagal tunai janji Sejak Sinar Harian Isnin lalu menyiarkan kenyataan Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim tentang rakyat Melaka menolak tuah kerana tidak memilih Kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah Melaka pelbagai reaksi dapat dilihat dari berbagai pihak.
Di Penang kerajaan Pakatan Rakyat membuktikan salah satu janji mereka apabila menaikkan elaun guru Kafa memberikan bantuan makanan kepada golongan miskin. Ini telah pun dilakukan. Mengapa pemimpin BN menafikan kebenaran ini sedangkan ianya telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Manakala di Perak, kerajaannya yang baru memerintah kurang dari 100 hari telah berjaya menyelesaikan isu pendudukan rakyat di tanah kerajaan yang telah puluhan tahun gagal diselesaikan oleh kerajaan BN terdahulu. Kerajaan Perak berjaya membuktikan bahawa kebajikan rakyat adalah agenda utamanya apabila memberikan geran kekal kepada penduduk-penduduk tersebut. Fakta ini yang dapat dilihat didepan mata sepatutnya dinafikan oleh pemimpin BN dan Umno.
Seperti dijangka pihak Umno dan Barisan Nasional sudah pasti menafikan kebaikan dan keberkesanan kerajaan Pakatan Rakyat manakala rakan-rakan di kalangan Pakatan Rakyat sudah tentu menyokongnya.
Terbaru dalam Sinar Harian semalam, Ahli Parlimen Kota Melaka dari dari DAP, YB Sim Tong Him menyatakan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang berjaya mengujudkan persaingan sihat dengan BN. Dengan adanya persaingan sihat ini, katanya, kedua-dua kerajaan samada kerajaan BN atau Kerajaan Pakatan Rakyat sudah tentu berusaha untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Seterusnya YB Sim menjelaskan bahawa rakyat akan menilai keberkesanan kedua-dua parti dalam memerintah negeri masing-masing dan akan memudahkan rakyat untuk memilih parti mana yang mereka ingin undi pada pilihanraya umum akan datang.
Manakala pemimpin-pemimpin Umno dan BN memberikan komen bahawa kenyataan Zaki bahawa kerajaan Pakatan Rakyat berjaya memberikan kebajikan kepada rakyat hanyalah janji-janji politik untuk meraih keuntungan dalam pilihanraya. PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat yakin bahawa apa sahaja yang dibuat oleh kedua-dua kerajaan akan dinilai oleh rakyat. Semua agenda dan program yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah omongan kosong atau sekadar untuk mengabui mata rakyat.
Tetapi ianya terbukti berjaya dilakukan dengan berkesan dan mampu memberikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat. PAS dan Pakatan Rakyat sudah pasti akan menunaikan manifesto pilihanraya kami kerana ianya merupakan janji yang mesti dikotakan. Selain itu semua janji-janji itu bukanlah suatu yang mustahil untuk ditunaikan kerana ianya telah dikaji baik buruknya sebelum ia dijadikan manifesto.
Masalahnya BN dan Umno cuba mengelirukan rakyat dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Perlu difahami bahawa ada janji-janji tersebut yang memerlukan masa yang agak panjang kerana ianya melibatkan kajian, perjanjian dan kontrak serta ianya melibatkan pihak ketiga dimana kemungkinan juga ia melibatkan kerajaan pusat.
Jadi tohmahan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji adalah tidak timbul kerana kerajaan-kerajaan ini baru sahaja berumur 100 hari atau kurang dari itu (kecuali Kelantan). Maka rakyat dan pemimpin Umno kena bersabar menanti samada janji-janji tersebut dapat ditunaikan atau tidak. Rakyat tidak perlu bimbang kerana mereka mempunyai kuasa kerajaan baru jika kerajaan lama gagal menunaikan janji mereka.
Ini dibuktikan apabila rakyat Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang menumbangkan kerajaan BN pada pilihanraya umum lalu. Malah mereka juga menafikan majority 2/3 BN di Parlimen. Kerajaan Kelantan telah membuktikan bahawa kebajikan ibu tunggal dan warga emas dibela dengan program Takaful Kifaalah dan Armalah.
Buktinya boleh dilihat di Kelantan di mana sudah ramai rakyatnya yang menerima imbuhan dari skim ini. Apakah pemimpin BN dan Umno ingin menafikan fakta ini? Ini adalah salah satu antara program kebajikan yang dijalankan oleh kerajaan Kelantan. Banyak lagi sebenarnya program yang telah dan sedang dirancang untuk rakyat Kelantan.
Begitu dengan dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Tidak lama lagi seluruh rakyat Selangor akan menikmati air percuma sebanyak 20L padu. Bila tiba masanya nanti semua ini akan terbukti. Sesiapa pun tidak boleh menafikannya. Malah kerajaan Selangor akan mengikut jejak Kelantan dalam melaksanakan Takaful Kifaalah dan Armalah pada 1 Julai.
Di Penang kerajaan Pakatan Rakyat membuktikan salah satu janji mereka apabila menaikkan elaun guru Kafa memberikan bantuan makanan kepada golongan miskin. Ini telah pun dilakukan. Mengapa pemimpin BN menafikan kebenaran ini sedangkan ianya telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Manakala di Perak, kerajaannya yang baru memerintah kurang dari 100 hari telah berjaya menyelesaikan isu pendudukan rakyat di tanah kerajaan yang telah puluhan tahun gagal diselesaikan oleh kerajaan BN terdahulu. Kerajaan Perak berjaya membuktikan bahawa kebajikan rakyat adalah agenda utamanya apabila memberikan geran kekal kepada penduduk-penduduk tersebut. Fakta ini yang dapat dilihat didepan mata sepatutnya dinafikan oleh pemimpin BN dan Umno.
Saya menyeru kepada pemimpin Umno dan BN supaya membuat komen yang membina dan berdasarkan fakta bukannya berdasarkan nafsu dan sentimen politik semata-mata kerana kita bimbang kredibiliti kita sebagai pemimpin kerajaan dan parti tercalar dan lambat laun rakyat akan hilang kepercayaan kerana kita semua bercakap tanpa bukti dan fakta.
Antara pemimpin Umno dan BN yang memberikan komen tentang isu ini adalah Pengerusi Perhubugan PPP Negeri Melaka, Senator Datuk Chiw Siang Chai, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ADUN Gadek Datuk Ghafar Atan.
Comments