ORANG MELAKA KENA TUNGGU 4 ATAU 5 TAHUN LAGI

Malam tadi saya sempat berceramah dengan Timbalan Speaker DUN Kelantan YB Mohd Zaki Ibrahim (mangsa sepakan Nozula Md Diah).

Beliau banyak membangkitkan bagaimana hebatnya kerajaan Pakatan Rakyat yang baru memerintah 4 buah negeri tidak termasuk Kelantan (yang diperintah 18 tahun) kurang dari 100 hari tetapi berjaya membuktikan kerajaan PR amat mementingkan kebajikan rakyat.

"Lihat sahaja Selangor yang berjaya menunaikan janji tidak lagi iaitu memberikan air percuma 20 liter padu; Kedah yang menurunkan bayaran premium tanah; Perak yang menyerahkan geran-geran kekal kepada rakyat yang telah menduduki tanah puluhan tahun; Pulau Pinang yang menaikkan elaun guru-guru KAFA, jelas sekali kerajaan Pakatan Rakyat amat prihatin dengan kebajikan rakyat".

"Cuba bandingkan dengan kerajaan BN yang memerintah negeri-negeri tersebut 50 tahun, mereka langsung tidak memikirkan kebajikan rakyat" ujar Zaki yang juga merupakan Bendahari DPP Pusat.

Malah Kelantan, kata Zaki, tidak lama lagi akan memperkenalkan Takaful Syabab bagi menjaga kebajikan golongan muda. Antara manfaat yang mereka akan dapat dari takaful syabab ialah imbuhan jika mengalami kemalangan dan juga imbuhan bagi mana-mana pemuda-pemudi yang akan berkahwin.

"Jika yang berkahwin itu kedua-duanya orang Kelantan, maka kedua-dua pengantin akan menikmati imbuhan"

"Tapi kalau salah seorangnya orang Melaka, maka orang Kelantan sahajalah yang dapat" tambah Zaki secara berjenaka.

Zaki secara sinis, berkata bahawa Orang Melaka perlu menunggu 4 tahun lagi untuk menikmati kemudahan dan pembelaan sebagaimana yang diperolehi oleh kelima-lima negeri di bawah PR.

Comments

mek chabang4 said…
mek orang kelantan kahwin orang melaka dah dapat anak melaka pun,jikalau takaful shabab di laksanakan dikelantan bolehlah anak mek cari orang kelantan itu pun jikalau suka sama suka dapat imbuhan takaful shabab,nak dapat rebet minyak motorsikal pun motor mek roadtext dah lama tabayar.
mek chabang4 said…
islam hadhari dibalik batu tanjung bidara, orang disana dapat manafaat daripadanya atau tidak yang mek tengok hari biasa atau hujung minggu ramai berdua duaan dibawah pokok dan banyak kereta rosak diwaktu siang atau malam.