KEJADIAN DI MELAKA - SEJADAH SOLAT

Seorang penduduk Taman Cempaka, Mohd Ghanis terperanjat besar apabila 2 sejadah di rumahnya didapati sedang solat awal pagi Jumaat lalu .

Kejadian pertama berlaku pada jam 3.00 pagi Jumaat lalu apabila beliau mendapati sejadah di dalam sebuah biliknya sedang bertahyat. Selepas itu kira-kira jam 6.00 pagi sehelai lagi sejadah di rumahnya didapati melakukan perkara yang sama.

Ghanis berkata beliau melahirkan kesyukuran kepada Allah dengan kejadian tersebut.

"Moga-moga keluarga saya lebih dekat kepada Allah selepas ini dan ianya Insya Allah memberikan kesedaran yang lebih baik kepada keluarga saya" ujar Ghanis.

Menceritakan kejadian itu, Ghanis berkata sejadah itu mengeluarkan suara iaitu suara orang sedang mengaji Al-Qur'an.
"Anak-anak dan isteri saya juga melihat kejadian itu dan Insya Allah kami sekeluarga tenang dan insaf dengan kebesaran Allah" kata Ghanis ketika ditemui semalam.

Ini merupakan kejadian pertama di rumahnya dan mungkin juga di Melaka.

Sebelum ini beberapa kejadian serupa berlaku di beberapa tempat di negara kita.

Comments

mohdjusryjaafar said…
Subnallah....

Semoga sinar Islam akan lebih berkembang di Melaka..
mohdjusryjaafar said…
itu tanda org melaka dan di malaysia kena banyak solat dan jgn ditinggalkannya...sejadah pun solat ...