MOGA SEMUA BAKAL HAJI PULANG BERJUANG UNTUK ISLAM

Musim haji bagi tahun ini bermula dan ramailah bakal-bakal haji akan berlepas ke Tanah Suci Mekah sehari dua ini. Seperti biasa rakyat Malaysia berbondong-bondong menunaikan Rukun Islam yang wajib atas semua muslim yang berkemampuan.
Jika hendak dikirakan pemergian mereka ke Tanah Suci tidak ada niat lain selain dari menyahut seruan Allah dan akan kembali dengan Haji Mabrur yang akan menyucikan mereka kembali seperti bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai dosa. Ibarat kain putih yang suci bersih.
Sepatutnya bila pulang ke tanahair selepas mendapat haji mabrur semua bakal haji ini akan bersama-sama dengan jemaah Islam menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini. Tidak lagi haji dan hajjah yang akan menentang perjuangan Islam. Tidak ada lagi haji dan hajjah yang berpendirian hukum Islam tidak sesuai, Hudud zalim, undang-undang Islam kolot tak boleh pakai dan sebagainya.
Begitu juga sewajibnya bila pulang dari Mekah tidak ada lagi haji dan hajjah yang bersama-sama berjuang dengan kumpulan yang tidak mahu kepada Islam, kumpulan yang meletakkan perjuangan berlandaskan pragmatik, bangsa dan nafsu. Sepatutnya mereka semua tidak lagi berjuang dan menyokong kumpulan yang dipimpin oleh orang yang tidak menutup aurat, kumpulan yang menghalalkan maksiat dan mengharamkan kelas-kelas agama di masjid, merobohkan masjid dan sebagainya.
Haji dan hajjah ini juga sepatutnya menentang kumpulan yang terus menegakkan sistem perundangan British, menggunapakai sistem ekonomi riba, menggalakkan program melalaikan dan sebagainya.
Saya berdoa moga-moga semua bakal haji dan hajjah yang menunaikan fardhu haji tahun ini mendapat haji mabrur dan kembali ke tanahair dengan semangat perjuangan Rasulullah S.A.W yang menentang kemungkaran dan menegakkan yang hak.

Comments