.

.

02 August 2008

TUNGGU JAWAPAN DATO' SERI ALI, BILA NAK SERTAI PAKATAN RAKYAT - Ref Malaysiakini

Dua hari lepas saya mempelawa Ketua Menteri Melaka untuk menyertai Pakatan Rakyat. Mungkin Dato' Seri Ali tidak membaca blog saya, tetapi saya yakin orang-orang kuatnya seperti Ketua Puteri Melaka dan lain-lain ada membaca tawaran saya ini. Saya harap mereka dapat menyampaikan tawaran saya ini kepada beliau.
Saya juga meminta media menyiarkan tawaran saya ini tetapi malangnya ia tidak disiarkan oleh mereka. Mungkin media itu berpendapat bahawa kenyataan akhbar saya tentang tawaran ini tidak ada nilai berita atau tidak penting bagi mereka.
Namun saya sekali mengharapkan sesiapa yang membaca tawaran saya ini dan rapat dengan Ketua Menteri sudi kiranya menyampaikan tawaran ini kepada beliau.
Di bawah ini saya siarkan sekali lagi tawaran saya untuk tatapan Dato' Seri dan orang-orang kanannya. Kepada media yang tidak menyiarkan 'press statament' Insya Allah saya akan hantar sekali lagi malam ini.
Tawaran kepada Dato' Seri Mohd Ali untuk sertai Pakatan Rakyat yang saya siarkan pada 31 Julai 2008.
Saya mempelawa Pengerusi Umno Melaka merangkap Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam menyertai Pakatan Rakyat. Dato' Seri Mohd Ali boleh memilih mana-mana parti yang beliau suka samada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS atau DAP.

Saya membuat tawaran ini kerana nampak tanda-tanda Mohd Ali inginkan perpaduan antara Umno dan PAS seperti yang beliau tulis dalam blognya baru-baru ini. Jadi oleh kerana PAS menolak kerjasama politik dengan Umno maka jalan untuk merealisasikan perpaduan ialah dengan cara ahli-ahli Umno menyertai PAS atau Parti-parti Pakatan Rakyat lain.

Jika Mohd Ali dan ADUN-ADUN BN lain menerima tawaran ini maka kita akan tentukan kemudian siapa yang akan jadi Ketua Menteri dan sudah pasti parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak akan menjadi Ketua Menteri dengan persetujuan Yang Dipertua Negeri Melaka.

Mohd Ali tidak perlu bimbang dengan jawatannya sekarang kerana Umno mempunyai paling banyak kerusi jadi kemungkinan besar beliau akan dikekalkan sebagai Ketua Menteri Pakatan Rakyat Melaka jika tawaran ini diterima.PAS dan PKR sendiri tiada sebarang kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka. Jadi jika Mohd Ali dan rakan-rakannya menyertai PAS maka Mohd Ali akan menjadi Ketua Menteri atas tiket ADUN PAS atau sebaliknya beliau akan menjadi Ketua Menteri juga jika beliau menjadi ADUN DAP atau PKR.

Tidak perlulah Mohd Ali bimbang dengan jawatannya sekarang, beliau cuma tukar 'baju' sahaja.Kereta kerajaan, rumah kerajaan, elaun dan keistimewaan yang beliau perolehi kini masih kekal jika beliau menjadi Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat Melaka.

Cuma Mohd Ali mestilah bersedia untuk menerima agenda perjuangan Pakatan Rakyat iaitu mementingkan keadilan dan kebajikan rakyat. Agenda perjuangan ini bukanlah susah untuk diikuti kerana ianya selaras dengan tuntutan Islam dan kehendak rakyat.Saya bersedia untuk menjadi orang tengah bagi perundingan antara Mohd Ali dan pimpinan PAS dan PKR serta DAP jika Mohd Ali ingin menyertai Pakatan Rakyat.

Saya yakin kesemua pimpinan PAS, PKR dan DAP bersedia untuk menerima kemasukan Mohd Ali kedalam Pakatan Rakyat. Mohd Ali boleh menghubungi saya bila-bila masa melalui Pejabat PAS negeri di Semabok.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka.

POLITIK WANG (RASUAH POLITIK) : MUKHRIZ MULA RESAH, AKUI PELUANG UNTUK BERTANDING KETUA PEMUDA KIAN LUNTUR - Ref Malaysiakini

Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir mula resah dengan gejala rasuah dalam pemilihan Umno. Katanya gejala politik wang dan penyelewengan yang didakwanya berlaku dalam pemilihan peringkat cawangan Pemuda mampu menutup peluangnya untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan itu pada pemilihan Disember ini.

Malah beliau yang sebelum ini optimis mengenai peluangnya bertanding jawatan tersebut, tidak lagi yakin untuk mendapat jumlah pencalonan mencukupi ekoran amalan tidak sihat tersebut yang didakwanya berlaku di seluruh negara.

Berdasarkan keadaan itu, jelasnya, hanya `keajaiban’ yang membolehkan beliau mendapat jumlah pencalonan mencukupi untuk bertanding memandangkan kubu-kubu kuatnya turut goyang akibat gejala berkenaan.

''Dalam keadaan gejala rasuah politik yang sedang berleluasa dalam negara kita sekarang ini, keyakinan saya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda terhakis.

''Kalau amalan ini dibiarkan berlaku pada masa ini, saya tidak yakin akan mendapat cukup pencalonan,'' katanya selepas bermesyuarat dengan ahli-ahli UMNO Cawangan Jitra di sini hari ini.

Semalam, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mendakwa terdapat penyelewengan dalam pemilihan di peringkat cawangan Pemuda UMNO di seluruh negara.

Saya harap Mukhriz insaf dan sedar bahawa Umno bukanlah parti yang baik dan sesuai untuk dijadikan pengkalan untuk berjuang menegakkan kebenaran. Umno sendiri tidak mempunyai ideologi khusus selain menjadi medan untuk mengumpul kekayaan dan kuasa semata-mata.

Oleh kerana Umno tidak mempunyai ideologi khusus jauh sekali dari Islam maka, ahli-ahli Umno menggunakan apa juga taktik untuk menang dalam pemilihan. Mukhriz sepatutnya sedar bahawa di dalam Umno agama dan etika serta moral sudah tidak diamalkan. Di dalam Umno siapa banyak duit, ramai samseng, pandai membodek dan sebagainya, maka dialah yang berhak menang.

Ayah Mukhriz sendiri, Tun Mahathir yang cukup berpengaruh ketika berkuasa dulu, juga tersungkur pada pemilihan perwakilan Umno Kubang Pasu tahun lalu akibat politik wang dan ugut.

Jadi tidak apa lagi yang boleh diharapkan untuk memperbetulkan Umno yang busuk lagi membusukkan. Jalan keluar untuk menyelamatkan diri dari bersubahat di dalam parti jijik ini ialah keluar dari Umno dan sertai PAS.

Pintu sentiasa terbuka untuk Mukhriz menyertai PAS. Insya Allah dengan ilmu, karisma dan pengalaman YB PAS akan memberikan peranan sesuai untuk YB.

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN UPSR

Nisa' Melaka akan menganjurkan Seminar Teknik Menjawab Peperiksaan UPSR. Butiran lanjut berkenaan program ini adalah seperti dibawah :-

Tarikh : 10 Ogos 2008
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : INB Resort Ayer Keroh
Yuran : RM25.00

Tenaga-tenaga pakar terdiri dari guru-guru yang menjadi pemeriksa kertas-kertas UPSR akan mengendalikan program ini. Murid-murid akan didedahkan dengan kaedah menjawab dengan teknik yang betul agar mendapat markah penuh.

Sesiapa yang berminat untuk menghantar anak masing-masing boleh menghubungi talian 013-667 4588

UMNO KIAN SENGSARA : BANGUNAN UMNO BAHAGIAN SHAH ALAM BAKAL DISITA? Ref Malaysiakini

Dulu Umno adalah kerajaan, kerajaan adalah Umno. Pemimpin Umno bebas melakukan apa sahaja. Semua harta kerajaan bagaikan mak bapak mereka punya. Mereka bebas menggunakannya tanpa segan silu.

Inilah yang sedang berlaku dineger-negeri yang diperintah Umno/BN. Balairaya dijadikanPejabat Umno Cawangan, sekolah dijadikan tempat mesyuarat Umno,Pejabat Kemas jadi macam mak bapak mereka punya, kereta kerajaan dan agensi kerajaan digunakan untuk Umno. Malah cukai-cukai tanah dan pintu Pejabat Umno juga tidak bayar, betul-betul macam harta pusaka nenek moyang mereka.
Kini Umno di negeri-negeri Pakatan Rakyat lemah longlai kerana harta-harta awam tidak lagi boleh digunakan oleh mereka. Umno terpaksa berpindah keluar dari balairaya dan lain-lain premis kerajaan dengan muka merah padam dan malu.
Satu contoh terbaik bagaimana samsengnya Umno tidak membayar cukai pintu ialah di Shah Alam. Harakahdaily mrelaporkan bahawa Bangunan Umno Bahagian Shah Alam berada dalam senarai cukai pintu tertunggak tertinggi sebanyak RM820,339.15.
Iklan

Sumber memaklumkan bagi mengatasi tunggakan tersebut, pihak Umno Shah Alam akan menjual satu tingkat bangunan tersebut dengan harga RM400 ribu.

Manakala baki tunggakan cukai pintu itu akan dibayar, kata sumber.

Bagaimanapun, dalam penyata kewangan itu pihak Umno telah memohon pengurangan caj atau dibenarkan membayar ansuran sehingga tahun 2008.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, kerajaan negeri tidak mengira parti atau syarikat semua cukai pintu mesti dijelaskan.

Katanya, Umno tidak boleh menggunakan alasan sebagai parti tidak perlu membayar cukai pintu.

Beliau berkata, jika Umno Bahagian Shah Alam tidak membayar cukai pintu kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang seperti `menyita' bangunan tersebut.

"Kita bagi amaran Umno Shah Alam perlu bekerjasama dengan Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) untuk membayar tunggakan cukai pintu dengan segera," katanya.

Menurut beliau, tunggakan cukai pintu itu tidak boleh dibayar secara ansuran.

PTG PAUH : PIRDAUS JUGA TIDAK YAKIN BN MENANG - Ref Malaysiakini

Setelah Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak dan Ketua Menteri Pencen, Koh Tsu Kon, kini bekas Calon Parlimen Permatang Pauh yang juga Imam 'Pencen', Pirdaus Ismail juga mengaku kalah awal-awal lagi. Jadi saya rasa tidak perlulah BN masuk bertanding kerana telah angkat bendera putih awal-awal lagi.
Kalau Pengarah Pilihanraya BN sendiri 'surrender' buat sudah tentu anak buah lagi tidak bersemangat dan layu longlai.
Hari ini calon BN yang suka menyepak Peti Undi, berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menang mudah apabila bertanding pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.
Pirdaus menambah, peluang mana-mana calon untuk memenangi kerusi itu sukar diramal berikutan perubahan senario politik di Pulau Pinang selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.
"Kenapa saya katakan tidak mudah bagi Anwar, dan juga sukar kepada BN adalah kerana dahulu kita (BN) memerintah negeri ini.
"Mereka menilai kita dan jadi pembangkang. Sekarang ini mereka jadi kerajaan dan kita pula menilai mereka dan jadi pembangkang.
"Saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik untuk mereka dan Umno telah bersiap sedia. Pilihan raya kali ini bukan satu perkara mudah.
"Rakyat menilai mereka dan rakyat juga menilai kita," kata cxco Pemuda Umno itu kepada Bernama.
Saya mencadangkan Imam Hadhari dan Najib supaya tidak membazirkan duit rakyat untuk bertanding. Ini kerana kita tahu pada setiap kali pilihanraya sudah tentu jentera kerajaan yang menggunakan duit rakyat diperkudakan oleh BN dengan tidak bermaruah. Demi untuk menyelamatkan duit rakyat saya harap BN tidak masuk bertanding kali ini. Tidak ada gunanya bertanding kalau awal-awal lagi sudah mengaku kalah.
BN lebih baik menuruti cadangan Ketua Umno Kelantan, Annuar Musa supaya BN memboikot Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.
Annuar hari ini berkata adalah lebih baik BN memboikot pilihanraya ini bagi menyelamatkan dana awam yang akan digunakan untuk mengendalikan pilihanraya ini.

HARGA MINYAK : KERAJAAN PERDAYA RAKYAT, SUBSIDI 30 SEN KEKAL, BUKAN TURUN 30 SEN - Ref Malaysiakini

Nampak kerajaan cuba bermain silap mata dengan rakyat dengan menyatakan bahawa kerajaan akan mengekalkan subisidi 30 sen bukannya menurunkan harga minyak 30 sen sebagaimana yang disangkakan oleh kebanyakan rakyat.
Semalam, Imam Hadhari mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan kadar subsidi 30 sen sebagaimana sekarang. Ini bermakna harga akan kekal sama sehinggalah harga minyak dunia turun dengan banyak barulah mungkin harga minyak kita akan turun.
Pandai sungguh nampaknya pemimpin BN ini bermain kata-kata sehingga seolah-olah harga minyak akan turun. Tetapi hakikat sebenarnya bukan begitu.
Saranan Anwar Ibrahim supaya harga minyak diturunkan sehingga 50 sen dengan memberikan fakta dan kaedah untuk menurunkan harga minyak langsung tidak diendahkan kerajaan. Jelas sekali kerajaan langsung tidak memikirkan keperitan hidup rakyat akibat kenaikan harga minyak dan barangan.
Media hari ini melaporkan bahawa mulai 1 September ini, harga runcit petrol akan ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata harga pasaran bulanan minyak mentah dunia dengan subsidi dikekalkan pada kadar 30 sen seliter. Berdasarkan kaedah itu, harga runcit petrol akan diturunkan jika purata harga pasaran bulanan minyak mentah dunia susut ke bawah paras AS$125 setong iaitu kadar ketika penstrukturan semula subsidi minyak diumumkan kerajaan 4 Jun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Imam Hadhari) berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas meneliti aliran penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia kebelakangan ini yang susut kepada AS$122 setong Selasa lalu. "Kerajaan juga menjamin bahawa harga runcit petrol tidak akan dinaikkan melebihi paras RM2.70 seliter yang sedia ada tahun ini," katanya dalam kenyataan mengumumkan kaedah terbaru penyelarasan harga runcit petrol di Putra Jaya semalam.

01 August 2008

PTG PAUH : KEMPEN BERMULA, KERAJAAN AKAN TURUNKAN HARGA MINYAK - Ref Malaysiakini

Imam Hadhari berkata hari ini harga minyak akan diturunkan tidak lama lagi. Baguslah begitu. Masalahnya harga minyak mungkin turun tetapi bagaimana dengan harga barang yang telah melambung tinggi adakah ianya akan diturunkan juga. Contohnya adakah beras yang berharga RM28 akan diturunkan kepada RM19 semula. Mustahil !!!!!!!!!!! Siapa yang jadi mangsa?

Semua ini adalah antara usaha terbaru BN untuk menarik kembali sokongan rakyat lebih-lebih Pilihanraya Kecil Permatang Pauh akan diadakan tidak lama lagi. Jadi ini akan dijadikan modal untuk berkempen. Tak perlulah Imam Hadhari bermanis mulut sebab rakyat tetap terbeban dengan masalah kenaikan harga minyak.

Jika benar harga minyak akan diturunkan maka jelaslah kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang suka melaksanakan sesuatu dasar tanpa perancangan rapi. Baru naikkan harga minyak Jun lepas tak sampai 3 bulan turunkan balik. Alangkah elok jika kerajaan terus kekalkan harga dahulu sebelum kenaikan Jun lepas. Tak perlu pening-pening untuk memikirkan insentif kepada rakyat dan sebagainya akibat kenaikan minyak. Ekoran kesilapan kerajaan menaikkan harga minyak secara terburu-buru rakyat jadi mangsa kerana peniaga menaikkan harga barangan sesuai dengan kenaikan harga minyak.

Persoalannya sekarang adakah peniaga akan menurunkan harga barangan sesuai dengan penurunan harga minyak? Adakah kerajaan berupaya untuk memastikan semua harga barang turun?

Inilah bahananya kalau kerajaan ditadbir oleh 3 beranak. Yang sengsara dan menderita adalah rakyat.

Jadi mari kita ajar BN cukup-cukup pada Pilihanraya Kecil Permatan Pauh ini. Mari kita hilangkan deposit BN. Kita ajar Imam Hadhari dan kuncu-kuncunya cukup-cukup.

PTG PAUH : IMAM PIRDAUS MAHU MASUK KUBUR KALI KETIGA - Ref Malaysiakini

Imam 'Pencen' Masjid Negara, Pirdaus Ismail nampaknya memang muka tak malu menawarkan diri untuk bertanding sekali lagi di kerusi Parlimen Permatang Pauh. Rakyat Permatang Pauh sudah dua kali menolak beliau iaitu pada Pilihanraya Umum (PRU) 2004 dan 2008.

Imam Pencen tidak sedar sebenarnya rakyat Permatang Pauh takut kepadanya sebab beliau terkenal suka menyepak tak tentu pasal. Pada PRU 2004 peti undi menjadi mangsa sepakannya. Perangainya langsung tidak melambangkan beliau seorang Imam Pencen. Sepatutnya sebagai Imam Pencen beliau mesti menjaga akhlaqnya kerana perbuatannya sudah tentu menjadi teladan kepada orang lain.

Inilah masalah sebelum jadi ahli Umno perangainya elok tetapi bila dah jadi Umno perangainya berpusing menjadi 360 darjah. (Oleh itu jangan jadi ahli Umno atau penyokong Umno, buruk padahnya).

Hari ini Pirdaus tanpa segan silu dan dengan mukanya tidak bermaruah menawarkan diri sekali lagi untuk menentang Anwar. Lawan isteri Anwar pun engkau tergolek inikan pula lawan Anwar. Imam Pencen ini memang menggali kubur kali ketiga. Masalahnya dah dua kali tertonggeng masih belum serik. Inilah perangai yang diwarisi dari Umno iaitu pangkat dan kuasa serta kedudukan menjadi objektif utama. Kalau saya jadi Imam Pencen ini, lebih baik saya merayu pada Imam Hadhari supaya lantik saya jadi Senator ganti Mashitah. Senang tak payah bertanding boleh masuk kabinet. Tapi Imam Pencen ini nak glamour agaknya masuk kabinet dengan menang pilihanraya buka ikut pintu belakang macam Mashitah.

Namun Imam Pencen kena sedar selagi beliau bertanding di Permatang Pauh selagi itulah beliau kempunan untuk menang. Lainlah kalau beliau bertanding di Kepala Batas. Jadi saya sarankan kepada Imam Pencen ini supaya menggesa Imam Hadhari meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas dan beri peluang kepada Imam Pencen menggantikannya. (Kan elok tu sebab sama-sama Imam.) Imam Hadhari pun patut sedar bahawa rakyat telah menolaknya. Rakyat negerinya sendiri menolak Imam Hadhari sehingga negerinya sendiri dirampas oleh Pakatan Rakyat. Malulah sikit Imam Hadhari. Beri peluang kepada orang muda pula untuk menerajui negara.

Sekali lagi saya merayu kepada Imam Pencen Pirdaus supaya tak payah masuk bertandinglah kali ini, sebab takut kalah kali ketiga, nanti masuk kubur kali ketiga bila bangkit balik jadi 'hantu kubur' pula, susah orang kampung nak halau hantu kubur ini.

PTG PAUH : NAJIB MENGAKU KALAH SEBELUM BERJUANG - Ref Malaysiakini

'Santa Klaus' no.1 pada musim Pilihanraya Kecil, Najib Tun Razak awal-awal lagi mengaku kalah apabila menyatakan sukar bagi BN untuk menang di Permatang Pauh.

Beliau yang terkenal dengan jolokan 'Santa Klaus' kerana sentiasa membawa buah tangan dan hadiah kepada pengundi pada setiap kali pilihanraya kecil diadakan. Pelbagai bentuk hadiah di bawa oleh 'Santa Klaus' ini antaranya duit cash, projek-projek segera, surau segera, masjid segera dan sebagainya.

Hari ini 'Santa Klaus' nampaknya merendah diri apabila mengakui BN sukar menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon PKR di kerusi parlimen tersebut.

Biasanya pada setiap kali menjelang pilihanraya kecil 'Santa Klaus' ini akan mendabik dada mendakwa BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar. Kali ini mengapa agaknya 'Santa Klaus' merendah diri.

'Santa Klaus' kena ingat bahawa jika beliau menjadi pengarah pilihanraya kecil ini sudah tentu imejnya akan tercalar kalau BN kalah. Jadi Saya nasihat 'Santa Klaus' supaya menolak jawatan pengarah pilihanraya ini, lebih baik bagi kepada Muhyiddin atau Ali Rustam. Biar mereka ini yang tercalar imej bila kalah nanti.

'Santa Klaus' hari ini dengan nada yang tidak begitu ceria berkata, "Kita kena realistik, ia adalah kawasan yang sukar. Kita akan berusaha sebaiknya,".

Mengulas lanjut keputusan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatannya semalam sebagai anggota parlimen di kawasan itu, Najib berkata Anwar mempertaruhkan "masalah peribadinya" kepada orang ramai.

"Sebenarnya, tuduhan dibuat oleh pegawai khas beliau sendiri, bukan oleh kerajaan. Dan ada cara-cara untuk menyelesaikan tanpa membawa perkara ini kepada rakyat. "Tetapi dia tidak pilih cara-cara tersebut. Beliau pilih untuk bawa perkara ini kepada rakyat, khususnya pada pengundi di Permatang Pauh. Tetapi kita terima perkara ini. Kita akan hadapi," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran program khusus ke Universiti al-Azhar di Kuala Lumpur.

Pembantu penasihat PKR itu Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat dalam satu laporan polis 28 Jun lalu. Kertas siasatan polis kini sudah disiapkan dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara sebelum memutuskan sama ada wujud kes prima facie untuk mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu.

Desas-desus Anwar ditahan dan kemudian dibawa ke mahkamah semakin hangat diperkatakan.Najib menambah, BN bagaimanapun tidak gentar menghadapi pilihanraya kecil itu kerana kerajaan pimpinan parti itu masih menguasai parlimen.

"Kerajaan tidak takut. Kita ada majoriti yang cukup (dalam parlimen). Tetapi Anwar memutuskan membawa kepada rakyat," katanya.Mengulas kemungkinan BN meletakkan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai calon untuk merampas kerusi itu, Najib berkara pemilihan calon masih belum dibincangkan.

"Kita tidak bincang soal calon lagi. Soal calon kita kena ikut proses (melibatkan) perbincangan di peringkat perhubungan (negeri) dan bahagian. Akhirnya pucuk pimpinan akan buat keputusan yang sewajarnya," katanya.Mohamad Ezam, bekas ketua Pemuda PKR, pernah menawarkan diri bertanding atas tiket BN untuk menentang Anwar di Bandar Tun Razak dan Kulim-Bandar Baharu. Najib bagaimanapun enggan menjelas bila BN akan berbincang untuk menetapkan calon terbaik untuk menghadapi tokoh utama pembangkang itu.

"Ia proses. Kita tidak perlu bagi tahu bila (akan) dibincang. Yang penting, perbincangan dibuat," katanya.Mengulas sama ada karier politik Anwar akan tamat jika tidak dapat mempertahankan kubu kuatnya itu, Najib berkata:"Kita tidak tahu. Beliau sudah buat kira-kira. Beliau rasa itu peluang terbaiknya. Kita letakkan pada rakyat untuk memutuskannya.

"Anwar semalam mengumumkan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya pada sebelah pagi.Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN. Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal apabila Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Sementara itu perdana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, BN akan cuba merampas kembali kerusi parlimen itu.BN tidak akan memberi kemenangan percuma kepada Anwar, katanya lagi selepas mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Al-Mutadee Billah di Putrajaya hari ini.

TSU KON MENGAKU KALAH AWAL-AWAL LAGI, BAGI KEMENANGAN PERCUMA JALAN TERBAIK ~ Ref Malaysiakini

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang dipencenkan oleh rakyat, Koh Tsu Kon awal-awal lagi mengaku BN akan kalah di Pulau Pinang.

Beliau yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang, mengakui Permatang Pauh kubu kuat PKR dan "pilihanraya kecil ini agak sukar bagi BN.
"Koh, yang juga pemangku presiden Gerakan, berkata analisis BN telah meramalkan kira-kira sebulan yang lalu bahawa perkara ini akan berlaku.
Dalam kenyataannya kepada Bernama, bekas ketua menteri itu, menambah kerusi parlimen tersebut "memang merupakan kubu kuat Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi itu pada 2004 walaupun ketika itu populariti BN berada di kemuncaknya."
"Memang telah djangka beliau akan memilih Permatang Pauh."Kerusi-kerusi lain yang disebut hanya satu taktik untuk mengelirukan. Pilihan raya kecil ini agak sukar bagi BN."Kami perlu berjuang dalam pilihan raya kecil ini dengan jujur, secara terhormat dan dengan penuh rendah hati. BN Pulau Pinang perlu melakukan yang terbaik.
Jadi saya mencadangkan kepada BN dan Umno khasnya tidak perlulah masuk dan lawan Anwar pada pilihanraya kecil ini nanti (itupun kalau Anwar tidak ditangkap). Malah jika Anwar ditangkap dan digantikan dengan calon lain sekalipun BN dan Umno sudah pasti kecundang jika pilihanraya benar-benar adil, bebas dan telus.
Macamana mereka hendak berlawan dengan Pakatan Rakyat, BN dan Umno Pulau Pinang sudah tidak ada apa-apa lagi. Pejabat Cawangan pun tak ada sebab sebelum ini mereka merompak dan menyamun balai raya untuk dijadikan pejabat mereka. Sekarang mereka kalah maka mereka sudah tidak ada pejabat. Yang ada hanya 'container' macam rumah kongsi pekerja Indonesia. Kasihan Umno.
Jadi untuk mengelakkan BN dan Umno dimalukan lebih baik bagi kemenangan percuma sahaja kepada PKR. Duit tak habis, badan tak penat, imej buruk pun dapat dijaga supaya tidak bertambah parah.

Jangan malukan Pak Lah sekali lagi. Dahlah negeri sendiri terlepas, pilihanraya kecil pun tersungkur nanti. Kasihan Pak Lah........lebih baik Pak Lah duduk rumah dengan Jeanne rehat banyak-banyak main dengan cucu-cucunya.

TAWARAN KEPADA KETUA MENTERI MELAKA UNTUK SERTAI PAKATAN RAKYAT - Ref Malaysiakini

Saya mempelawa Pengerusi Umno Melaka merangkap Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam menyertai Pakatan Rakyat. Dato' Seri Mohd Ali boleh memilih mana-mana parti yang beliau suka samada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS atau DAP.

Saya membuat tawaran ini kerana nampak tanda-tanda Mohd Ali inginkan perpaduan antara Umno dan PAS seperti yang beliau tulis dalam blognya baru-baru ini. Jadi oleh kerana PAS menolak kerjasama politik dengan Umno maka jalan untuk merealisasikan perpaduan ialah dengan cara ahli-ahli Umno menyertai PAS atau Parti-parti Pakatan Rakyat lain.

Jika Mohd Ali dan ADUN-ADUN BN lain menerima tawaran ini maka kita akan tentukan kemudian siapa yang akan jadi Ketua Menteri dan sudah pasti parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak akan menjadi Ketua Menteri dengan persetujuan Yang Dipertua Negeri Melaka.

Mohd Ali tidak perlu bimbang dengan jawatannya sekarang kerana Umno mempunyai paling banyak kerusi jadi kemungkinan besar beliau akan dikekalkan sebagai Ketua Menteri Pakatan Rakyat Melaka jika tawaran ini diterima.PAS dan PKR sendiri tiada sebarang kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka. Jadi jika Mohd Ali dan rakan-rakannya menyertai PAS maka Mohd Ali akan menjadi Ketua Menteri atas tiket ADUN PAS atau sebaliknya beliau akan menjadi Ketua Menteri juga jika beliau menjadi ADUN DAP atau PKR.

Tidak perlulah Mohd Ali bimbang dengan jawatannya sekarang, beliau cuma tukar 'baju' sahaja.Kereta kerajaan, rumah kerajaan, elaun dan keistimewaan yang beliau perolehi kini masih kekal jika beliau menjadi Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat Melaka.

Cuma Mohd Ali mestilah bersedia untuk menerima agenda perjuangan Pakatan Rakyat iaitu mementingkan keadilan dan kebajikan rakyat. Agenda perjuangan ini bukanlah susah untuk diikuti kerana ianya selaras dengan tuntutan Islam dan kehendak rakyat.Saya bersedia untuk menjadi orang tengah bagi perundingan antara Mohd Ali dan pimpinan PAS dan PKR serta DAP jika Mohd Ali ingin menyertai Pakatan Rakyat.

Saya yakin kesemua pimpinan PAS, PKR dan DAP bersedia untuk menerima kemasukan Mohd Ali kedalam Pakatan Rakyat. Mohd Ali boleh menghubungi saya bila-bila masa melalui Pejabat PAS negeri di Semabok.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka.

ANWAR 'BELI' RUMAH BARU DI SUNGAI BULOH? ~ Ref Malaysiakini

Benarkah dengar khabar Anwar 'beli' rumah baru di Sungai Buloh.?
Rumah tersebut akan 'dijual' oleh seorang saudagar namanya Pak Med Albaroq. Khabarnya keluasannya tidaklah besar hanya kurang dari 10 x 15 kaki sahaja. Dindingnya simen dan besi-besi jarang.
Mengapa Anwar nak beli rumah tu?
Khabarnya bukan Anwar yang hendak 'beli' tetapi Tuannya hendak sangat 'jual' rumah tu bagi memberikan keselesaan kepada Anwar.
Khabarnya Anwar 'rindu' untuk kembali ke Sungai Buloh, tempat bermastatutinnya selama 6 tahun sebelum ini.

Sedap sangat ke tinggal kat Sungai Buloh tu?
Itu kena tanya Anwar, tetapi khabarnya Anwar 'suka' sebab itu Anwar terus berjuang untuk menegakkan kebenaran di Malaysia, walaupun beliau dipaksa rela berpindah semula ke Sungai Buloh nanti.
Khabarnya di rumah itu ada muzik free terutama di tengah malam ketika kita tidur, muzik itu datang diiringi pasukan 'penyedut darah' untuk mengurangkan kegemukan akibat darah diambil setiap malam. Bila tak gemuk tak ada penyakit.
Khabarnya juga banyak tetamu-tetamu tidak diundang yang merayap-rayap dan tolong menggaru di badan penghuninya. Lepas itu orang yang kena garu tu badan-badannya bertambah cantik kerana ada tanda-tanda macam 'love bite'.
Selain itu khabarnya bilik tetamu, bilik tidur dan bilik melepas pun ditempat yang sama.
Berapa harganya rumah itu?
Harganya tidak ternilai dengan wang ringgit dan air mata. Bukan calang-calang orang boleh mem'beli' rumah itu. Nilainya lebih kurang sama dengan rumah yang didiami oleh penghuni-penghuni di Kamunting. Cuma penghuni di Kamunting tidak diketahui berapa lama mereka dibenarkan tinggal di desa yang 'indah' itu.
Mengapa Pak Med Albaroq nak jual kepada Anwar sahaja orang lain tak boleh ke?
Khabarnya rumah itu hanya layak untuk Anwar kerana bagi Pak Med cuma orang 'degil' dan 'keras kepala' macam Anwar sahaja yang boleh 'beli' rumah itu.
Bolehkah kita melawat Anwar di rumah barunya nanti, kalau jadi Anwar 'beli'?
Boleh tetapi pada masa tertentu sahaja. Sebab rumah tu di kawal ketat untuk keselamatan Anwar. Khabarnya Anwar tak boleh bayar gaji pengawal sebab semuanya kerajaan bayar dengan duit rakyat. Memang baiklah kerajaan ini.

RASUAH HALAL DI SISI ISLAM HADHARI? - Ref Malaysiakini

Adakah rasuah HALAL di sisi Islam Hadhari?? Saya terpinga-pinga mencari jawapannya. HALAL atau HARAM. Apa yang membuatkan saya phening kefala untuk mencari jawapannya. Macamana tak fhening kepala, Imam Hadhari kata nak benteras rasuah, tapi orang yang terlibat dengan rasuah politik (politik wang) dalam pemilihan Umno langsung tidak didakwa di Mahkamah. Malah orang itu terus diterima menjadi pemimpin Umno dan terus mendapat kepercayaan ahli-ahli Umno untuk menjadi ketua.

Orang itu tak lain tak bukan ialah Isa Samad atau nama mesranya Isa Pen@#$. Isa hampir pasti memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang kerana kesemua 24 cawangan yang mengadakan mesyuarat agung mencalonkan beliau menjadi Ketua Bahagian. Maknanya beliau menyapu bersih kesemua pencalonan dari cawangan-cawangan yang telah bermeysuarat. Adalah dijangkakan cawangan-cawangan lain yang bermesyuarat selepas ini juga akan mencalonkan beliau.

Apa ni? Tidak ada langsung perasaan jijik kepada kepada rasuah yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Umno. Ini disebabkan pemimpin Umno sendiri memang menggalakkan rasuah sebab itu tindakan mahkamah tidak diambil kepada Isa, Zaid Ibrahim, Amid Nordin dan lain-lain walaupun jelas mereka terlibat dengan rasuah politik (politik wang) seperti yang dibuktikan oleh jawatankuasa disiplin Umno.

Jelas sekali walau sebesar mana rasuah yang dilakukan oleh Isa dahulu ianya tidak sedikitpun menjejaskan reputasi dan imejnya. Malah terus mendapat sokongan padu dari pemimpin dan ahli Umno. Tidak hairanlah selepas ini Isa Samad juga akan mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Presiden atau Ahli Majlis Tertinggi.

Inilah rupa Umno sebenarnya. Tidak ada lagi rasa segan dan malu. Tidak ada lagi maruah dan harga diri bagi orang yang melakukan kesalahan kerana mereka tahu pemimpin Umno dan ahli-ahlinya semuanya serupa lebih kurang. Kalau orang macam ini sudah tentu ditolak dan tidak akan dilayan di dalam PAS.

Saya ingin mencadangkan kepada Bahagian-bahagian Umno supaya mencadangkan Isa bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Umno kali ini. Sudah pasti menang sebab Umno memang suka kepada kaki rasuah, kaki perempuan dan sebagainya.

Sebab itu salah seorang kaki perempuan sekarang ini sedang sibuk berkempen untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Beliau sekarang inipun semakin mendapat tempat di media dan program kemasyarakatan atas nama NGO Melayu dan Agensi Kerajaan yang dipengerusikannya. Saya tidak hairan kalau dia ini menang nanti. Sebab Umno parti busuk dari kepala sampai ke ekor.

Kepada ahli Umno ayuh tinggalkan Umno sebelum ikan busuk ini berulat dan lenyap terus dari dunia kerana kebongkakan melanggar hukum-hukum Allah (langgar fatwa mufti dan sebagainya).

IMAM HADHARI (PAK LAH BADAWI) TERUS LANGGAR FATWA MUFTI - Ref Malaysiakini

Amalan melanggar Fatwa Mufti nampaknya sudah menjadi perkara biasa bagi Imam Hadhari (Pak Lah Badawi). Semalam sekali lagi Imam Hadhari membelakangkan Fatwa Majlis Fatwa. Sudah banyak kali fatwa yang dikeluarkan oleh mufti dipandang sebelah mata sahaja oleh Imam Al Hadhari ini.

Imam Hadhari tanpa rasa segan atau malu kepada Majlis Fatwa kebangsaan hatta kepada Allah, melanggar fatwa mufti dengan meletak kalungan bunga di Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan 2008 di Tugu Peringatan Negara semalam.

Sebelum ini fatwa Mufti Perak menyatakan jom Heboh haram pun dilanggar. Imam Al Hadhari hanya diam membisu. Diam bukankah tanda setuju dengan perbuatan penganjur meneruskan program Jom Heboh.

Bersalam dengan perempuan bukan muhrim pun dilanggar. Malah bukan sahaja bersalam beliau dengan mesra memegang bahu pelakon Hollywood Michelle Yeoh tanpa segan silu.

Nampaknya menjadi ‘penganut’ Islam Hadhari memang senang kerana SEMUA BOLEH.

Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang pernah berkata hampir sepuluh tahun lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa berhubung perbuatan yang melibatkan soal akidah dan dilihat menyamai perbuatan seperti orang-orang jahiliyah beribadat dan sepatutnya PM sendiri perlu menghindari dan menghormati hukum tersebut.

Ustaz Ahmad Awang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan ini (mengalungkan bunga di tugu peringatan) selain membelakangi fatwa para mufti ianya melanggari hukum syarak dalam ajaran agama Islam.

Beliau juga berkata tidak hairanlah kerajaan yang ada sekarang, hukum yang jelas dan ‘clear-cut’ dalam al-Quran pun dilanggar inikan pula hukum atau fatwa oleh para mufti yang dihormati kepakarannya dari sudut agama.

Perbuatan ini juga, katanya menyebabkan ramai orang khususnya umat Islam terkeliru dan celaru pandangan terhadap hukum Islam yang telah difatwa oleh mufti kerana telah dilanggari dan dicabuli oleh Perdana Menteri sendiri yang turut mencanangkan Islam Hadhari kepada rakyatnya.

Katanya adalah sesuatu yang ganjil dan aneh, Malaysia yang didakwa bukan negara sekular sebaliknya sebuah negara Islam oleh Perdana Menteri dan Timbalannya tetapi sanggup mengamalkan perbuatan dan perlakuan yang sama seperti upacara orang ‘Barat’ dan sekular itu sendiri.

Amalan ini tiada kaitan dengan agama Islam, mengapa sanggup kita mencontohi budaya barat dan fahaman sekular ini sedangkan diistiharkan negara ini sebuah negara Islam.

Jadi, sekali lagi kita mahu penegasan daripada kerajaan bahawa apa yang dilakukan ini merupakan perbuatan dan amalan sebuah negara Islam atau sebaliknya, dan adakah kerajaan mengiktiraf peranan mufti yang menasihati dari segi hukum agama.

Ternyata katanya lagi bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya menggunakan Islam sebagai cara untuk memperdayakan umat Islam untuk membenarkan segala perilaku dan kecurangan yang dilakukan kepada rakyat jelata.

Katanya mengenakan jasa pahlawan dan pejuang negara adalah sesuatu perbuatan yang baik dan mulia malah pelbagai kaedah dan program boleh dilakukan seperti berdoa, aktiviti penerangan, ceramah dan seminar untuk memperingati Hari Pahlawan daripada melakukan perbuatan syirtik yang bercanggah dengan agama.

Islam juga menuntut kita memperingati sejarah-sejarah pejuang untuk menaikkan semangat keberanian dan sebagai pedoman masa depan tetapi bukan mengalung bunga, bertafakur dan memberi hormat kepada berhala macam zaman jahiliyah dahulu.

Namun yang berlaku sekarang adalah kecelaruan pihak kerajaan melaksana tuntutan agama apabila masa tertentu mengikut landasan agama dan pada ketika ang lain pula melanggari secara terang-terangan.

Malam berdoa dan melakukan ibadat tetapi siangnya melakukan perbuatan syirik secara terang-terangan pula. Jelas ini kecelaruan kerajaan BN dan Islam Hadhari ini.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan, bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Begitu juga dengan Fatwa Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90.

Ayat itu bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Dan keterangan kepada ayat itu memberi maksud bahawa “Al-Ansab” merupakan batu orang-orang jahiliyah sembelih korban di sisinya dan beribadat kepadanya manakala berdoa adalah ibadat dan berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.
Apa dalil, nas dan hujah Imam Hadhari untuk menyanggah fatwa ini. Adakah Islam Hadhari ada kitab sendiri untuk menolak hujah-hujah Majis Fatwa ini??????????

MAKA JELASLAH PERDANA MENTERI LANGSUNG TIDAK MENGHORMATI FATWA DAN MEMBELAKANGKAN TERUS AJARAN ISLAM DALAM HAL INI.

APAKAH ORANG YANG SEMACAM INI UNTUK KITA SANDARKAN HARAPAN BAGI MEMBELA ISLAM.

Sedutan dari Laporan Harakahdaily (Julai 2007)

31 July 2008

BERANIKAH EZAM CABAR ANWAR DI PERMATANG PAUH? ~ Ref Malaysiakini

Mana perginya Ezam Mohd Nor, kalau sebelum lantang ingin mencabar Anwar di Kulim-Bandar Baharu mengapa beliau belum mengeluarkan kenyataan untuk mencabar Anwar di Permatang Pauh. Takut, gusar, kecut atau tidak berani?

Kalau sebelum ini Ezam begitu bersemangat untuk bertanding dengan Bekas Mentornya mengapa tidak di Permatang Pauh, mungkin nostalgia lama menghantui Ezam agaknya. Apa yang hendak ditakutkan Ezam ada Umno dibelakang yang sudah tentu akan menggunakan segala jentera kerajaan, duit rakyat, media massa dan SPR untuk berkempen menentang Anwar di Permatang Pauh.

Apa yang hendak digusarkan, BN boleh membeli undi pengundi mungkin dengan nilai ribuan ringgit. BN boleh mengugut mengundi supaya jangan mengundi Anwar. BN ada media untuk memfitnah Anwar dan Pakatan Rakyat. BN ada media untuk menayangkan rakaman Anwar menari, pengakuan Sukma dan Saiful bahawa mereka diliwat. BN ada SB-SB yang boleh memprovokasi rakyat untuk melakukan kekasaran kepada pengundi. BN ada seribu satu macam senjata sulit yang boleh digunakan. Apa yang Ezam takutkan.

Sudah pasti Pak Lah dan Najib akan menjadi 'Santa Claus' yang akan membahagi-bahagikan projek segera kepada pengundi Permatang Pauh seperti yang dilakukan pada setiap kali pilihanraya kecil.

Namun bukan mudah untuk Ezam dapat bertanding di Permatang Pauh. Imam Pencen Pirdaus Ismail(kaki sepak peti undi) sudah tentu ingin bertanding sekali lagi untuk menonjolkan diri sebagai 'Giant Killer' jika boleh dapat mengalahkan Anwar. Nampak kalau beliau bertanding sekali kemungkinan SPR terpaksa menyediakan lebih banyak peti undi takut-takut nanti Imam Pencen ini akan menyepak peti undi sampai pecah kerana kalah.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan bahawa PKR Selangor hari ini mencadangkan kepada Umno agar meletakkan bekas pemimpin kanan parti itu Mohamad Ezam Mohd Nor mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil kerusi Permatang Pauh.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Umno patut meletakkan Mohamad Ezam bertanding berikutan kesediaannya bertanding menentang penasihat PKR itu di mana-mana kawasan parlimen, lapor Bernama.

"Sebelum ini, Ezam dilaporkan sedia bertanding menentang Anwar yang mengumumkan akan bertanding di parlimen Bandar Tun Razak," kata Abdul Khalid, yang juga menteri besar Selangor, selepas majlis ramah mesra bersama media di Shah Alam hari ini.Minggu lepas, Anwar membayangkan akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu. Sewaktu dihubungi Malaysiakini awal minggu ini, Mohamad Ezam berkata beliau berharap dapat diberikan peluang mencabar bekas ketuanya itu di kerusi parlimen tersebut.

Dalam satu sidang media pada hari yang sama, bekas setiausaha politik Anwar dan ketua angkatan muda PKR itu dilaporkan melahirkan hasratnya mencabar mantan bosnya di Bandar Tun Razak, kini disandang oleh Abdul Khalid.Anwar petang ini mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Dr Wan Azizah menguasainya selama lebih dua penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.Anwar kelmarin menyatakan kesediaannya bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu tetapi menukar keputusan itu memandangkan petisyen yang difailkan oleh calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzi dijangkan memakan masa.

Mengulas sama ada peluangnya terjejas dengan sisatan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, Anwar berkata:"Mereka memancing selama sebulan tetapi tidak mendapat seekor ikan pun. Mereka mungkin dapat buah kelapa dan sangkakan ikan."

SOKONG PENUH KEPUTUSAN MESYUARAT PIMPINAN TERTINGGI PAS HARI INI - Ref Malaysiakini

Saya bersyukur dan gembira dengan keputusan mesyuarat saf kepimpinan tertinggi jemaah kita hari ini. Keputusan inilah yang dinantikan oleh kita semua bagi mengelakkan sebarang keraguan dan kekeliruan kita semua.
Keputusan benar-benar melegakan semua pihak dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Selepas kita harap tiada lagi individu yang berani membelakang jemaah.

Selain itu kita juga menggesa Umno supaya menghentikan sebarang spekulasi dan kenyataan akhbat yang mendakwa PAS ingin bermuzakarah dan berbincang tentang kerjasama politik dengan PAS. Hentikan semua propaganda bodoh Umno dengan macam-macam tawaran kerana semua itu merupakan kerja sia-sia yang tidak akan dilayan oleh PAS.
Kepada kepimpinan PAS di semua peringkat jangan lagi bercakap kepada media tentang isu muzakarah ini kerana 'buku'nya telah ditutup.
Kepada pihak media jangan lagi bermain-main dengan isu ini kerana kami semua sudah masak dan faham dengan perancangan jahat BN dan media. Cukuplah setakat ini untuk kamu memporak perandakan Pakatan Rakyat. Kamu tidak akan berjaya untuk memecahkan kami.
PAS menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sebarang tawaran untuk mewujudkan kerjasama politik tidak lagi berbangkit.

"PAS akan terus terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan parti-parti politik, badan bukan kerajaan, institusi ataupun mana-mana individu demi kepentingan agama dan rakyat," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

PAS mengulangi pendiriannya untuk terus kekal bersama pakatan Rakyat dan akan memainkan peranan aktif dan positif termasuk perjuangan bersama untuk membuat perubahan.
"Kita mengajak ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk sama-sama sokong dan dokong perubahan yang hendak dilaksanakan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti tersebut terhadap mana-mana pimpinan yang mengadakan pertemuan sulit dengan BN, katanya, "tiada yang sulit lagi, kita mengatakan boleh mengadakan pertemuan dengan syarat ia dimaklumkan kepada parti."
PAS juga katanya menghargai sokongan bukan Islam dan mereka akan diberikan peranan lebih pada masa akan datang dalam arena politik bersama PAS.

Dalam pada itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyatakan bahawa pihaknya turut menyatakan sokongan dalam isu Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Isu tersebut hendaklah diselesaikan mengikut syariat Islam, berdasarkan perlembagaan 121 yakni kes yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah.
"Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan. Kalau sekiranya ia tidak boleh (dirujuk kepada mahkamah syariah) Umno kena buat perubahan.

"Ya, saya membela siapa yang kena zalim termasuk Dato' Seri Anwar," ujarnya.

Sidang media tersebut diadakan sebaik selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS yang dibuat secara bulanan, dengan turut dihadiri Majlis Syura Ulama' yang dipengerusikan Ustaz Abdul Hadi.

Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam sidang media tersebut.
Hadir sama, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah salleh. (Harakahdaily).

TAHAN ANWAR JALAN TERAKHIR CEGAH KEMARAANNYA ~ Ref Malaysiakini

Hanya ada satu jalan sahaja untuk mencegah kemaraan Anwar dari mengepalai Pembangkang di Parlimen dan seterusnya merampas tampuk pemerintahan negara dengan cara seperti yang dilaung-laungkan oleh Anwar sebelum ini.
Anwar sah akan bertanding pada pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh selepas isterinya menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini. Pemerhati politik berpendapat Anwar hampir pasti menang di Permatan Pauh jika beliau ditakdirkan bertanding di situ. Kemenangan Anwar sudah pasti menggoncangkan kedudukan BN lebih-lebih terdapat ura-ura yang ramai ahli Parlimen BN akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat.
Bagi mengekang semua perancangan Anwar mahu tidak mahu beliau mesti dihalang dari bertanding dalam pilihanraya kecil ini.
Jadi caranya ialah menahan dan membicarakan beliau di mahkamah. Walaupun mungkin hukuman tidak dijatuhkan dalam masa terdekat namun beliau boleh dituduh dan tidak dibenarkan ikat jamin sehingga ke tarikh perbicaraan yang mungkin ditetapkan dalam jangkamasa yang jauh dari sekarang.
Atas dasar itulah PKR hari ini meramalkan Anwar Ibrahim akan ditahan dalam "tempoh 48 jam" berhubung kes dakwaan meliwat bagi menghalangnya bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.
Ketua penerangannya Tian Chua berkata PKR tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat. "Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan," katanya agensi berita AFP.
"Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil.".
Ramalan ini kemungkinan besar benar kerana hari ini Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri sendiri mengakui bahawa siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disiapkan dan kertas siasatannya itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, demikian disahkan oleh menteri dalam negeri.
Hamid Albar berkata terpulang kepada jabatan itu sama ada untuk meneruskan pendakwaan atau sebaliknya terhadap penasihat PKR.Siasatan selama sebulan itu dijalankan selepas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada 28 Jun, mendakwa diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.
Jika benarkan dakwaan dan ramalan ini maka sahlah bahawa memang terdapat perancangan jahat dan licik yang dijalankan oleh golongan tertentu untuk mengekalkan kerajaan zalim sekarang.
Namun kita tunggu dan lihat. Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat kita mengharapkan kalian semua bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri tanpa merujuk kepada pimpinan. Jika terdapat apa-apa berita yang disangsikan kebenarannya seperti penganjuran perhimpunan dan sebagainya sila rujuk pimpinan yang berautoriti untuk mengelakkan sebarang provokasi dari pihak tertentu.

LAPORAN KE JAWI TAK BOLEH PAKAI - Ref Malaysiakini

Bagi saya laporan Anwar ke Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan tentang kes liwat tidak memberikan kesan besar kerana sudah pasti ianya akan diketepikan oleh pihak berkuasa. Kita semua tahu negara kita bukanlah negara yang mendaulatkan Islam. Malah Islam hanya digunapakai untuk nikah kahwin, cerai-berai, harta pusaka dan faraid sahaja.

Malah hukuman seperti zina, khalwat dan sebagainya yang diadili oleh mahkamah syariah pun tidak menggunakan hukuman Islam sebenar. Hukumannya ialah denda dan penjara yang menyimpang terus dari Islam. Orang yang ada duit boleh membayar denda dan terlepas. Malangnya mereka ini tidak akan terlepas dari hukuman Allah di Akhirat kelak. Tidak sebagaimana hukum Islam dimana pesalah yang dihukum dengan hukum Islam di dunia akan terlepas dari hukuman di Akhirat.

Dalam kes Anwar adalah jelas Saiful gagal membawa empat orang saksi dan sudah tentu kegagalan membawa saksi ini menyebabkan Saiful boleh dihukum di bawah hukuman qazaf.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membawa hujah ulama muktabar sewaktu memberikan kenyataannya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung aduan qazaf terhadapnya bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.Anwar membuat aduan terhadap pemuda itu - yang mendakwa diliwat olehnya bulan lepas - pada 9 Julai lalu agar jabatan agama itu menyiasat Mohd Saiful bawah kesalahan tuduhan palsu bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Selepas pertemuan selama dua jam setengah, Anwar berkata hujah itu dikumpulkan oleh ulama usul fekah tersohor Dr Taha Jabir al-Ulwani yang menyebutkan qazaf bagi tuduhan liwat terpakai seperti tuduhan zina. Mantan timbalan perdana menteri itu ditemani oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman.Sementara itu, para wartawan telah berkumpul di rumah Anwar di Bukit Segambut sejak jam 5.30 pagi tadi susulan ura-ura yang mengatakan beliau mungkin akan ditahan dan didakwa atas tuduhan liwat.Bagaimanapun tiada apa yang berlaku dan Anwar tiba di pejabat JAWI pada jam 10.30 pagi.

Dalam sidang media yang sama, mengulas desas-desus beliau ditahan sekali lagi dalam tempoh terdekat, Anwar berkata: "Saya tidak tahu hendak menjangkakannya. Tetapi menurut undang-undang, tatacara profesional, apabila sudah tidak ada asas dan alasan, kenapa patut polis menimbangkan untuk terus mendakwa (saya)?"Beliau seterusnya mengecam ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan menyifatkan siasatan polis dalam kesnya ini sebagai usaha "membalas dendam politik" terhadapnya sejak 1998.Penasihat PKR juga berkata beliau tidak risau dengan hasil pemeriksaan terhadap Mohd Saiful di hospital Kuala Lumpur (HKL) jika ia dijalankan secara profesional.

"Tahun ini, kita ada sedikit ruang, sebab itu kita dapat laporan doktor. Bahkan laporan HKL, saya tidak bimbang sama sekali. "Soalnya apakah ada kemungkinan (laporan di HKL) selepas itu dikoyak dan dipinda," katanya.Disoal sama ada beliau pernah melihat kandungan laporan HKL terhadap pemuda itu, Anwar berkata "tidak".Ditanya sama ada Mohd Saiful telah dipanggil oleh JAWI untuk membantu siasatan kes qazaf, Anwar menjawab:"Saya tidak tahu. Tentunya dalam prosedur bahagian penguatkuasaan, mereka terpaksa panggil Saiful, tuan empunya kondo dan saksi lain yang terlibat dan juga polis.

"Ditanya oleh wartawan adakah beliau mengemukakan fakta laporan perubatan Hospital Pusrawi kepada Jawi, beliau menjawab:"Saya telah menyebut (fakta laporan tersebut) dan mereka tentunya akan merujuk kepada doktor berkenaan untuk memberi keterangan," katanya.Laporan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful oleh seorang doktor di hospital swasta itu, empat jam sebelum diperiksa di hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun - hari laporan polis dibuat, didakwa tidak menunjukkan pemuda itu diliwat.

Bagaimanapun Hospital Pusrawi petang ini menjelaskan pemeriksaan terhadap pemuda itu "tidak berkaitan kes liwat".

30 July 2008

SENJATA MAKAN TUAN, UMNO SILAP LANGKAH, PENYOKONG PR JANGAN BIMBANG - Ref Malaysiakini

HARGA MINYAK : NAIK TAK BERTANGGUH, TURUN JAUH SEKALI ~ Ref Malaysiakini

Sedih mengenangkan nasib rakyat Malaysia yang berkerajaankan BN yang tidak berhati perut. Rakyat nak kebulur, nak mam$#%, nak makan nasi dengan garam itu engkau punya hal. Aku jadi pemimpin aku berhak bersenang lenang dengan gaji dan elaun dari duit rakyat. Malah aku cukup mewah dengan projek-projek yang aku dan kroni aku dapat.

Sedang Singapura menurunkan harga minyak kerajaan Malaysia diam seribu bahasa. Langsung tidak ada riak-riak harga minyak akan diturunkan walaupun harga minyak dunia sudah jatuh.

Kalau dulu alasan untuk menaikkan harga minyak adalah kerana harga minyak global naik, mengapa sekarang tidak mahu turunkan harga minyak setelah harga minyak dunia turun. Siuuul betul.

Media melaporkan bahawa harga minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter - penurunan terbesar sejak Ogos 2003. Ini kali kelima harga minyak petrol turun dalam masa 20 hari.

Langkah mengurangkan harga minyak petrol semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.

Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.

Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum. (Sumber dari Blog Tian Chua)

Mungkinkah harga minyak di Malaysia diturunkan?

Mati hidup balik pun belum tentu harga minyak Malaysia akan diturunkan. Bukan apa selagi pemimpin yang tamakkan kuasa, keras hati, ego dan tidak memikirkan masalah rakyat serta tidak takutkan Allah memerintah selagi itulah rakyat akan dibelenggu dengan masalah harga minyak yang mahal ini.

Janganlah dok berangan harga minyak akan diturunkan oleh puak-puak pemimpin BN ini. Mereka langsung tidak memikirkan masalah kita.

Kalau minyak dunia turun sehingga 0.05 USD setong belum tentu mereka turunkan harga minyak. Binawe betul (lama tak guna perkataan ni).

Insan Teraniaya
Pulau Sebang, Melaka

EPISOD DEDAH DAN NAFI TERUS MENULAR - Ref Malaysiakini

Hari ini bukti didedahkan, esok akan ada yang menafikannya. Inilah senario terbaru politik Malaysia yang haru biru sekarang. Semuanya kerana gara-gara nafsu menguasai manusia dengan tidak memikirkan dosa dan pahala, moral atau tidak bermoral. Yang penting kuasa dan pangkat mesti dipertahankan.
Manusia bukan lagi mencari kebenaran tetapi manusia mencari bukti dan alasan untuk mengiyakan segala tindak tanduk masing-masing walaupun ianya palsu dan tidak masuk akal.

Takut kepada Allah? Kalimah itu sudah tidak ada lagi dalam kamus manusia rakus.

Takut pada undang-undang? Bagi mereka undang-undang boleh diatasi kerana mereka 'imune', tiada undang-undang yang dapat dijatuhkan kepada mereka. Mereka ada kuasa dan ada segala-galanya. Dunia ana yang punya (kata P. Ramlee)

Malu atau segan? Ha ha mana ada lagi malu dan segan, yang penting orang yang menggugat aku mesti dicantas dan di'mati'kan walau dengan apa cara sekalipun.

Dalam kes laporan Doktor Pusrawi yang menyatakan tiada kesan sodomi di dubur Saiful, sepatutnya laporan itu dialu-alukan dinilai kesahihannya. Bukannya menolak mentah-mentah dan terus menyatakan tidak laku dan void. Jelas mereka bukannya mencari kebenaran tetapi mencari keuntungan dunia yang jelas rugi diakhirat.

Fenomena dedah dan nafi tanpa bukti dan'evidence' yang sah dan tepat ini sudah menjadi asam garam sistem kehakiman kita. Sehingga tuduhan dan pendakwaan boleh diubah. Malah lebih mengaibkan Pendakwa seolah-olah berada di sebelah orang yang kena tuduh. Sedangkan sepatutnya Pendakwa mesti mencari bukti-bukti dan hujah untuk mensabitkan kesalahan orang yang dituduh. Hindustan betullah negaraku sekarang ini.

Hari ini sindrom penafian ini berjangkit kepada Hospital Pusrawi. Di mana pihak pengurusan Pusrawi menafikan pegawai perubatannya Dr Mohamed Osman Abdul Hamid pernah memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan masalah liwat.

Dalam kenyataan lima perenggannya, hospital itu juga berkata ia tidak pernah mengeluarkan secara rasmi dokumen pesakit berkenaan seperti yang diedarkan dengan meluas di internet sejak kelmarin.

Hospital swasta di Jalan Tun Razak itu kini sedang mengadakan sidang media berhubung kontroversi kebocoran laporan pemeriksaan tersebut - yang dianggap oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "bukti" dakwaan terhadapnya "tiada asas" dan "bermotifkan politik."

SIAPA YANG MAHU KERJASAMA SIAPA YANG MAHU PECAHBELAH? ~ Ref Malaysiakini

ADUN BN Pulau Pinang tolak anggota jawatankuasa kerajaan negeri
Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang daripada Barisan Nasional menolak pelawaan kerajaan Pulau Pinang untuk menganggotai tiga jawatankuasa peringkat negeri kerana mahu melihat kemampuan sebenar kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan tugas mereka.
Jadi siapa sebenarnya yang tidak mahu kepada perpaduan dan kerjasama, Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Kerajaan menawarkan jawatan di dalam jawatankuasa tersebut, BN tolak, selepas tuduh kerajaan negeri tidak demoktratik.
Beginilah cara Umno dan BN berpolitik mereka langsung tidak memikirkan maslahat rakyat. Apa yang difikirkan hanyalah nafsu dan ego mereka sahaja.

Beberapa orang ADUN BN telah ditawarkan untuk jawatan tersebut antaranya ialah Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) selain kepada Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya), Datuk Mahmud Zakaria (BN-Sungai Acheh), Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong), Syed Ameruddin Syed Ahmad (BN-Bayan Lepas) dan Jahara tetapi mereka menolak.
Namun yang sedihnya mereka menolak dengan pelbagai alasan yang menggelikan hati. Umpama surat tak sampai dan sebagainya.

"Kita sudah pun menghantar surat tetapi masih ada wakil pembangkang yang mendakwa tidak menerima surat tawaran itu. Ini membuktikan bahawa ADUN Barisan Nasional lebih mempertahankan keegoan daripada sanggup berkorban untuk rakyat," kata Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim.

Jawatan yang ditawarkan mereka tidak mahu, jawatan yang kita suruh mereka letak jawatan seperti Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mereka tak mahu lepaskan. Sehingga ini ADUN Permatang Berangan, Shahabudin Yahya tanpa segan silu terus menjadi Pengerusi MAIPP walaupun kerajaan negeri sudah bertukar. Memang muka tak malu.
Inilah cara Umno dan BN berpolitik iaitu cara berkonfrontasi dan mengikut nafsu dan tamak kuasa.

MUDAHNYA KAMU MELUPAKAN KEZALIMAN UMNO? ~ Ref Malaysiakini

Nampak jelas pemimpin PAS sudah masuk perangkap Umno apabila terus menerus memperkatakan isu muzakarah walaupun semua orang tahu bahawa isu ini adalah taktik Umno untuk memerangkap PAS.

Saya pun hairan bagaimana ada pemimpin PAS yang termakan dengan strategi bodoh Umno yang diulangtayang setiap kali Umno tersepit. Mengapa ada pemimpin PAS walau di peringkat mana sekalipun mudah terjebak dengan kata-kata manis pemimpin Umno walaupun semua orang tahu Umno dan pemimpinnya memang kaki pembelit dan pembohong. Taktik tradisional Umno sepatutnya sudah dihidu sejak dari awal. Mengapa ada pemimpin yang berani masuk ke dalam lubang yang ada ular ini?
Saya sebagai salah seorang ahli PAS yang sangat sayangkan PAS menerima sms, telefon dan rungutan dari pelbagai pihak samada melalui chatting box, hand phone, telefon rumah, email dan yang sewaktunya pening kepala untuk melayan masalah ini. 'Senjata' yang sepatutnya kita halakan kepada Umno dan BN nampaknya dihalakan kepada pihak lain oleh pemimpin PAS. Apakah segelintir pemimpin PAS ini tidak serik dengan peristiwa hitam tahun 70-an apabila ditipu atas darat oleh Umno atau Perikatan ketika itu.
Mengapa begitu mudah pemimpin-pemimpin hingusan ini melutut kepada Umno sedangkan sebelum ini mereka inilah juga yang lantang mengkritik dengan menggelarkan Umno Zalim, Jahat, Penipu, Laknat dan pelbagai gelaran yang jijik lagi menjijikkan.
Saya mencadangkan pimpinan atasan mengambil tindakan drastik untuk menghentikan semua usaha-usaha muqabalah atau muzakarah serta merta. Tidak perlu kita bermain dengan kata-kata sehingga merunsingkan ahli,penyokong dan rakan-rakan kita.
Kenalpasti siapa lawan dan siapa lawan. Mengapa begitu mudah pemimpin ini melupakan pembunuhan As-Syahid Ibrahim Libya, As-Syahid Othman Talib, As-Syahid Abdul Samad Gol, Professor Zulkifli Mohamad. Mengapa begitu pemimpin ini melupakan keganasan dan kezaliman Umno memenjarakan Allahyarham Ustaz Buniyamin Yaakub, Uztaz Halim Arshad, Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim, Allahyarham Ustaz Othman Marzuki dan lain-lain.
Mengapa begitu senang pemimpin ini melupakan kekejaman Umno menzalimi Ainul dan bapanya Shahrial sehingga masing-masing tidak dapat bertemu di dunia ini. Mengapa begitu senang pemimpin ini melupakan kezaliman Umno memenjarakan seluruh tahanan ISA yang tidak pernah dibuktikan bersalah. Tidak kasihankah kepada isteri, anak-anak, ibu dan ayah mangsa ISA yang masih menunggu insan tersayang pulang.
Mengapa begitu mudah pemimpin ini melupakan ketamakan kuasa Umno sehingga tidak dapat membuat pertimbangan waras dalam isu kenaikan harga minyak. Oleh kerana ego dan tamakkan kuasa mereka sanggup mendera rakyat dengan menaikkan harga minyak dan barangan. Tidak ada langsung kasihan belas kepada rakyat.
Saya mengharapkan isu pertemuan PAS dan Umno dijangka akan diselesaikan pada mesyuarat pemimpin atasan PAS dalam mesyuarat jawatankuasa pusat bersama majlis syura ulama esok.
Mesyuarat itu juga dipanggil sendiri oleh presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mesyuarat akan diadakan di ibu pejabat parti di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bermula jam 10.00 pagi.
Kami ahli-ahli PAS amat mengharapkan suatu keputusan konkrit akan terhasil di mana tidak ada lagi sebarang pertemuan atau muzakarah buat masa ini.

TAMBANG BAS : NAIK JANGAN TAK NAIK ~ Ref Malaysiakini

Tambang bas pula mungkin akan naik. Kerajaan tidak akan melayan tuntutan menaikkan tambang bas ekspres dan berhenti-henti sehingga 100 peratus tetapi sedia menimbangkan kadar kenaikan yang tidak membebankan para pengguna. Mana kenaikan barangan atau perkhidmatan tidak membebankan rakyat. Beng&^g betul menteri kerajaan Islam Hadhari ini. Dalam keadaan sekarang rakyat sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang, sudah pasti kenaikan tambang bas ini akan menambahkan kesengsaraan rakyat.
Sebenar sebelum kerajaan umumkan kenaikan tambang bas ini sudah banyak pengusaha bas menaikkan tambang secara senyap-senyap terutama bas ekspres. Malah mereka sewenang-wenangnya menaikkan tambang terutama bas tambahan. Tetapi malangnya

Menteri beng$%g ini, Noh Omar berkata, pihaknya akan berunding dengan para pengusaha bas bagi menentukan kadar kenaikan yang sewajarnya menjelang Hari Raya Aidilfitri, bermula pertengahan September ini.

‘‘Kalau naik sampai 100 peratus, sudah pasti kita tidak akan luluskan. Namun berdasarkan kajian kementerian, kenaikan tambang bas adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan dan ini sungguh berat bagi kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 kementerian tersebut di sini,semalam.

Itulah jawapan standard menteri Islam Hadhari bila diajukan apa juga masalah rakyat. Orang dah kata jangan naikkan harga minyak mereka bingai dan degil. Suruh turunkan harga minyak mereka kata tak mungkin. Kalau dah bang&%g tu bang%$g situlah. Cerdik tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar.

Mungkin sahaja tambang bas awam akan dinaikkan, tambang bas sekolah juga akan dinaikkan. Maka semua orang yang ada anak menaiki bas sekolah akan terkena tempiasnya.

Maka bersedialah wahai rakyat Malaysia untuk menghadapi satu lagi beban iaitu kenaikan tambang bas. Nak naik kereta sendiri minyak naik, nak naik bas, tambang naik....eloklah kita cari tikar terbang P. Ramlee dalam cerita Pendekar Bujang Lapok Pasir Berdengong.

Syabas rakyat Malaysia yang mengundi BN, takziah untuk rakyat Malaysia yang mengundi Pakatan Rakyat.

BANTU ANWAR HABIS-HABISAN - SAIFUDDIN NASUTION ~ Ref Malaysiakini

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution memohon seluruh rakyat Melaka khasnya turun habis-habisan membantu Anwar jika ditakdirkan pilihanraya kecil berlaku di Kulim-Bandar Baharu dan Anwar bertanding di kawasan tersebut.

Menurutnya BN sudah pasti akan mengerahkan seluruh bala tenteranya terdiri dari jentera kerajaan, samseng-samseng dan sebagainya demi untuk mengembalikan maruah mereka yang tercalar sejak Pilihanraya Umum ke 12 lalu. Oleh itu, katanya, Pakatan Rakyat juga mesti mengerahkan seluruh ahli-ahli dan penyokongnya untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut di samping memastikan Anwar menang dan masuk ke parlimen untuk mengetuai Pakatan Rakyat di parlimen.

"Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin telah bersetuju memberi laluan kepada Anwar untuk berdepan dengan calon BN di kawasan tersebut, malah PAS Kedah telah awal-awal lagi telah membuat kenyataan akan turun habis-habisan untuk membantu Anwar". "Umno dan Barisan Nasional cukup takut kalau-kalau Anwar dapat memasuki Parlimen sebab itulah pelbagai usaha dirancang untuk menghalang beliau" katanya yang juga merupakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Beliau juga mendedahkan bahawa pelbagai usaha akan dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengagalkan usaha Anwar untuk kembali ke parlimen dan akhirnya membentuk kerajaan pusat yang baru menjelang 16 September ini. Usaha pertama ialah menuduh beliau meliwat Saiful Bukhari Azlan dengan menjadi Saiful sebagai pelakon utamanya. "Tuduhan liwat merupakan usaha untuk menggagalkan perancangan Pakatan Rakyat untuk merampas kerajaan pusat".

"Kalau diibaratkan keretapi Butterworth ke Kuala Lumpur, keretapi kita sudah sampai ke Rawang dan tergelicir sedikit dari landasan, maka sudah tentu ia memakan masa untuk diperbaiki" . "Saya yakin keretapi kita akan sampai ke Kuala Lumpur dan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan baru menggantikan Barisan Nasional" tambah Saifudin.

Menurutnya Umno dan Barisan Nasional cukup takut kalau-kalau Anwar dapat memasuki Parlimen sebab itulah pelbagai usaha dirancang untuk menghalang beliau. Jadi usaha terakhir mereka untuk menghalang kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat ialah menghadapkan Anwar ke mahkamah dan hakim akan membuat keputusan tidak membenarkan Anwar diikat jamin.

"Kita kena ingat bahawa hakim adalah hakim politik, Peguam negara adalah lantikan politik, ini terbukti apabila perkara sama berlaku dalam kes liwat tahun 1998 dahulu"tambah Saifudin Ceramah beliau tersebut mendapat sambutan yang diluar dugaan apabila orang melimpah sehingga keluar dataran Pejabat PAS Bukit Katil.

Turut berceramah bersama beliau ialah Adly Zahari Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua Angkatan Muda Keadilan dan Yaakob Sapari Exco Kerajaan Negeri Selangor.

RAKYAT DERITA, PEMIMPIN BOROS - Ref Malaysiakini

Apa ada pada plat kereta? Namun itulah yang dikejar oleh pemimpin-pemimpin negara. Ada yang berbelanja sehingga ratusan ribu semata-mata untuk mendapatkan plat yang diidamkan. Semua tak lain -lain bukan untuk berbangga dan menunjuk-nunjuk, kalau bukan untuk tujuan bermegah dan menunjuk-nunjuk tujuan apa lagi. Di saat rakyat kais pagi makan pagi kais petang makan petang pemimpin membelanjakan ratusan ribu hanya semata-mata untuk mendapatkan plat 'fancy' ini.
Jenis pemimpin apakah mereka ini? Adakah ini yang diajarkan oleh Islam dan moral, bermegah-megah di tengah-tengah penderitaan rakyat yang bersusah payah mengerah keringat untuk menyuapkan nasi ke mulut-mulut anak isteri yang menanti di rumah. Beras pula rata-rata berharga RM28 untuk 10 kilo.
Inilah yang dilakukan oleh pemimpin kesayangan kita Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakub yang setakat ini secara keseluruhannya jumlah bidaan yang dibuat untuk empat buah keretanya adalah sebanyak RM133,658. Banyaknya duit beliau membelanjakan sejumlah itu hanya untuk plat kereta. Sedangkan rakyat mengikat perut kerana ketiadaan wang untuk membeli makanan. Sampai hati TYT memperli kami rakyat bawahan dengan berbelanja ratusan ribu untuk plat kereta.
Terbaru, Yang Dipertua (YDP) Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, yang juga merupakan bekas Menteri Besar Pahang, sekali lagi membida nombor pendaftaran kenderaan untuk dua buah kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, sebanyak RM55,558.

Bidaan tersebut dibuat atas nama Tun Mohd Khalil Yaakob dengan nombor kad pengenalan 371229-06-5295 bagi nombor pendaftaran MBQ 1 sebanyak RM47,300 dan ianya merupakan jumlah bidaan yang tertinggi untuk nombor siri MBQ.

Manakala, beliau juga turut membida satu lagi nombor pendaftaran iaitu MBQ 11 sebanyak RM8,258 dan ini menjadikan jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil sebanyak RM55,558.

Pada akhir November lalu, penduduk Melaka telah digemparkan apabila beliau bertindak membida dua nombor pendaftaran bagi nombor siri MBN iaitu bagi MBN 1 sebanyak RM56,100 dan MBN 8 dengan harga RM22,000 dan ini menjadikan nilai bidaan yang telah dibuat oleh Tun Khalil pada masa itu berjumlah RM78,100.

Secara keseluruhannya jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil bagi empat buah kereta adalah sebanyak RM133,658 seterusnya mengalahkan rekod yang dipegang oleh bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim yang menender nombor plat RG 1, RG 9, RG 12 dan RG 17 sehingga mencecah RM120,000. (Sumber Harakahdaily).
Bukankah elok dan baik jika sekiranya wang sebanyak itu disedekahkan kepada rakyat yang amat memerlukan lebih-lebih pada saat rakyat semakin terhimpit dengan harga minyak dan barangan yang semakin naik.
Kasihanilah kami wahai TYT ku yang sangat ku sayangi. Jengok sekali-sekala rakyat marhaen di Kuala Sungai Baru, Lubok China, Batang, Taboh Naning dan lain-lain tempat. Ada antara mereka yang terpaksa berfikir banyak kali untuk membeli sesuatu barang lantaran bajet keluarga yang tidak cukup.
Kami mendoakan kesejahteraan TYT pada setiap kali sembahyang Jumaat. Tunjukkanlah kasihan belas TYT kepada kami. Jangan berbelanja dengan boros begini. Kami rakyat Melaka terpaksa berprasangka tidak baik kepada TYT kerana isu ini.
Kami juga merayu kepada TYT agar menasihatkan Ketua Menteri TYT dan rakyat Melaka supaya jangan berbelanja boros akan duit rakyat. Setakat macam-macam Ketua Menteri buat sedangkan ianya belum tentu memberikan manfaat kepada rakyat.
Kasihanilah kami wahai TYT.
Rakyat miskin wal fakir
Taboh Naning

AUUUWWW!!! UNCLE PET BERSUARA LAGI - Ref Malaysiakini

AUUUUWWW!! Uncle Pat bersuara lagi (geli geleman you) bagi mewakili anak sedara kesayangannya Saiful Bukhari Azlan yang menuduh diliwat Anwar.

Kesian Uncle Pat, Pak Sedara Saiful Bukhari Azlan, terpaksa bersuara untuk mempertahankan anak sedaranya yang 'kena liwat'. Mati-matian Uncle Pet mengatakan bahawa laporan Doktor Pusrawi yang menyatakan tiada kesan penembusan di dubur Saiful adalah cuma nota pemeriksaan bukan laporan doktor. Mengapalah Uncle Pat suka sangat supaya anak sedaranya kena liwat.

Inilah pertama kali dalam sejarah hidup saya bertemu dengan seorang Pak Sedara (Pak Menakan orang utara panggil) yang suka anak sedaranya diliwat oleh orang lain. Tak pernah dalam hidup saya yang hampir 40 tahun ini berjumpa dengan manusia seperti Uncle Pat ini. Ini Uncle bukan sebarang Uncle, seorang dalam sejuta mungkin. Setahu saya kalau manusia yang siuman sudah tentu Pak Sedara akan bersyukur dan bergembira (bergumbira kata P. Ramlee) kalau anak sedara di sahkan tidak diliwat atau dirogol. Apa jenis Pak Sedara macam ini saya pun naik pening memikirkannya.

Uncle Pat jelas kurang senang dengan laporan doktor Pusrawi yang menyatakan tiada kesan penembusan di jubur (pungkoq kata orang utara) anak sedaranya. Agaknya kalau boleh Uncle Pat mahu doktor Pusrawi itu menyatakan bahawa terdapat begitu besar luka di dalam laluan shit Saiful. Malah mungkin Uncle Pat suka kalau doktor kata pendarahan di laluan shit Saiful tidak henti-henti akibat tusukan benda tumpul yang agak lembut.

Kalau beginilah perangai Uncle Pat saya rasa beliau lebih layak dipanggil dengan Uncle S#@& lebih sesuai nama itu diberikan kepadanya atau setidak-tidaknya kita namakan dia Uncle Pet.

Yang pelik satu lagi budak Saiful ghaib entah ke mana. Tak mau keluar-keluar ....kalau berani keluarlah buat press statement atau tunjukkan 'p#@&^% hang yang kena liwat tu pada orang ramai. (Maaf bahasa sedikit kasar). Baru gentleman.

29 July 2008

RASUAH POLITIK SUDAH JADI DARAH DAGING UMNO - Ref Malaysiakini

Presiden Umno berulang kali mengucapkan bahawa beliau akan membasmi rasuah politik (politik wang) dalam Umno. Sejak dari saat mengambilalih tampuk kuasa dari Tun Mahathir sehingga ke hari ini Pak Lah sentiasa konsisten mengatakan bahawa beliau akan membasmi rasuah samada di dalam kerajaan atau pun di dalam 'keramat'nya Umno.

Namun semua itu hanyalah omongan kosong, menanam tebu dibibir mulut sahaja. Rasuah semakin berbarah di dalam negara kita. Indeks Persepsi Rasuah antarabangsa (CPI) negara kita terus merudum dengan memalukan. Agensi-agensi penguatkuasa seperti Polis, Jabatan Kastam, Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus menjuarai senarai Top 5 dalam 'carta rasuah negara'. Mengapa ini terjadi? Semua ini tidak lain tidak bukan adalah kerana Malaysia sekarang ini diperintah oleh sebahagian besarnya pengamal-pengamal rasuah samada terlibat semasa kempen pilihanraya umum ataupun ketika pemilihan parti Umno dan lain-lain.

Walaupun ditubuhkan pelbagai jawatankuasa seperti jawatankuasa disiplin, pemantau rasuah dan sebagainya ianya sedikitpun tidak digeruni oleh pengamal-pengamal rasuah politik di dalam Umno kerana 'taukeh-taukeh' paling atas pun semua hidung belang yang mengamalkan rasuah. Manakan tidak setiap pilihanraya umum ramai pengundi-pengundi menerima wang tunai, projek-projek segera guna untuk memastikan mereka ini mengundi BN.

Begitu juga semasa pemilihan Umno ada pemimpin yang membelanjakan ratusan ribu malah mungkin jutaan semata-mata digunakan untuk berkempen dan merasuah para perwakilan yang akan mengundi calon-calon yang bertanding di peringkat cawangan, bahagian sementelahan pula di peringkat pusat. Pelbagai bentuk rasuah dijolok kepada para perwakilan samada dalam bentuk wang tunai, pakej lawatan keluar negeri atau dalam negeri.

Rasuah politik atau politik wang ini sedang hangat berlaku sekarang iaitu ketika persidangan mesyuarat Umno di peringkat cawangan sedang berlangsung. Sudah kedengaran pihak-pihak yang tidak berpuashati disebabkan dakwaan mereka ada ahli-ahli cawangan yang dirasuah oleh calon-calon atau baruah-baruah calon-calon yang bertanding.
Anak Dara pun terlibat dengan rasuah?

Semalam Ketua bahagian Pengerang, Harun Abdullah mendakwa beliau mendapat kurang pencalonan kerana pengaruh politik wang ketika mesyuarat lebih 20 cawangan di bahagian itu.

Sehubungan itu, Harun berkata, beliau akan membuat aduan mengenai perkara itu kepada Lembaga Disiplin Umno.Setakat mesyuarat 25 cawangan, Harun mendapat tiga pencalonan iaitu dari cawangan Kampung Pengerang, Tanjung Surat dan Kampung Baru Teluk Rumania.

Sementara menteri pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga naib ketua bahagian itu, mendapat 22 pencalonan untuk mengetuai bahagian itu.Daripada lapan lagi cawangan yang belum bermesyuarat, Harun mesti mendapat empat lagi pencalonan bagi melayakkannya mempertahankan jawatan tersebut.

Dihubungi Malaysiakini semalam, Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Surat mendakwa, seorang pemimpin bahagian berkenaan telah membahagikan wang kepada ahli Umno untuk mendapatkan pencalonan."Ada yang dapat RM50, RM100 malah RM1,000... mereka beri kepada Pemuda dan Puteri tetapi orang dewasa susah sedikit.
Harun perlu 4 lagi pencalonan

"Beliau (pemimpin tersebut) juga membuat surat layang untuk memburuk-burukkan saya," katanya lagi.

Selain itu, Harun juga mendakwa, pemimpin tersebut juga membawa orang-orangnya untuk membuat kacau semasa mesyuarat cawangan diadakan.Beliau berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah hidupnya "terpaksa menghadapi politik yang begini kotor"."Politik wang sebegini, jika tidak dibendung, akan merosakkan Umno," tambahnya.

Bagaimanapun, Harun percaya, beliau mampu mendapatkan empat lagi pencalonan untuk layak mempertahankan jawatannya.Sementara itu, Azalina gagal dihubungi untuk mendapatkan komen beliau mengenai dakwaan tersebut.Malaysiakini juga telah menghantar SMS kepada Azalina dan masih menunggu reaksi beliau.

Maka terbukti sekali lagi bahawa rasuah politik (politik wang) ini tidak dapat dibenteras di dalam Umno kerana rasuah sudah menjadi DARAH DAGING Umno dan tidak dapat lagi dibersihkan.

DENGARLAH KELUHAN PENGUNDI PAS - Ref Malaysiakini

Saya coretkan di sini sms yang saya terima dari pengunjung blog ini yang saya rasa ikhlas dan tiada kepentingan apa-apa selain dari ingin melihat PAS terus berjuang seperti sebelum ini.
"Nama saya A#@% X^&@!@ (Nama saya rahsiakan), seorang peguam kristian dari KL. Saya amat terharu dengan artikel di laman web anda mengenai niat UMNO untuk mengajak PAS. Saya telah kempen bertungkus lumus di serantau KL dan S'gor untuk umat kristian mengundi PAS (di kawasan yg bertanding dengan UMNO) di PRU 8 Mac ini. Tolong pesan kepada pengerusi PAS jangan hampakan orang kristian (dan rakyat bukan Islam lain) dgn bergabung dgn UMNO. T kasih."
Saya juga terharu dengan sms ini yang jelas amat prihatin dengan PAS. Oleh itu saya secara peribadi merayu kepada pimpinan tertinggi PAS supaya tidak melayan sebarang soalan dari media tentang muzakarah bermula dari sekarang.

Saya sarankan Tuan Guru Presiden dan Mursyidul Am supaya membuat kenyataan menegaskan tiada muzakarah lagi selepas ini dan jadikan ini sebagai kenyataan akhbar terakhir mengenai Muzakarah. PAS Pusat juga mesti mengeluarkan pekeliling melarang sesiapa sahaja pemimpin di semua peringkat membuat kenyataan akhbar mengenai muzakarah dan sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan yang sesuai dengan kesalahan tersebut.

DOKTOR PULA AKAN DIGANTUNG - Ref Malaysiakini

Doktor atau sesiapa juga yang membocorkan laporan perubatan Saiful Bukhari di Pusrawi sudah pasti akan digantung dari perkhidmatan atau dilucutkan kelayakan professionalnya jika beliau seorang doktor.

Maka melayanglah periuk nasi individu terbabit hanya semata-mata ingin menegakkan kebenaran yang Anwar tidak meliwat Saiful Bukhari. Betapa murninya dan dahsyatnya pengorbanan insan tersebut.

Namun rekod perubatan tersebut belum tentu dapat menyelamatkan Anwar kerana Kementerian Kesihatan akan membuat kenyataan bahawa kementerian hanya mengiktiraf hasil pemeriksaan perubatan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat penasihat PKR, di hospital Kuala Lumpur.

Demikian ditegaskan oleh ketua pengarahnya Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican hari ini.Kenyataan medianya hari ini sebagai mengulas kebocoran laporan perubatan pemuda itu yang dibuat lebih awal, pada 28 Jun, di Hospital Pusrawi.Menurut laporan yang dibuat oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, tiada kesan-kesan Mohd Saiful diliwat.

Dr Mohd Ismail berkata pemeriksaan HKL dibuat mengikut aturan yang betul dengan menjaga sepenuhnya etika perubatan, kerahsiaan dan profesionalisme."Butiran hasil pemeriksaan itu tidak akan sekali-kali didedahkan kepada kakitangan atau jabatan yang tidak dibenarkan. Sesiapa pun tidak wajar membuat spekulasi atau membuat kesimpulan atau andaian tentang pemeriksaan perubatan itu," katanya seperti dilapor laman web The Star.
Beliau menambah, kementerian menyedari wujud satu laporan yang didakwa mengandungi butiran pemeriksaan terhadap bekas pembantu Anwar itu, dengan menambah hospital swasta itu akan dihubungi untuk memastikan kesahihan laporan tersebut dan bagaimana ia boleh terbocor kepada umum."Kami akan menyiasat sama ada terdapat protokol dan prosedur di institusi itu sebelum mengeluarkan rekod perubatan.
"Sama ada rekod itu sahih atau tidak, ia seharusnya dianggap sulit dan tidak boleh diedarkan (kepada umum)," Dr Mohd Ismail dipetik sebagai berkata. Tambahnya, tindakan boleh diambil kepada pihak hospital yang membocorkan rekod perubatan pesakitnya bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
Katanya, Majlis Perubatan Malaysia terkejut besar dengan penyebaran rekod perubatan itu di internet oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar. Kementerian mengingatkan kepada semua pengamal perubatan bahawa mereka tertakluk kepada tanggungjawab moral, etika dan perundangan untuk menjaga kerahsiaan seseorang pesakit.Maklumat pesakit tidak boleh didedahkan bila-bila masa pun tanpa kebenaran pesakit sendiri, tambah Dr Mohd Ismail.

UMNO PERAK, HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG-SORONG - Ref Malaysiakini

Umno Perak boleh dianggap hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong kerana saban hari membuat kenyataan akhbar mengajak PAS Perak membentuk kerajaan campuran PAS-Umno sedangkan PAS Perak siang-siang lagi menolaknya. Mengapa Umno Perak begitu tergila-gila ingin berkuasa semula? Tak perlu saya menjawabnya kerana kita semua tahu Umno memang tamakkan kuasa kerana dengan kuasa mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa mengira halal haram dosa pahala.
Hari ini Tajol Rosli buat kenyataan besok Zambery Kadir begitu dua orang bekas Menteri Besar dan bekas Exco ini nampaknya kemaruk betul hendak menjadi kerajaan semula. Macam-macam janji mereka buat, PAS kekal jadi Menteri Besar, ADUN PAS boleh jadi Exco lah dan macam-macam lagi. Umno ini memang tidak boleh dipercayai. Pembelitnya mengalahkan ular. Kalau jumpa Umno dengan Ular lebih baik 'dipukul' Umno dulu berbanding ular.
Bukankah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin sudah berulang kali menegaskan bahawa PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat dan tetap setia dengan kerajaan campuran yang ada sekarang. Umno tidak perlu membuat sebarang tawaran kerana orang PAS telah ditarbiah bahawa harta dunia, pangkat dan sebagainya tidak akan dapat mencairkan iman mereka dan perjuangan menegakkan Islam dan Keadilan akan tetap dipertahankan.
Zambery pula hari ini sekali lagi membuat kenyataan bahawa Umno memberi jaminan tidak akan menganiayai PAS dalam kerjasama antara dua parti itu membentuk kerajaan campuran Perak seperti ditawarkan, kata seorang ahli jawatankuasa Umno Perak.
Zambery Kadir, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor berkata, PAS tidak perlu bimbang dengan saranan pengerusi badan perhubungan Umno, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali."Persefahaman mestilah dengan keadilan. Soal kebimbangan, bukan sahaja dihadapi oleh orang PAS tetapi juga oleh orang Umno.
"Kebimbangan pada peringkat awal adalah perkara biasa dan semulajadi tetapi kita perlu berpandangan positif kerana kedua-dua parti - PAS dan Umno - berteraskan Islam," kata Dr Zambery kepada Malaysiakini.
Umno Perak hari ini dilaporkan mengundang PAS bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dengan menawarkan wakil parti Islam akan terus menjadi menteri besar. Mohd Tajol berkata, tawaran itu sebagai langkah permulaan ke arah merealisasikan saranan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar dua parti itu dibubarkan bagi menubuhkan parti baru.
"Kalau nak mula kerjasama, gabungan ini boleh dimulakan di Perak. Umno Perak sedia bekerjasama dengan PAS menubuhkan kerajaan yang lebih kukuh kerana kita ada 28 kerusi," katanya.
Umno menguasai 27 kerusi, manakala MCA (1) dan PAS (6) menjadikan jumlahnya 34 daripada 59 kerusi. Pakatan DAP, PKR dan PAS kini memerintah dengan kelebihan tiga kerusi – DAP (18 kerusi) dan PKR (7). Jika menjadi kenyataan, kerajaan campuran BN-PAS akan mempunyai majoriti sembilan kerusi.Tajol Rosli berkata, Umno Perak sedia membenarkan wakil PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terus mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar, manakala keanggotaan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan.
Dr Zambery yang juga ketua Umno bahagian Lumut berkata, persefahaman dan kerjasama tersebut merupakan rancangan jangka panjang tetapi perlu bermula dari sekarang.Katanya, isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat badan perhubungan Umno Perak, bulan depan."Kita di peringkat bahagian menyokong usaha tersebut untuk kepentingan orang Melayu dan agama Islam di Perak," katanya lagi.
Zambery menegaskan, masyarakat bukan Islam di Perak tidak perlu bimbang dengan perkembangan tersebut kerana mereka perlu melihat dari sudut kepentingan dan hak orang Melayu.Katanya, jumlah orang Melayu di negeri itu cuma kira-kira 52 peratus daripada hampir dua juta penduduk.
Begitulah kelicikan Zambery ini cuba bermain politik. Untuk makluman Zambery orang PAS bukan macam Umno kemaruk kuasa. PAS sendiri tidak pernah 'demand' untuk menjadi menduduki kerusi Menteri Besar kerana PAS sedar PAS hanya menang 6 kerusi DUN sahaja. Tetapi atas semangat setiakawan dan ketaatan kepada Ke Bawah Duli Sultan Perak, PAS menerima amanah besar tersebut dengan persetujuan sahabat DAP dan PKR. PAS juga sedar Umno bukan boleh dipercayai sepenuhnya janji mereka.
Sementara itu, ketua penerangan PAS Mahfuz Omar ketika dihubungi Malaysiakini berkata, PAS menolak pelawaan tersebut kerana parti itu lebih selesa dengan Pakatan Rakyat.Katanya, Umno hendak bertemu PAS bukan kerana atas kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam tetapi mereka mahu mendapatkan kuasa semula.
"PAS lebih selesa dengan Pakatan dan oleh kerana itu tidak timbul soal DAP menunggang PAS. Sebaliknya Umno yang mahu menunggang PAS."PAS tidak memerlukan Umno sebagai rakan kongsi kerana tanpa parti itu sekalipun, kami mempunyai kemampuan untuk membangunkan Islam dan orang Melayu," katanya.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter