SPR TAK TAHU MANA YANG LEBIH UTAMA

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terbukti tidak faham atau sengaja buat tidak faham dengan bantahan yang dibuat oleg PAS dan akan-rakan PR yang lain.
Apa yang kita sering adu dan dakwa berlakunya masalah ialah berkaitan dengan undi pos, daftar pemilih, rasuah, penyalahgunaan jentera kerajaan, penggunaan wang ringgit yang melebihi Had dan lain-lain.
Namun SPR hari ini mengalihkan tumpuan mereka untuk menimbang bagi melanjutkan tempoh bertenang antara 24 hingga 48 jam berbanding selepas pukul 12 malam menjelang hari pengundian yang diamalkan sekarang.

Pada masa sama, SPR juga sedia memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan semua bahan kempen termasuk bendera dan poster calon yang sebelum ini dilakukan oleh parti bertanding dalam masa 14 hari selepas selesai pengundian.

Kesediaan itu diambil selepas SPR mendapati kaedah sama yang dilaksanakan di Indonesia berjaya mendisiplinkan parti bertanding dan penyokong sehingga mewujudkan tempoh bertenang dalam erti kata sebenar dan sekali gus mengelakkan pergaduhan.

Tidak bermakna isu tempoh bertenang, pergaduhan dan lain-lain tidak penting tetapi yang paling penting ialah ketelusan, integriti dan keadilan perjalanan pilihanraya adalah lebih penting. Jika sesuatu pilihanraya itu tidak telus dan integritinya dipersoalkan maka tidak ada gunannya ia diadakan. Dalam hal kecelaruan daftar pemilih dan perjalanan undi pos jelas dipersoalkan rakyat. Maka SPR wajib membetulkan perkara serta merta.

Soal pergaduhan dan perbalahan itu juga penting untuk ditangani tetapi ianya tidak menjejaskan integriti dan ketelusan sesuatu pilihanraya. Maka ianya boleh dikategorikan sebagai 'second priority'. Malahnya langkah untuk mengatasinya boleh dilakukan seiring dengan masalah integriti dan ketelusan pilihanraya yang lebih utama.

SPR ternyata tidak mahu memperbaiki perjalanan pilihanraya agarnya ianya lebih telus dan adil sebaliknya cuba mengalihkan isu kepada isu keselamatan dan lain-lain.

Comments

molek benor said…
Pas? apa tu? parti sesat rupanye. patut SPR tak nak layan. takut jugak sesat...
Anonymous said…
pas yang sesatke atau umno yang sesat sia -sia allah bagi kamu akal tapi tak tak tahu mana yang benar dan mana salah.Adakah kamu menyokong segala perbuatan umno seperti memakan duit rakyat dan sebagainya? sedarlah saudara jangan sampai negara bangkrap baru hendak sedar.Fikirlah jenerasiyang akan datang.