MUSLIMAT MESTI TAMPIL TONJOLKAN DIRI DITENGAH MASYARAKAT

Semalam, Sabtu 14 Jun 2008, saya menghadiri upacara perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Melaka di INB Resort, Ayer Keroh.

Perasmi muktamar tersebut ialah YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja. Berikut beberapa catatan ringkas saya untuk muktamar tersebut.



Muslimat mesti tampil menonjolkan diri ditengah masyarakat

Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmood menegaskan bahawa muslimat PAS mesti berani dan bersedia untuk menjadi aktivis masyarakat agar mereka dilihat mampu menjadi pemimpin.

“Sebagai ahli muslimat kita mestilah sentiasa bersedia memikul tanggungjawab dan amanah samada di dalam parti maupun di dalam institusi masyarakat”.

“Oleh itu kita mesti berani dan sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan organisasi, kepimpinan dan sebagainya sebagai persediaan untuk memikulkan amanah tersebut”katanya.yang juga merupakan AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat.

Menurutnya muslimat PAS telah membuktikan bahawa mereka mampu menjadi pemimpin parti dan masyarakat seperti yang dibuktikan sebelum ini apabila tiga orang pemimpinnya dipilih menjadi Ahli Parlimen PAS dan dua orang Exco kerajaan negeri di Kedah dan Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) kali ke-39 di INB Resort di sini Sabtu lalu.

Untuk itu, tegasnya, DMPNM mesti menyediakan calon bagi bertanding mewakili PAS pada pilihanraya umum akan datang.

“Kita tidak mahu nanti apabila sampai masanya muslimat tidak ada calon yang bersedia dan berkemampuan untuk memikul amanah yang besar itu” tegasnya.

Mesyuarat Agung tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah; Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab; Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Dr Khatijah Jumangat; Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Asyraf Minghat dan pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan-Kawasan.

Muslimat Melaka usulkan penubuhan sayap baru PAS

Pada Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka itu juga, para perwakilan meluluskan usul supaya PAS menubuhkan sayap barunya iaitu Dewan Mujahidah PAS bagi menggalakkan penyertaan golongan wanita di bawah umur 40 tahun menyertai PAS.

Usul yang diluluskan dengan suara majoriti itu dibentangkan oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajah Kintan Man. Ketika membentangkannya, Hajah Kintan menegaskan bahawa sekarang ini, golongan muda di kalangan wanita kurang berminat untuk menyertai parti politik terutama PAS disebabkan tiada wadah yang sesuai dan serasi dengan mereka kerana Dewan Muslimat sendiri terdiri dari golongan yang agak berumur.

Justeru, katanya, penubuhan Dewan Mujahidah ini, Insya Allah mampu menarik minta anak-anak muda wanita menyertainya.

Sebelum ini, Dewan Muslimat PAS telah menubuhkan Nisa’ sebagai satu wadah untuk menjalankan aktiviti kebajikan dan sosial namun ianya bukan bergerak atas landasan politik. Nisa bergerak seperti juga Unit Amal yang aktivitinya menjuruskan kepada program-program kebajikan, sukan dan kemasyarakatan.

Hajah Aminah dipilih tokoh Muslimat Melaka 2008

Hajah Aminah binti Md Saad, 73 tahun dari Batu 21, Kesang Tua, Jasin dipilih sebagai Tokoh Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka.

Beliau yang mempunyai 13 orang anak dan 18 orang cucu dipilih berdasarkan kegigihannya berjuang bersama PAS sejak 38 tahun lalu. Sebahagian besar anak-anak dan menantu-menantunya juga bersama-sama beliau berjuang bersama-sama PAS.

Jawatan terakhir di dalam PAS ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin tahun 2006. Namun sehingga kini beliau masih aktif bersama-sama PAS di peringkat cawangan dan kempen-kempen pilihanraya.

Suaminya Allahyarham Md Daud Saboh pernah bertanding sebagai Calon PAS di Kawasan Selandar pada tahun 90-an dahulu. Selain itu anak lelakinya Ahmad Shahrum Md Daud merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan 3 orang menantunya merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin sessi ini.

Comments

mek chabang4 said…
Tak tahu pun ada perasmian muktamar pas negeri melaka kalau ada yang jemput mesti mek datang,janji ada makan pasal sekarang beras mahal.
Pasti As-Salam said…
ya akhi ana minta laluan masukan tulisan mengenai muslimat contoh,... ana copy ke my blog http://mtdn24bemban.blogspot.com/
mek chabang4 said…
tak sangka pasti assalam ada swimming pool ini macam boleh produce perenang negeri melaka akan datang untuk sukma 2010.