MCA : PRESIDEN BERMASALAH, BEKAS TIMBALAN PRESIDEN BUAT ONAR, KINI TIMB. PRESIDEN ...??

Nampaknya kemelut dalam MCA semakin rumit. Setelah Presiden dan bekas Timbalan Presiden dikaitkan dengan salah laku kini Timbalan Presiden baru juga didakwa mempunyai kes yang tidak kurang hebatnya.
Semalam, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat laporan di ibupejabat polis daerah Sentul berhubung dakwaan bahawa isteri Menteri Kesihatan menerima hadiah dari sebuah syarikat swasta.
Beliau meminta Polis menyiasat dakwaan tersebut kerana ianya menjejaskan integriti seorang menteri dan pemimpin negara jika ianya benar.
Dakwaan yang dibuat oleh Laman Web ini amat berat kerana jika ianya tidak benar maka laman web mesti bertanggungjawab terhadap dakwaannya. Jika benar dakwaan tersebut maka, Liow mesti meletakkan jawatan kerana integritinya boleh dipersoalkan serta beliau mesti disiasat dan di bawa ke muka pengadilan.
Bagi saya sepatutnya Liow tidak perlu menunggu lama untuk disiasat. Wajar sekali beliau bercuti serta merta sementara Polis melakukan siasatan terhadap dakwan tersebut. Jika beliau terbukti bersih selepas siasatan maka beliau boleh kembali menjalankan tugas sebagai Menteri Kesihatan. Jika memang beliau bersalah maka beliau mesti meletakkan jawatan dan bersedia untuk dibicarakan.
Sumber : Malaysiakini

Comments