.

.

24 October 2009

BERANIKAH BN BERDEPAN PR DI PARLIMEN BATU?

Beranikah BN berdepan dengan BN di parlimen Batu andaikata Ahli Parlimennya Tian Chua gagal dalam rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada beliau iaitu penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret setelah didapati bersalah menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis dua tahun lepas.
Bagi saya BN tidak akan mendapat laluan untuk mudah untuk merampas kerusi Parlimen Batu ini andaikata pilihanraya kecil berlaku di sini.
Saya yakin BN tersungkur buat kali kelapan jika PRK ini berlaku. Pengundi di Batu adalah pengundi yang berinformasi yang tidak mudah ditipu dan disogok oleh BN

23 October 2009

SELESAIKAN SEGERA ISU DALAMAN PARTI

Saya sebagai salah seorang ahli PAS bawahan sangat berharap apa juga masalah yang ada dalam PAS sekarang (jika ada) mestilah diselesaikan secepat mungkin. Tidak ada gunany masalah ini dpendam lama-lama sehingga ianya membingungkan ahli dan penyokong bawahan.

Saya menarik perhatian kepada saranan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz yang mencadangkan suatu Mesyuarat Agung Khas/Luar biasa diadakan pada masa terdekat bagi menyelesaikan masalah kepimpinan PAS.

Bagi saya perkara ini boleh diselesaikan segera samada memanggil mesyuarata agung tersebut atau ianya diselesaikan secara anak beranak di kalangan pimpinan PAS Pusat.

Persoalannya apakah benar PAS sedang bermasalah?
Jika ya apakah mesyuarat agung luar biasa perlu diadakan ataupun cukup sekadar mesyuarat AJK Pusat menyelesaikannya?

20 October 2009

PILIHANRAYA UMUM MENGEJUT

Tidak mustahil untuk Najib mengadakan pilihanraya mengejut dengan kejayaan 'bergaya' mereka di Bagan Pinang.

Walaupun 3,000 lebih dari majoriti mereka di Bagan Pinang diperolehi dari undi pos, BN tetap berpuashati kerana pengundi bukan Melayu iaitu India dan Cina didakwa kembali memberikan sokongan padu kepada BN.

Najib yang sememang mempunyai perancangan untuk menghapuskan saki baki 'orang-orang' Pak Lah mungkin tidak sabar untuk berbuat demikian. Caranya satu sahaja iaitu mengadakan pilihanraya umum segera dan memilih semua 'orangnya' untuk bertanding di Parlimen dan DUN.

Perkara ini tidak mustahil di lakukan.

Namun begitu Najib mungkin berfikir 2 kali sekarang kerana MCA dan MIC serta PPP sedang berkecamuk dengan masalah dalaman.

PILIHANRAYA MENGEJUT DI PERAK

Tanda-tanda kecil :-

1)Program 1Malaysia besar-besaran di Perak
2) Semua ADUN BN ambil gambar terbaru
3) Najib kunjungi Sultan Perak
4) Najib beri amaran kepada ADUN PR jangan buat kacau
5) Kerajaan Perak pergiat usaha beri bantuan kepada rakyat
6) Puashati dan merasakan kemenangan di Bagan Pinang petunjuk rakyat kembali sokong BN

BENARKAH INTERNET LEMBAP DI MALAYSIA

Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

Adakah perkara ini benar. Jika benar ianya amat memalukan negara kita kerana kita mempunyai MSC (Multimedia Super Corridor) dan sebagainya. Semuanya dikatakan serba canggih dan moden.
Namun begitu dakwaan pihak luar perlu disiasat. Punca dakwaan dan langkah penambahbaikan mesti dikenalpasti dan diatasi segera agar persepsi mereka terhadap negara kita dapat diperbaiki.

MOGA SEMUA BAKAL HAJI PULANG BERJUANG UNTUK ISLAM

Musim haji bagi tahun ini bermula dan ramailah bakal-bakal haji akan berlepas ke Tanah Suci Mekah sehari dua ini. Seperti biasa rakyat Malaysia berbondong-bondong menunaikan Rukun Islam yang wajib atas semua muslim yang berkemampuan.
Jika hendak dikirakan pemergian mereka ke Tanah Suci tidak ada niat lain selain dari menyahut seruan Allah dan akan kembali dengan Haji Mabrur yang akan menyucikan mereka kembali seperti bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai dosa. Ibarat kain putih yang suci bersih.
Sepatutnya bila pulang ke tanahair selepas mendapat haji mabrur semua bakal haji ini akan bersama-sama dengan jemaah Islam menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini. Tidak lagi haji dan hajjah yang akan menentang perjuangan Islam. Tidak ada lagi haji dan hajjah yang berpendirian hukum Islam tidak sesuai, Hudud zalim, undang-undang Islam kolot tak boleh pakai dan sebagainya.
Begitu juga sewajibnya bila pulang dari Mekah tidak ada lagi haji dan hajjah yang bersama-sama berjuang dengan kumpulan yang tidak mahu kepada Islam, kumpulan yang meletakkan perjuangan berlandaskan pragmatik, bangsa dan nafsu. Sepatutnya mereka semua tidak lagi berjuang dan menyokong kumpulan yang dipimpin oleh orang yang tidak menutup aurat, kumpulan yang menghalalkan maksiat dan mengharamkan kelas-kelas agama di masjid, merobohkan masjid dan sebagainya.
Haji dan hajjah ini juga sepatutnya menentang kumpulan yang terus menegakkan sistem perundangan British, menggunapakai sistem ekonomi riba, menggalakkan program melalaikan dan sebagainya.
Saya berdoa moga-moga semua bakal haji dan hajjah yang menunaikan fardhu haji tahun ini mendapat haji mabrur dan kembali ke tanahair dengan semangat perjuangan Rasulullah S.A.W yang menentang kemungkaran dan menegakkan yang hak.

BERAHIM MEMANG LAYAK MASUK UMNO

Ibrahim Ali memang layak masuk Umno. Orang yang meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan Islam, rakyat dan negara memang layak masuk Umno.
Ketika lemah dia mencari dahan untuk berpaut, bila kuat dan dapat sedikit kedudukan dia patah dahan dan cari pokok lain. Itu memang sifat yang sesuai untuk menjadi ahli Umno sebuah parti pragmatik yang tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan. Matlamat perjuangan pemimpin dan majoriti ahli Umno hanyalah untuk memuas perut dan bawah perut sahaja.
Jumaat lalu, Ahli Parlimen Bebas, Pasir Mas itu, menyuarakan hasrat tidak menolak kemungkinan menyertai semula UMNO jika perubahan yang dituntut oleh pucuk pimpinan parti berjaya diterjemahkan untuk membela serta melindungi nasib orang Melayu dan bumiputera.
Beliau yang mendapat kerusi parlimen Pasir Mas atas ihsan PAS Kelantan akhirnya sering menikam PAS sejak akhir-akhir ini.

19 October 2009

KERUSI MENTERI KESIHATAN PANAS

Kalau Menteri Kesihatan sebelum ini, Chua Soi Lek terpaksa meletakkan jawatan kerana terlibat dengan skandal seks, Menteri Kesihatan sekarang Liow Tiong Lai pula mula terasa bahangnya apabila, ada dakwaan menyatakan isterinya menerima hadiah kereta dari sebuah syarikat swasta.

Kebetulan kedua-duanya adalah Timbalan Presiden MCA.

Apakah Liow akan turut sama terasa bahang panas memegang jawatan Menteri Kesihatan dan Timbalan Presiden sama-sam kita tunggu.

POLITIK PERAK : SIAPA YANG BUAT KECOH?

Dengan muka yang tidak malu Presiden Umno, Najib Tun Razak semalam mengingatkan Pakatan Rakyat di Perak supaya tidak melakukan sebarang gangguan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Oktober ini.

Perdana Menteri itu berkata, keseluruhan persidangan DUN itu nanti sudah semestinya akan dijalankan mengikut segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

Tambahan pula, kata beliau, kerajaan negeri sedia ada yang dikuasai Barisan Nasional (BN) sudah sah ditentukan mengikut saluran undang-undang.

Persoalannya siapa yang memulakan kekecohan? Semua ini bertitik tolak dari tindakan BN yang diketuai Najib merompak kuasa dan mandat rakyat dari kerajaan Pakatan Rakyat tidak lama dulu.

Selepas itu kekecohan demi kekecohan dilakukan BN termasuk membawa anggota keselamatan memasuki dewan untuk mengheret Speaker DUN, V Sivakumar dan dikurung di dalam stor.

Perlantikan Speaker 'Haram', Ganesan juga tidak dibuat mengikut peraturan Dewan malah Ganesan sendiri melanggar peraturan Dewan di mana beliau masih berstatus peguam ketika dilantik oleh BN menjadi 'Speaker' Haram itu.

Jadi tidak perlulah Najib menasihati ADUN Perak sebaliknya nasihatlah diri sendiri dan ADUN BN Perak supaya kembali kepada peraturan dan undang-undang sebenar. Di samping adalah lebih baik DUN Perak dibubarkan supaya rakyat dapat memilih kerajaan yang mereka mahu dan suka.

SPR TAK TAHU MANA YANG LEBIH UTAMA

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terbukti tidak faham atau sengaja buat tidak faham dengan bantahan yang dibuat oleg PAS dan akan-rakan PR yang lain.
Apa yang kita sering adu dan dakwa berlakunya masalah ialah berkaitan dengan undi pos, daftar pemilih, rasuah, penyalahgunaan jentera kerajaan, penggunaan wang ringgit yang melebihi Had dan lain-lain.
Namun SPR hari ini mengalihkan tumpuan mereka untuk menimbang bagi melanjutkan tempoh bertenang antara 24 hingga 48 jam berbanding selepas pukul 12 malam menjelang hari pengundian yang diamalkan sekarang.

Pada masa sama, SPR juga sedia memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan semua bahan kempen termasuk bendera dan poster calon yang sebelum ini dilakukan oleh parti bertanding dalam masa 14 hari selepas selesai pengundian.

Kesediaan itu diambil selepas SPR mendapati kaedah sama yang dilaksanakan di Indonesia berjaya mendisiplinkan parti bertanding dan penyokong sehingga mewujudkan tempoh bertenang dalam erti kata sebenar dan sekali gus mengelakkan pergaduhan.

Tidak bermakna isu tempoh bertenang, pergaduhan dan lain-lain tidak penting tetapi yang paling penting ialah ketelusan, integriti dan keadilan perjalanan pilihanraya adalah lebih penting. Jika sesuatu pilihanraya itu tidak telus dan integritinya dipersoalkan maka tidak ada gunannya ia diadakan. Dalam hal kecelaruan daftar pemilih dan perjalanan undi pos jelas dipersoalkan rakyat. Maka SPR wajib membetulkan perkara serta merta.

Soal pergaduhan dan perbalahan itu juga penting untuk ditangani tetapi ianya tidak menjejaskan integriti dan ketelusan sesuatu pilihanraya. Maka ianya boleh dikategorikan sebagai 'second priority'. Malahnya langkah untuk mengatasinya boleh dilakukan seiring dengan masalah integriti dan ketelusan pilihanraya yang lebih utama.

SPR ternyata tidak mahu memperbaiki perjalanan pilihanraya agarnya ianya lebih telus dan adil sebaliknya cuba mengalihkan isu kepada isu keselamatan dan lain-lain.

MCA : PRESIDEN BERMASALAH, BEKAS TIMBALAN PRESIDEN BUAT ONAR, KINI TIMB. PRESIDEN ...??

Nampaknya kemelut dalam MCA semakin rumit. Setelah Presiden dan bekas Timbalan Presiden dikaitkan dengan salah laku kini Timbalan Presiden baru juga didakwa mempunyai kes yang tidak kurang hebatnya.
Semalam, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat laporan di ibupejabat polis daerah Sentul berhubung dakwaan bahawa isteri Menteri Kesihatan menerima hadiah dari sebuah syarikat swasta.
Beliau meminta Polis menyiasat dakwaan tersebut kerana ianya menjejaskan integriti seorang menteri dan pemimpin negara jika ianya benar.
Dakwaan yang dibuat oleh Laman Web ini amat berat kerana jika ianya tidak benar maka laman web mesti bertanggungjawab terhadap dakwaannya. Jika benar dakwaan tersebut maka, Liow mesti meletakkan jawatan kerana integritinya boleh dipersoalkan serta beliau mesti disiasat dan di bawa ke muka pengadilan.
Bagi saya sepatutnya Liow tidak perlu menunggu lama untuk disiasat. Wajar sekali beliau bercuti serta merta sementara Polis melakukan siasatan terhadap dakwan tersebut. Jika beliau terbukti bersih selepas siasatan maka beliau boleh kembali menjalankan tugas sebagai Menteri Kesihatan. Jika memang beliau bersalah maka beliau mesti meletakkan jawatan dan bersedia untuk dibicarakan.
Sumber : Malaysiakini

KEJADIAN DI MELAKA - SEJADAH SOLAT

Seorang penduduk Taman Cempaka, Mohd Ghanis terperanjat besar apabila 2 sejadah di rumahnya didapati sedang solat awal pagi Jumaat lalu .

Kejadian pertama berlaku pada jam 3.00 pagi Jumaat lalu apabila beliau mendapati sejadah di dalam sebuah biliknya sedang bertahyat. Selepas itu kira-kira jam 6.00 pagi sehelai lagi sejadah di rumahnya didapati melakukan perkara yang sama.

Ghanis berkata beliau melahirkan kesyukuran kepada Allah dengan kejadian tersebut.

"Moga-moga keluarga saya lebih dekat kepada Allah selepas ini dan ianya Insya Allah memberikan kesedaran yang lebih baik kepada keluarga saya" ujar Ghanis.

Menceritakan kejadian itu, Ghanis berkata sejadah itu mengeluarkan suara iaitu suara orang sedang mengaji Al-Qur'an.
"Anak-anak dan isteri saya juga melihat kejadian itu dan Insya Allah kami sekeluarga tenang dan insaf dengan kebesaran Allah" kata Ghanis ketika ditemui semalam.

Ini merupakan kejadian pertama di rumahnya dan mungkin juga di Melaka.

Sebelum ini beberapa kejadian serupa berlaku di beberapa tempat di negara kita.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter