Pada masa sama, SPR juga sedia memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan semua bahan kempen termasuk bendera dan poster calon yang sebelum ini dilakukan oleh parti bertanding dalam masa 14 hari selepas selesai pengundian.
Kesediaan itu diambil selepas SPR mendapati kaedah sama yang dilaksanakan di Indonesia berjaya mendisiplinkan parti bertanding dan penyokong sehingga mewujudkan tempoh bertenang dalam erti kata sebenar dan sekali gus mengelakkan pergaduhan.
Tidak bermakna isu tempoh bertenang, pergaduhan dan lain-lain tidak penting tetapi yang paling penting ialah ketelusan, integriti dan keadilan perjalanan pilihanraya adalah lebih penting. Jika sesuatu pilihanraya itu tidak telus dan integritinya dipersoalkan maka tidak ada gunannya ia diadakan. Dalam hal kecelaruan daftar pemilih dan perjalanan undi pos jelas dipersoalkan rakyat. Maka SPR wajib membetulkan perkara serta merta.
Soal pergaduhan dan perbalahan itu juga penting untuk ditangani tetapi ianya tidak menjejaskan integriti dan ketelusan sesuatu pilihanraya. Maka ianya boleh dikategorikan sebagai 'second priority'. Malahnya langkah untuk mengatasinya boleh dilakukan seiring dengan masalah integriti dan ketelusan pilihanraya yang lebih utama.
SPR ternyata tidak mahu memperbaiki perjalanan pilihanraya agarnya ianya lebih telus dan adil sebaliknya cuba mengalihkan isu kepada isu keselamatan dan lain-lain.
Comments