AYUH BANGKIT TERUSKAN BANTAHAN

Bukit Katil : Kerajaan BN mula terasa bahang penentangan rakyat terhadap kenaikan minyak apabila membuat pelawaan untuk bekerjasama dengan pembangkang hari ini.

Bantahan yang tidak putus-putus oleh rakyat di seluruh negara mula menampakkan kesan kepada kerajaan Barisan Nasional Islam Hadhari ini.

Saya mencadangkan seluruh rakyat meneruskan bantahan tersebut setiap hari demi untuk menyedarkan rakyat supaya menurunkan semula harga minyak ke tahap minima.

Kita sebenarnya sudah tidak tahan dengan kezaliman dan kerakusan kerajaan yang menaikkan harga minyak dan ditambah pula sekarang ini harga barang juga naik.

Mari sama-sama kita bangkit menyatakan bantahan setiap hari, kalau tidak ramai yang menyertai bantahan tidak mengapa kerana kawan-kawan kita yang lalu lalang itupun sebenarnya juga menyokong kita.

Pagi ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyeru agar pembangkang bekerjasama dengan kerajaan menangani masalah kenaikan harga minyak. Inilah bukti bahawa kerajaan mula terasa bahang dan mula nak tunjuk baik dan berlembut dengan rakyat.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen bagi petrol, menjadi RM2.70 seliter dan RM1 bagi diesel kepada RM2.58 sen. Ekoran itu, Jumaat lalu, Pemuda Pakatan Rakyat telah menganjurkan satu demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.

Kira-kira 2,000 menyertai perarakan yang bermula dari Masjid Kampung Baru, menuju ke Kompleks Sogo di ibunegara, selepas pihak polis menutup laluan ke KLCC.

Syed Hamid juga dengan angkuh berkata yang beliau tidak fikir rakyat boleh menggantikan kerajaan melalui demonstrasi.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula berkata, polis akan melihat sama ada penganjur satu lagi perhimpunan besar-besar membantah kenaikan minyak, yang dijadual diadakan pada 5 Julai depan, akan memohon permit atau tidak.

Comments

mek chabang4 said…
macamana bantahan kenaikan harga minyak didepan shell jasin pada hari sabtu 14/6 yang lalu ada gembak habis tak?